Friday, April 26, 2013

Sembang Pak Aji- PRU13

Dah 2 minggu hujung minggu sembang kedai kopi dgn geng2 pak aji selepas subuh, AlhmduliLh hati ini berniat hanya untuk merapatkan silaturahim dikalangan sesama sahabat dan orang-orang kampung. Dah 2 minggu topik hangat bercerita soal parti dan politik. Minggu lepas Pak Imam hanya diam dan mendengar sahaja, aku berbisik pada Pak Imam semoa soalan dalam hidup biarlah mengarah kepada mencari redo Allah swt.
Kadang-kadang jadi hangat bila cerita soal politik, masing-masing ada pendiriannya sendiri. Mujur juga ada Pak Aji Baharom dari Bangi yang balik setipa hujung minggu ke kampung. Dia tenangkan keadaan, katanya "soal politik kita kena bincang dengan berlapang dada dan menghormati pendirian masing-masing kerana setiap orang punya pendirian dan alasan untuk menyokong sesiapapun calon". Aku biasanya diam sahaja bila suasana jadi hangat sebab menjaga hati kawan-kawan yang jauh lebih tua dan berumur ada yang sudah pencen kerajaan dan kadang-kadang antara kami pak-pak aji telah terbiasa dengan bendera yang disokongnya. Katanya apa jadikpun aku tetap pilih bendera tu. Itu cerita minggu lepas.
Hari ini sabtu 27 Mac masih cerita pasal politik. Cerita orang-orang yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon dan kali ini PRU13 paling ramai calon bebas kerana kecewa tidak terpilih. Hj Nasir seorang jurutera berkata rupanya ramai yang fikir dia layak jadi calon dan berebut2 minta dipilih. Dia menambah sepatutnya calon wanita digilirkan pada wanita lain dan beri peluang cukup sepenggal sahaja untuk merasa jadi calon YB. Saya menambah kekadang di Dewan hanya sebagai nasi tambah sahaja hangguk dan menggeleng bagi kebanyakkan YB wanita bila debat di Dewan.
Bukan senang hendak jadi YB bagi mereka yang tidak mempunyai kewangan yang kuat sebab orang-orang kampung sudah terbiasa diberi subsidi dan bila mintak semua dapat. Akhirnya melebelkan YB sana dan sini yang "tahi hidung masin" sedangkan gajinya kecil sahaja (ada yang kata YB gaji RM7000 sahaja- aku pun tak tahu?) dengan memberi contoh YB dahulu dikampung sini. Ada YB di Melaka sini tidak dipilih kali ke-2 sebegai calon kini dikejar along dan berhutang disana -sini?
Bila pak-pak aji tenang dan rasional aku suka bercakap. Mengingatkan menjadi pemimpin bukan mudah, aku memberi contoh nasib orang Palastin yang dahulunya asal punyai tanah yang besar, orang-orang Yahudi sanggup membelinya bila diberi peluang dengan berapapun harganya. Setelah mereka menjadi bertambah ramai dengan membeli tanah-tanah orang Palestin merekapun menjadi penentang dan kemudiannya menghalau orang-orang Palastin. Ini sedang berlaku di kampung sini bila keliling kampung sedang dibina perumahan yang harga rumah-rumahnya tidak mampu orang Melayu untuk membelinya tambah jurutera. Dan tidak mustahil ianya akan berlaku tanah yang bukan "Tanah Melayu" lagi ini. Seronoknya ia didengari oleh kawan-kawan Pak Aji dengan khusyuk hujah2ku, Zam seorang driver lori yang berangan-angan nak YB dari awalnya akhirnya kata "tak jadilah aku nak jadi YB kalau macam ni" -Wallahualam