Sunday, September 19, 2010

IDIL FITRI DAN PUASA 6

Beruntunglah bagi mereka yang telah kembali kepada fitrah iaitu mereka yang telah menyempurnakan puasa ramadan dengan penuh taat dan sempurna- Hari raya yang penuh bermakna kerana jiwa dapat merasainya bukan hari raya dengan penuh maksiat dan lag'ha bagi yang berpura-pura puasa semasa ramadan yang lalu.
Shawal hadir adalah kesempatan kedua dalam melengkapkan ramadan bagi mereka yang mampu melaksankanya dan juga peluang menggantikan puasa bagi kaum hawa yang uzur tidak berpuasa semasa ramadan- Allah swt melipat-gandakan lagi pahala bagi mereka yang mengerjakannya. Ada yang telah beraya kali kedua kerana hari ini telah 10 shawal dan bagi ibu mertua hari ini puasanya yang ke-6 walapun usia telah meningkat melebihi 70 thn, esok boleh raya- semoga iman kita meningkat selari dengan peningkatan usia yang setiap detik berlalu tidak akan kembali....amin

Monday, September 6, 2010

KEKASIH

Cerita drama tv orang muda apabila kekasih terpaksa juga pergi kerana janji dan keadaan masa yang berlalu, betapa kecewa frust menonggingnya kerana terpaksa juga merelakan pemergiannya. Detik-detik akhir pasangan bercinta akan dimenafaatkan dengan semaksimumnya dan setiap detik berlalu tidak akan dibiarkan percuma?...
Betapa kekasih RAMADAN akan meninggalkan kita tidak lama lagi, ghirah bercinta dengan ramadan dah mula sepi dan kadang-kadang tidak dipeduli sedangkan segelintir manusia sebak bersedih dan terasa berat hati terpaksa berpisah dengan ramadan kerana belum tentu ada ramadan lagi ditahun hadapan?
Berkemundangnya lagu-lagu hari raya di corong radio menambahkan lagi hilang rasa rindu pada ramadan. Iklan-iklan raya di-tv adakala menyeronokkan tidak kurang menjijikkan bila melihat gelagat segolongan manusia kadang2 melebihi batasan akal dan agama maka tengelamlah rasa sedih pada kekasih bulan ramadan.
Semoga sisa ramadan yang ada dapat dimenafaatkan pada setiap detik dan masa kerana bulan yang datang ini penuh dengan kerahmatan dan rahsia Allah swt. Semoga kita akan mendapat rahmat dengan malam lailatul-qadar: Teramatlah rugi bagi mereka yang tidak diampunkan oleh Allah swt apabila berakhirnya ramadan. Semoga kita dikalangan mereka yang bersih dari segala dosa dan kembali semula sebagaimana fitrah sepertimana bayi yang baru dilahirkan- amin