Sunday, August 29, 2010

MERDEKA dan LAILATUL-QADAR

Esok merdeka 31 Ogos genaplah usia 53 thn- usia yang sepatutnya telah matang dan dikira usia manusia telah masuk kepenghujung hidup dan menghampiri pencen (usia abang aku yang lahir pada 31 ogos 1957): Hendaknya rakyat Malaysia juga matang menilai kemerdekaan sebenar seusia kematangan kemerdekaan negara.
Ramadhan hampir masuk ke pusingan ke-tiga iaitu 10 malam terakhir yang di cari iaitu kelebihannya melebihi 83tahun bagi mereka yang dipilih Allah swt untuk menghidupkannya dengan berzikir, beribadat dan memohon keampunan serta banyak berdoa pada malam tersebut, semoga kita di antara yang akan dipilih olehNya, pastinya bagi mereka yang di-awal-awal lagi telah mula berharap dan berdoa untuk merjumpa dengan malam yang penuh kemuliaan ini- amin
Tingkatkan speed beribadat (...bukan speed kelajuan kereta) pada pusingan terakhir ini ...

(**Rata-rata kekawan kata semangkin dihujung ramaan jadi semakin lesu dan nak bersahur pun semakin kurang selera/ Yang semakin bersemangat bila dengar lagu raye? Betoi ke- ujian iman namanya...)

Monday, August 23, 2010

BUANG ANAK

Satu tragedi baru bagi bangsa Melayu yang sangat menyayat hati dan sukar di maafkan bagi pelaku2nya, baik perempuan mahupun lelaki . Petang semalam melalui Radio ikim sempat saya mendengar temubual bersiri bersama Prof Dato' Dr Sidik Baba atau lebih mesra dipanggil Cikgu. Kaedah mendidik adalah kaedah berkesan iaitu menghapuskan gejala zina dari punca asal pokok masalah dengan mengambil contoh sungai kena di didik manusia supaya mencintai sungai dengan tidak membuang sampah merata-merata sebagai asal punca sungai tercemar bukan berharap dengan teknologi untuk pembersihan sungai sahaja.

Masih belum terlambat dan mungkin di antara rumusan penyelesaian yang banyak responden akademia berikan antaranya;

1. Pernah menyarankan tabung DNA hasil anjuran seorang pensyarah hasil dari temubual diradio ikim dan baru2 ini dilaksanakan supaya yang lelaki terlibat juga di heret bersama bersalah jika berlaku pembuangan dan penabaian bayi yang tidak bersalah ini

2. Dato' Seri Ali Rostam Ketua Menteri Melaka mengambil langkah berani dan rata-rata rakyat menyokong apabila menghapuskan sekatan had umur jika ingin berkhawin kalau dulu lelaki yang hendak berkhawin kena berumur 18thn ke atas dan perempuan 16 tahun ke atas kini sudah tiada umur minimum lagi. di tambah dengan sekolah khas bagi pelajar sekolah yang telah terlanjur dan berkhawin di bawah had umur dihadiahkan RM500 bagi negeri Melaka- mungkin perlu pandangan ulama dan ahli akademik dalam perbahasan yang lebih lanjut sebagai langkah pembendungannya

3. Sebuah organisasi NGO telah terpaling awal mengambil tindakan derastik di Selangor dengan menubuhkan pusat penjagaan bayi yang tidak dikehendaki lahir dari sumbang muhram ini, satu tindakan yang sangat bijak dan di sanjung tinggi

4. Adakah mungkin juga kerana kaum hawa terlalu ramai dari kaum adam menjadikan mereka mengambil singkat melakukan sumbang muhram selain beralasan mereka yang sesat ini adalah dari keluarga yang mengabaikan didikan agama- Wallhu-alam

Semoga malapetaka ini tidak berterusan. Saranan saya agar dapat diberikan satu kaedah dengan menyediakan saluran yang mudah bagi pasangan yang mahu berkhawin secara sah dapat mengadu masalah mereka. Jabatan Agama atau Pegawai2 Agama lebih mendekati remaja dan mewawarkan melalui prasarana iklan di media2 jika ada pasangan mahu bersegera berkhawin ada tempat untuk mereka meluahkan emosi melonjak diri remaja2 kita ini.

