Monday, January 3, 2011

JEAMMAH TABLIGH

Assalamualaikum,
Semalam ustaz tak datang memberikan kuliah feqah semasa tetapi digantikan dengan ceramah salah seorang dari anggota jeamaah tabligh.
Sedikit latarbelakang kumpulan jeamaah tabligh yang berkunjung di Mesjid Belimbing Dalam mereka terdiri dari 15 orang para-pelajar yang menunggu keputusan SPM dan adalah rombongan dari Terengganu akan beriktiqaf selama 3 hari.

Baik juga inti-pati ceramah tabligh untuk dikongsi bersama dan di antaranya;

1. Katanya ulama pernah memberitahu andaian manusia di dunia seperti seorang manusia yang tersangkut hampir jatuh memegang akar pokok. di bawahnya ada ular dan kalajengking, dan ada sepasang tikus hitam dan putih sedang menggigit akar yang dipegang oleh manusia berkenaan.
Di atas pokok ada madu lebih yang sedap dan dibawah pokok ada seekor singa yang ganas sedang menunggu.
Tikus hitam dan putih ibarat siang dan malam manakala akar pokok yang semangkin genting ibarat sangkutan usia hidup dengan dunia semangkin pendek. Ular dan kalajengking adalah lubuk neraka yang ramai manusia jatuh kedalamnya seumpamanya neraka. Madu adalah sedikit sekali yang berjaya perolehinya kebaikkan manakala seekor singa perumpamaan malaikat maut. Malaikat maut mengunjungi kita 70 kali sehari menunggu diperintahkan mengambil nyawa.

2. Benih yang baik jika disimpan di dalam peti sejuk tidak memberi menafaat, tetapi jika ditanam dan dijaga rapi di akan menghasilakan buah, bergitulah ibaratnya iman. Allah swt menjanjikan pahla jikapun sebesar biji sawi diterima ganjarannya seperti 7 hamparan bumi

3. Tanda iman belum sempurna iaitu apabila kaki tersepak batu jika mulut terlancur berkata bukan dari Allah swt maka ingatan manusia itu belum lagi kuat untuk Allah swt kerana hati jika diperah jika bukan ingatan pada Allah swt yang banyak maka nasibnya merbahaya jika berhadapan dengan hari akhirat kerana yang akan menjawab adalah amalan diri masing-masing.

WalLah hualam

Sekadar berkongsi apa yang diperolehi malam tadi

Monday, December 27, 2010

SELAMAT DATANG

Salam,

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU (khususnya pelajar DIIM) dan
Selamat kembali para pelajar lama...

Azam pelajar baru waktu pertama kali menjejaki kaki di kampus indah UiTM Johor
dengan diri sendiri dan ibubapa
WAJIB di gengam sehingga dikota, pulang membawa kecemerlangan
dan
Bagaimana dengan keputusan CGPA bagi para pelajar lama?
Adakah lebih memberangsang dan menaikkan motivasi diri atau
hati berkata "sudah tidak ada harapan lagi"?........jangan begitu

Selagi ada nyawa di kampus, buangkan sifat negatif, sentiasa bersemangat dan berazam
"CGPA aku akan bertambah cemerlang lagi pada semaster ini"...amin

TAHNIAH BAGI PARA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA
DAN BAKAL MENERIMA SEGULUNG DIPLOMA DAN IJAZAH
Semoga lebih berjaya lagi untuk masa hadapan...InsyaAllah

Selamat berjaya dengan cemerlang

Wednesday, December 15, 2010

DOA

Mlm isnin lalu dapatlah belajar sikit2 di Mesjid Belimbing Dalam, Melaka dan di antara intipati pelajarannya;

Doa adalah senjata bagi orang mukmin

Dari Abu Darda' dan Muslim

"Bagi seorang mikmin yang doa untuk saudaranya yang lain tanpa saudaranya ketahui/secara bersembunyi adalah lebih afdhal dan segera di makbulkan oleh Allah swt"- maksud hadis

Doa seorang muslim pada

1) MUSIM yang zalim hukumnya HARUS agar Allah swt membalaskan kembali kerana perbuatan zalimnya

Sahabat Rasul swt Saat Ibn Wakas (seorang sahabat yang doanya mustajab seperti doa para Rasul) pernah berdoa agar Allah memberikan balasan yang setimpal apabila seorang fasik memfitnahnya merampas tanah dan Allah swt memberi balasan kepada orang fasik tersebut yang akhir mati di tanah yang difitnahkan itu.

Sifat RassulLah yang sangat terpuji tidak pernah mendoakan yang buruk sesama Islam sebaliknya Rasul yang mulia akan membalas dengan berdoakan supaya Allah swt membalas dengan kebaikkan- SubhanalLah

Ini digambarkan dengan peristiwa RasulLulah di serang orang Thaif dengan baling batu dan najis, walaupan malaikat dengan rela hati ingin membalas serangan kembali RasulLah tetap berdoa kebaikan kepada orang Thaif

2) BUKAN MUSLIM adalah HARUS atas urusan dunia sahaja seperti mendoakan agar diberikan hidayah pada bukan muslim berkenaan

3) BUKAN MUSLIM adalah HARAM atas urusan akhirat seperti mendoakan agar seorang bukan muslim berkenaan ditempatkan di syurga di akhirat atau ditempatkan bersama-sama dengan para-ahli syurga kerana urusan akhirat adalah hak mutlak Allah swt.

