Tuesday, November 6, 2012

MESIR

Semalam selamat sampai dari Mesir lebih kurang jam 8.30 malam di KLIA. AlhmduliLh banyak yang boleh dipelajari selain dari belajar dan mengenali peserta Conference AicE 2012 berlangsung di Mercure Le Sphinx Cairo Hotel yang hadir anjuran FSPU.

AlhmduliLh, hati hanya fokus pada satu sahaja iaitu Islam bila sampai dibumi Mesir. Bumi yang RasuluLah beri jaminan aman dan bumi yang punyai sejarah Islam yang kuat dengan kehadiran dari kalangan keluarga RasuluLah sendiri setelah peristiwa Karbala. Bumi aulya' dan bumi yang pernah hadir para nabi2 dan para rasul2 sebelum Nabi Muhammad saw.

Bumi yang didatangi oleh ramai tokoh2 Islam samada pernah sampai kerana perjuangan Islam seperti Sallehuddin Al Ayubi yang besar sumbangannya pada Islam mahupun ramai tokoh Islam yang berjuang dan meninggal di bumi Mesir seperli AsSyahid Imam Hasan Al Banna pengasas Ikhwan Muslimin.

Selain dari itu kini Mesir masih menjadi tempat kelahiran ramai tokoh2 ulama' dan pusat pengajian ilmu2 Islam yang jadikan Islam tersebar dipelusuk dunia pada hari ini.

Hati tersentuh dan semua ahli kumpulan yang hadir sama sependapat iaitu moga dengan pemerintahan baru seorang hafiz di Mesir boleh merubah Mesir dari kesan-kesan negatif yang jelas bila berkunjung ke Mesir seperti kemiskinan yang ketara dan masalah kebersihan sampah yang melata di seluruh bandar Cairo. Yang menjadikan proriti juga jelas ternampak yang cantiknya mesjid2 terseragam indah yang tak cantiknya kebersihan yang diabaikan. Alangkan moleknya tempat2 bersejarah, makam2 nabi dan ulama2 besar di perindahkan sebagai penghormatan dan memudahkan untuk dikunjungi.

Berhala2 firaun dan kesan kebiadaban tamadun piramid menjadi fokus dan ditinggalkan tidak diberi perhatian kesan2 peradaban yang dibawa oleh nabi2 dan ulama2 Islam yang berjasa kepada tamadun Mesir dan dunia hari ini. Moga Islam bukan hanya dihelaian2 kertas sahaja tetapi akan muncul menjadi peribadi2 umat mengamalkannya- ameen3x