Semoga Allah swt pelihara bangsaku dan semoga internet atas talian merobah kejahatan kepada kejayaan negara ini. Penganjur-penganjur maksiat atas talian mesti di perangi habis-habisan.

Monday, August 9, 2010

RAMADAN DATANG LAGI

ALHAMDULILAH, Allah memanjangkan umur kita kerana bertemu dengan ramadahan lagi tapi belum tentu bertemu dengan shawal, jadi biarlah ramadan kali ini adalah ramadan terakhir dan beribadat di lakukan dengan bersungguh-sungguh menjadi lebih baik dari ramadan sebelumnya.

MOHON MAAF kepada semua yang pernah aku kenali, Maaf dengan segala kesilapan sengaja ataupun tidak sengaja, apa yang pasti Dr Fadhilah Kamsah berpesan aku cuba pratikkan iaitu memaafkan semua orang pada setiap bangun pagi kerana setiap hari aku akan melalui tanah perkuburan yang dekat dengan rumah aku, pastinya semua manusia suka atau tidak akan sampai jua gilirannya seperti mana di janjikan oleh Allah swt.

Bagi yang mengaji Al-Quraan secara bersendirian terutama lelaki, jika hendak khatam mengikut kiraan biasa dalam bulan ramadan dapat aku turunkan kiraan biasa secara amnya: Al-Quran yang selalu kita lihat mempunyai lebih kurang 500halaman dan jika sebulan kita mengambil 25hari ertinya sehari kita kenalah baca kira-kira 20 halaman, InsyaAllah kesudahannya jika panjang umur kita akan khatam pada hujung menghampiri syawal nanti. TAPI jangan tolak untuk bersama-sama ber-tadarus dimana-mana sahaja join mana-mana group jika ada kesempatan.

Semoga Allah swt memberikan rezeki untuk kita dapat bertemu dengan Malam Lailatul Qadar pada ramadan ini- Mendapat keampunan dan berakhat, mendapat kejayaan di dunia dan akhirat- ingatlah sentiasa bersyukur kerana kita hari tidak seperti nasib inubapa atau kita pada masa dahulu- Selamat beramal dan Wassalam

Sunday, August 1, 2010

SAHABAT dan RAMADHAN

Salam,

Blog ini juga adalah bersempena ramadhan 2009 dulu. Untungnya menjadi warga negara ini di kebanyakkan surau dan mesjid mengadakan program "Persediaan Menghadapi Ramadhan"- Bagaimana saudar2 ku, bagaimanakah aku... Semoga Ramadhan lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ini- Mari sama-sama bersedia meningkatkan amal sepanjang keberkhatan Ramadahan yang tidak beberapa hari akan menjelma.

Seorang sahabat lama yang hampir 32tahun tak jumpa setelah aku meninggalkan Endau, Mersing dulu, kini kau dapat jumpa kembali pagi jumaat (30Julai) yang lepas- Fadhil Othman yang kini bekerja di kedutaan Kemboja. Melalui kawan atas kawan berkat mengikuti program ETR kat Mersing dulu menjadikan aku dapat panggilan dari bekas guruku yang kini telah pencen tapi amat berjasa dalam hidupku- Cikgu Salleh Johari yg kini menjadi abang angkat aku.
Seorang guru yang mendidik pelajarnya termasuk aku yang menjadi pembimbing marhaban dari kerumah-rumah dan aktif dengan pelbagai kegiatan sekolah dan agama. Hingga kini Cikgu Salleh mengajar nasyid pada anak-anak kampung Endau hingga pernah muncul di TV1 nasyid jemputan di Musabaqah Al Quran di Johor Bahru tak lama dulu. Cikgu yang tiba-tiba menelephon aku bertanyakan khabar jadikan aku terkejut dan gembira kerana beliau masih sihat dan aktif.

Semoga Allah swt memberikan keberkhatan dan kesihatan kepada guru-guruku dan kawan-kawanku sejak dari dulu lagi.