Friday, January 11, 2013

Belajar Jadi Yang Terbaik

Berjalan dan membuat pemerhatian menjadikan kita dapat belajar dari ramai orang. Pemerhatian yang akan mendekatkan lagi diri kepadaNya dengan menjadikan ia sebagai teladan yang baik untuk dicontohi.

Berjalan jauh menggunakan perkhidmatan kapalterbang menjadikan kita dapat belajar dari pelbagai jenis orang dengan pelbagai bangsa dan latar belakang.

Contohnya apabila berada di lapangan terbang (LT) Dallas sambil duduk berehat-rehat menunggu giliran dipanggil untuk masuk saya dapat membuat pemerhatian diseberang cermin tingkap ke arah kapalterbang yang sedang disenggarakan. Melihat bagaimana kesungguhan seorang pekerja pam minyak kapalterbang dengan penyelianya. Biasanya seorang penyelia akan hadir dengan failnya dengan seorang lagi bekerja mengepam minyak. Menariknya seorang pekerja pam minyak akan mengepam minyak masuk melalui sayap kapalterbang apabila bekerja setiap kali habis satu langkah dia akan berkata sendirian pada diri sendiri sambil menunjuk jari pada apa yang telah dia lakukannya bagi setiap langkah. Agakkan saya mungkin dia berkata sambil tunjukkan pada klip paip pam seperti "kau aku dah klip", kemudiannya buat lagi pada setiap langkah "kau aku dah sambung" dan seterusnya hingga sempurna sehingga bersedia untuk minyak dimasukkan pada sayap kapaterbang. Semuanya menunjukkan kesungguhan dan mengelakkan dari membuat kesilapan.

Dilapangan terbang Narita apabila kita tunjukkan "boarding pass" untuk dibenarkan masuk, dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka memegang kad "boarding pass" yang kecil kembalikan pada kita kembali. Melihat orang2 jepun bekerja mereka berlari2 anak dari satu tempat ke satu tempat menunjukkan kesungguhannya.

Lebih menarik lagi melihat ko-pilot dan pilot Malaysia yang boleh kita banggakan. Kebanyakkan mereka orang-orang muda. Lagi membanggakan bila melihat ko-pilot dan pilot Melayu yang masing-masing mempunyai kelebihan tambahan. Seorang nampak jernihnya air muka tanpa misai dan berjanggut dengan pakaian yang segak dengan agak saya umurnya hujung 20-an atau awal 30-an, seorang lagi pilot lagi istimewa tangan kanannya tanpa satupun jari hanya mempunyai jari di tangan kiri sahaja. Betapa baiknya dijadikan contoh anak-anak muda kini bagi mereka yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

Apakah keunikkan dan nilai tambah yang ada pada kita, saya, kawan-kawan dan anak2 pelajar kini?

Berjumpa dengan kawan baru jalanan di Narita, nama Jepun susah nak hafal tapi nama panggilan dia Malaysia dulu katanya Muhamad Kim Harimau. Pernah bekerja di Malaysia dan kini menjadi pegawai keselamatan di pintu masuk kapalterbang MAS untuk penerbangan Malaysia. Umur sudah menjangkau 70 tahun tapi masih sihat dan bekerja menunggu hingga lewat malam hingga semua penumpang kapalterbang MAS telah selamat berlepas. Kesungguhan dan budaya kerja yang kuat bagi orang Jepun dan memahami budaya bangsa lain jadikan Kerajaan Jepun letakkan orang yang faham dengan budaya orang-orang Malaysia. Menarik katanya orang-orang Malaysia perangainya baik, disenangi dan mudah didekati.

Pengajaran kini boleh ambil jika dihadapan manusia lain kita tunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi, membuat yang terbaik sudah tentunya apa lagi jika kita dapat rasakan seluruh hidup kita ini adalah ibadat dan membuatnya dengan sehabis baik samada di hadapan ataupun di belakang manusia kerana kita tahu Allah swt sntiasa ada dan melihat dengan setiap apa yang kita lakukan.

Apakah nilai seorang teman yang bergelar professor Melayu wanita tinggal berseorangan yang bekerja di Amerika Syarikat kini. Perbandingannya jika di Malaysia kalau merajuk boleh cari teman Melayu bercakap dan mengadu. Kurang gula dan belacan dirumah boleh panggil anak atau jiran pergi membelinya. Jika ditempat kerja ditekan dan ditindas ada keluarga dan sahabat nak mengadu. Tentunya ada nilai yang hebat yang boleh dicontohi dan dipelajari darinya. Dengan jati diri Islam sedikitpun tidak tertanggal atau ditinggalkan malahan menjadi lebih kuat berbanding dari ramai orang Melayu Islam di Malaysia. Antara sikap dan pendirian yang kuat "tidak ada sesiapa atau makhluk apapun yang boleh "down"kan aku kecuali Allah swt" ditambah rajin dan berusaha membuat kerja dengan sehabis baik bila diberi tanggungjawab dan kini punya jawatan professor sebagai pengiktirafan dan penerimaan terhadap kejayaannya.

Semoga Allah swt menunjukkan jalanNya yang terbaik untuk kita lebih baik hari ini dari semalam dan esok bertambah baik dari hari ini- WalLah hualam