Peristiwa sebagaimana RasulLulah berdoa untuk bapa saudaranya Abi Talib yang tidak memeluk Islam dan Allah swt menjawabnya sepertimana di dalam AlQuran bahawa urusan akhirat adalah hak Allah swt.

Tambahan: Adalah hukumnya HARUS memberi penghormatan dengan perayaan agama-agama lain di Malaysia tetapi bukan maksudnya bersama-sama atau turut sama terlibat secara langsung (sibuk sama melaksanakannya) dengan kepercayaan agama lain.

Jelas dalam hadis dan AlQuran Hari Raya Idil Fitri di sambut setelah muslim melalui puasa dan Hari Raya Korban disambut apabila datangnya musim Haji. Jadinya jangan terperangkap sama menyambut kepercayaan agama2 lain. Biar mereka menyambutnya dan kita menghormatinya sebagai tetamu yang di jemput

Sunday, November 14, 2010

WUKUF DI ARFAH

Hari ini 8 Zulhijah bersamaan bersamaan dengan 15 November 2010, perhimpunan bersejarah dalam rukun Haji apabila semua jeamaah dari pelbagai bangsa, keturunan dan negara bergerak untuk berhimpun di Padang Arfah pada keesokkan hari, gambaran perhimpunan di Padang Mahsyar di akhirat tidak membawa apa-apa kecuali ibadat dan penyerahan keseluruhan hidup hanya kepada Allah swt.
Semoga jeamaah haji Malaysia dipermudahkan untuk melakukan rukun haji seterusnya bermalam di Mudzalifah, ke Mina seterusnya melontar 3 hari dengan selamatnya sebelum bergunting rambut sebagai penyaksian ibadat Haji di akhirat nanti.
Doaku semoga jeamaah haji Malaysia balik dengan haji yang mabrur- AMIN

KAWAN LAMA

AlhamdulLilah, pertemuan kembali melalui teknologi visual lebih 30 tahun dengan Rafidah Awang kini dah bergelar Prof Madya Dr danmenetap di US sebagai pensyarah di sana melalui jambatan facebook Rozita ARahman rakyat jati Endau, Mersing Johor.
Bersyukur teramat sangat kepada Allah swt kerana zaman kanak2 dulu kami boleh dikatakan rapat menjadi rakan mesjid -tukang sibuk bila ada apa-apa program di Mesjid Endau dulu.
Dr Faridah mengenali kakak saya iaitu Siti Hawa yg pernah menjadi rakan mengaji Quran dengan Pak Noja di Mesjid Endau dulu dan sekarang beliau telahpun kenali isteriku kerana usaha baik beliau menelefon dari US lebih 3 kali- terimkasih kepada Prof Madya Dr Faridah, doa saya mudah-mudahan menjadi kenyataan di tahun hadapan bergelar Profesor pula.
Banyak cerita dan pengalaman Dr Faridah bila membawa diri di US dan telahpun mempunyai rumah sendiri dan hidupnya sendiri yang lebih baik jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan bila hidup di zon mewah di negara sendiri menjadi kurang perjuangannya.
Semoga Allah swt melapang hidup kedua-dua rakanku Rozita dan Dr Faridah- AMIN

Tuesday, October 26, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PERPERIKSAAN

Salam; Buat para pelajar baik di peringkat sekolah mahupun di IPT khususnya warga siswa DIIM UiTM Johor diucapkan selamat menduduki perperiksaan- jaga kesihatan dan makan/tidur, adat kehidupan manusia pasti ada sekatan-sekatan untuk dilalui demi kebaikan hidup mendatang- SELAMAT BERJAYA

Thursday, October 7, 2010

PENUTUP SHAWAL

Hari ini 29 shawal dan esok masuk Zulkaedah 1431- Lebih penting dari itu adalah amalan-amalan di bulan madrasah ramadan dan shawal adakah akan dapat bertahan. Seronok tengok ramai org kunjungi mesjid bila tarawikh pada bulan ramadan tetapi adakah jeamaah akan bertambah sorang dua lepas ini. Bulan shawal konsep berziarah, hati terbuka menerima tetamu dan saling bermaaf adakah turut juga akan berkekalan selepas ini?
Episod mendatang yang terdekat adalah musim khawin bagi yang memilih tarikh 10-10-10 pada hari ahad ini (kenapa tak pilih 20-10-2010?- bukan hari cuti agaknya) dan lebih dekat lagi serta lebih terasa adalah datangnya musim haji. Agak terasa terutama bagi generasi angkatan 40-an ke atas kerana mereka sepatutnya terasa dipanggil untuk menunaikan ibadat rukun Islam ke-5 ini atau pada yang telah bergelar haji dan hajjah mungkin terasa amatnya nostalgia mengerjakan haji dahulu kerana itulah topik yang sering dikatakan oleh pak-pak haji dan mak-mak hajah di mesjid- semoga amalan mereka kian menambah dan menaik seiringan dengan nostalgia kedatangan musim haji- InsyaAllah