Wednesday, December 5, 2012

Unik

Cabaran graduan masa kini adalah menjadi terbaik dan menlengkapkan diri menjadi dalam senarai orang-orang yang unik. Mempunyai kemahiran dan  kelebihan "skill" yang tersendiri menjadikan kenapa dia seorang calon yang mesti dipilih mendapatkan sesuatu jawatan berkenaan. Ini bukan faktor akademik semata-semata sebagai ukuran kejayaan dimasa hadapan.
Perkara ini selalu saya nyatakan di bilik2 kuliah. Kita unik disebabkan apa?  Mungkin tidak sukar pelajar yang unik kerana CGPAnya atau sangat cemerlang dalam akademik seperti mempunyai CGPA4 pada keputusan akademik untuk mendapatka pekerjaan. Tapi adakah CGPA4 nya berkekalan bila menghadapi alam pekerjaan. Skill komunikasi berkesan boleh menjadikan seseorang berjaya dalam kerjaya.

Kadang-kadang faktor masa, keadaan dan tempat. Perlunya ada pelan strategik menjadi penentu kejayaan yang sebenar. Mengenali trend dan budaya semasa jadi perniagaan akan berjaya. Perumpamaan baju hujan mana boleh dijual dimusim kering dan panas.

Hari ini di Malaysia KIA dan Hyndai nampak jualan kereta menaik dan minat pembelinya pada designnya yang memenuhi citarasa pengguna. Era i-pad dan touch screen jadi minat anak muda pada alat elektronik seperti hanphone dan gudget2 yang lain. Peminat panggung wayang kata kalau nak untung bikin filem layan kisah2 cinta anak2 remaja walaupun nilainya boleh dipertikaikan  samada membawa rugi atau untung kepada masyarakat.

Apakah pula jadikan kita unik disisi Allah swt? Dalam banyak ayat di dalam Al Quraan Allah hendakkan kita menjadi unik sebab dihujung ayat Allah berfirman "sangat sedikit dari hambaku yang bersyukur", sedikit itulah menjadikan kita unik dan menjadikan kita insan yang terpilih disisiNya. Siapa yang tidak kenal dengan insan seperti Prof Dr Kamil yang duluya pernah mengajar di UiTM Sh Alam dan Johor, insan unik yang menjadi contoh kepada ramai peminatnya di UiTM dan Malaysia ini- Moga kebaikan menjadi contoh dan idola kepada masyarakat kini dan khususnya generasi muda- ameen3x

Ujian dan Hadiah


Dunia sebagai ujian dan ladang untuk keakhirat. Akhiratlah yang kekal dan balasan dari apa yang kita kerjakan diatas dunia dulu. Beriman dengan hari akhirat adalah salah satu dari rukun iman dah peristiwa akhirat Allah swt sembunyikan dari mata pandangan dan deria manusia. Orang-orang yang beriman sahaja akan lebih percaya dan rasa dekat dan kuat dalam hati perasaan mereka dengan semua janji2 Allah apa yang akan berlaku diakhirat.

Kat dunia yang nyata ini dan apakah pengajaran yang boleh kita belajar dengan hidup pasti ke akhirat adalah apabila melihat kematian dan kubur yang terletak disitu sahaja dan ada yang sudah berpuluh dan beratus tahun lamanya. Nak dibandingkan dengan umur kita sekadar umur Nabi sekitar 65 tahun.

Ujian takdir hidup seorang anak samada menjadikan dia akan dekat dengan neraka atau syurgaNya nanti iaitu apabila berhadapan dengan ibubapa yang sudah tua dan yang perlukan pertolongan dan perhatian. Sehari, sebulan atau bertahun-tahun ujian anak bila ibubapa telah hampir dengan ajalnya. Calang-calang ujian ibubapa kadang-kadang kembali menjadi anak kecil meminta dilayan dan dibasuh kencing beraknya. Bagaimana agaknya kesediaan menerima ujian tersebut?

Bagaimanakah ujian anak2 yang diberi hadiah pasangan jauh lebih tua darinya bergelar datok atau nenek? Hadiah suami atau isteri yang Allah swt tunjukkan melalui solat hajat adakah menjadikan seseorang itu akan lebih jauh dariNya atau menjadikan kita bertambah beriman mengikut apa yang telah aturkan dan perintahkan pada kita.

Rambut, kulit daging dan tulang badan kita adalah semua milikNya. Jasad, roh, hati dan perasaan serta akal semuanya milikNya juga. Kalau dulu kita gembira dengan amalan dan rasa kemanisan iman yang Allah telah campakkan dihati kita tapi tiba-tiba dengan sebab hadiah ini jadikan kita semangkin jauh, menyalahkan Allah swt sudah tidak bersungguh beribadat malahan menjadi lama-kelamaan meninggalkan terus dari amalan yang biasa dulu kita lakukan. Hidup menjadi semangkin rugi kerana rahsia hidup Allah swt Maha Mengetahui, hadiah yang Allah beri kita tolak atau menerimanya dengan perasaan rasa dihukum dan mendera, menyimpan bara didada dan hati.

Kenapa tidak mengambil kesempatan dengan hadiah dari Allah swt, ada rahsia besar disebalik anugerah Allah tersebut. Jika tidakpun kita bakal terima didunia tapi diakhirat pasti menunggu kebaikkannya yang Allah akan berikan. Suka atau tidak hidup kena diteruskan juga, ambil kesempatan hadiah dari Allah swt menjadikan hati bertambah lapang, gembira dan seronok menerimanya. Ujian sebagai menambahkan pahala disisiNya dan ujian sebagai rahsia Allah swt dan Allahlah jua yang Maha mengetahuiNya.

Beruntungnya bagi orang yang dahulunya hidup sesat tetapi diakhir hayat Allah swt kurniakan cahaya dan jalan petunjuk menuju taqwa. Sangat ruginya seorang yang Allah swt kurniakan jalan kefahaman kepada Islam tapi kerana ujian dan dugaan jadikan dia tersesat dihujung hayat dan menyalahi Allah swt. Bukankah negeri akhirat itu jauh lebih baik dunia dan segala isi kandungannya?". Ujian menjadikan didunia hidup rugi dan akhirat lebih-lebih lagi ruginya. Mohon Allah swt menjauhi kita semua dari kesesatan dan kerugian diakhirat.