Monday, February 22, 2010

MAULID-DUR RASUL

Bulan Rabiul Awal kiraan 4 musim dalam kalander Islam sebagai musim bunga. Hari Isnin yang penuh barakah dan persekitaran alam yang tunduk dan redup kerana kelahiran penghulu kepada sekelian manusia di ingati hingga ke hari ini.

Abu Lahab bapa saudara RasulLah swt adalah orang yang paling gembira apabila mendengar berita kelahiran anak saudaranya. Sebagai tanda gembira Abu Lahab melakukan;
1.Membebaskan hambanya yang membawa berita gembira kepadanya
2.Mengorbankan 100 ekor unta memberi makan masyarakat Mekah dan
3.Memberi minum susu di beri sendiri Abu Lahab pada anak saudaranya pada setiap hari isnin datang kerumah baginda.

SIAPAlah kita yang selalu melupakan sunnah Rasul, umat yang tidak pernah kenal langsung rupa paras nabi yang mulia. Kita yang hendak bersedekah pun berkira-kira sedangkan Rasul saw sentiasa mengukirkan senyuman, terawal memberi salam dan RasulLulah yang sentiasa bersedekah dengan memberi apa-apa yang paling terbaik untuk sahabat2nya. Rasul yang amat jarang kenyang perutnya untuk 2-3 hari berturut-turut. RassulLah yang sentiasa memohon taubat daripada Allah swt setiap hari- siapalah kita umat hari ini?

Cerita berakhir dengan Abu Lahab sendiri jugalah manusia yang membuat penafian pertama tentang kenabian RasulLah saw dengan berkata perkataan "celaka" kepada RasulLah dan kemudiannya Allah swt kembalikan "celaka" kepada Abu Lahab sepertimana di dalam Al-Quran.

Semoga memberi iktibar - WalLah hu Alam

(sumber Ustaz Sazali- kuliah malam tadi Mesjid Belimbing Dalam)

Saturday, February 13, 2010

CHERATING

Sepertimana istari dan kakak ipar rancangkan sejak hujung tahun lepas, hari ini 2 keluarga pertama kalinya menjejaki kaki di pantai Cherating lebih kurang pukol 4.30 petang bertolak pukol 10.30pagi dari Melaka. Rasa bersyukor yang teramat sangat Allah swt permudahkan perjalanan terus sampai ketempat yang ditujui tanpa sesat- AlhamduLilah
Malam dapat aku peruntukkan masa menyemak kertas2 quiz pelajar part 1 dan sebentar lagi lepas subuh ini nak tengok2 pekan kepayang K.Trggnu- Semoga Allah swt permudahkan perjalanan seterusnya- Amin

Thursday, February 11, 2010

QUIZ imd152 dan imd104

CUTI cuti juga, jangan lupa buku dan mid-term project web "Myself" - Saya sedang berkira-kira nak buat quiz sebaik sahaja balik dari MidT break...ready nanti balik.

Sudah tentunya akan bertimpa-timpa quiz dan test yang akan mendatang lepas balik nanti- Pelajar cemerlang dah buat persediaan untuk itu. Jangan lupa imd104 sama- Mid Term

SELAMAT MENJADI CEMERLANG- dunia dan akhirat

z

Wednesday, February 10, 2010

JALAN DAN HARI RAYA CINA

Salam, Selamat menyambut hari raya Cina (Kong Xi Fa Choi) bagi mereka berketurunan Cina (atau mungin ada kalangan pelajar yang ada dari keluarga darah campuran Cina). Mengingatkan usaha dakwah yang dilakukan oleh Persatuan Cina Islam Malaysia, mesjid atau surau yang mempunyai penduduk berketurunan Cina elok juga turut sama boleh mengadakan sambutan Hari Raya Cina di perkarangan mesjid atau surau sebagai usaha dakwah mengajak mereka kenal apa itu Islam dengan lebih dekat dan bersesuaian dengan 1 Malaysia gagasan PM.
Ramai pelajar UiTM Segamat mulai balik bercuti panjang dan sempena Hari Raya Cina, seronoknya di sepanjang perjalanan Segamat-Tangkak selain dari pemandangannya yang indah dan jalannya bengkang-bengkok, dapat di lihat kerja mengukur jalan tak henti-henti sejak dari zaman dulu2. Banyak budget agaknya setakat ukur jalan sahaja- tapi tak de budget untuk menaiktaraf jalan agar lebih lebar, ada lorong memotong dengan lori dan kenderaan berat atau setidak-tidaknya ada 3 line seperti lebuhraya KL-Ayer Keroh- WalLah-hualam, siapalah kita ye...

Monday, February 1, 2010

Rumah Pusaka Ayah










ALHAMDULLILAH, amanah arwah ayah dapat aku laksanakan bersempena hari jadi ke 45 bersamaan 1 Feb semalam. Sejak arwah masih hidup dia hendakkan rumah kayu bahagian atas dirobohkan kerana strukturnya kian uzur dimakan anai-anai dan pembinaanya di atas 2 tiang dibahagian depan sahaja dan bahagian belakang hanya bertiangkan tembok dinding menunggu masa rebah (kontraktor rumah tidak bertanggunjawab dan menipu- dah bengkrap dan hilang). Sabtu dan Ahad 30&31Jan2010 sempurnalah rumah di cat bahagian dalam dan dikemaskan kembali. Sesungguhnya teramat berat aku memikul amanah arwah ayah- semoga adik-beradik memaafkan aku dengan segala kekurangan yang telah aku lakukan dan Allah swt mengapuni aku- Wallah-hualam