Thursday, April 7, 2011

LOKATAH/ Barang yang dijumpai

Dari Mesjid BD DT Melaka yang boleh dikongsi bersama, InsyaAllah.

Ulama fekah sepakati barang berharga yang dijumpai hendaklah di istiharkan/ di iklankan selama setahun sebaik-baiknya ditempat awam. Sebaik-baiknya nyatakan barang tersebut tetapi menyembunyikan ciri-ciri atau sifat-sifat barang berkenaan untuk penebos barang barang berkenaan tahu ia adalah miliknya. Barang dikira tidak berharga menjadi lebih baik di ambil dari dibiarkan begitu sahaja seperti sebiji pisang, duit dalam jumlah yang sedikit ( seringgit, lima puluh seb atau sebagainya ) dan sebaik-baiknya disedekahkan kembali untuk kegunaan awam yang tidak bertentangan dengan Islam. Barang yang halal (syara') dijumpai mengikut hukum;

1. HARUS- ambil barang berkenaan dengan keyakinan mampu menjaganya/ menjadi pengamanah

2. WAJIB- dibimbangi harta berkenaan dirosakkan atau dicuri. Tuan barang juga sangat perlukan barang berkenaan

3. MAKRUH- menyimpanya tetapi tidak boleh bersifat amanah. Guna barang orang macam barang dia juga

4. HARAM- Niat bukan untuk kembalikan kepada tuan asalnya.

Harta dijumpai eloklah di simpan di Baitul Mal Jika barang yang dijumpai dibimbangi mudah rosak boleh menggantikan barang ikut harga nilai semasanya seperti menjumpai gandum atau makanan. Rosak barang yang disimpan bukan kerana kelalaian tetapi sifatnya mudah rosak bukan jadi tanggungjawab orang yang menyimpannya.
Mengambilkira susutnilai barang juga perlu apabila tuan empunya barang meminta kembali barangnya seperti kereta atau kenderaan. WaLlah hualam

Semoga ada menafaatnya.

Tuesday, March 29, 2011

FITNAH ZINA

Sedikit dari Mesjid BD DT Melaka mungkin boleh dikongsi bersama;

Fekah menetapkan hukuman zina hanya dengan DUA syarat sebelum dijatuhkan hukuman samada disebat jika pasangan belum pernah kawin ataupun rejam jika pasangan telahpun berkhawin iaitu;

1. Pengakuan ikrar penzina yang dia pernah melakukan zina atas sebab kesedaran akan azab Allah swt di akhirat nanti dan

2. Penyaksian dari 4 orang saksi yang layak (bukan fasik)

. Allah swt memberi pengajaran sebagaimana dalam surah AnNuur 1 hingga 30 iaitu Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah. Mengalir air mata seorang Rasul apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan kospirasi memfitnah Amirul Mukminin Sadatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu'atal iaitu orang yang berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan RasulLulah dan tenteranya dari medan perang.

Rasulullah bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang peristiwa tersebut dirumah Bapa Mertuanya Saidina Abu Bakar As-Sidiq lalu Allah swt menurunkan Surah AnNuur ini cerita tentang fitnah dari orang munafik dikalangan sahabat Rasul.

Begitu juga beratnya dosa fitnah Allah swt memberi pengajaran sebagaimana Nabi Yusof difitnah oleh Zulaikha akibat dari cantiknya rupa paras Nabi Yusof apabila bajunya koyak dari belakang yang akhirnya dipenjarakan walaupun Nabi Yusof tidak bersalah.

QAZAF hukuman orang yang membuat fitnah zina dengan 80 kali sebatan FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh. Allah swt akan membalas dosa orang yang melakukan fitnah dengan balasan yang amat berat.

Hendaknya hukuman Qazaf juga tidak diketepikan di bumi Malaysia ini dalam keghirahan laporan fitnah zina yang kian menjadi-jadi. Semoga Allah swt memelihara umat Islam di bumi Malaysia ini- amin.
WalLahualam


**T/kasih pada Ustz Sazali yang membetulkan dari kesilapan saya terdahulu memetik surah dalam AlQuran iaitu sebenarnya surah An-Nuur ayat 1-30

Wednesday, March 23, 2011

MU'AMALAT

dari Ilmu yang dikutip dari Mesjid BD DT, Melaka.

Asasnya pertukaran barangan atau jualbeli adalah SAH bila kedua-dua REDHA walaupun pada mata kasar nampak tidak seimbang seperti pertukaran barang di antara Pisang dengan Kambing.

Sedikit pengetahuan fekah jualbeli mengikut kaedah Islam dalam urusan membayar cengkeram atau deposit;

Jika sekiranya deposit atau cengkeram telah dilunaskan dan pembeli tidak jadi untuk membeli kaedahnya;

1. Deposit dikira hangus atau tidak perlu dikembalikan sekiranya AQAD telah dilakukan

2. Sekiranya Aqad BELUM dibuat;
a. Cengkeram atau deposit hendaklah dikembalikan kepada pembeli sepenuhnya
b. Mengembalikan sebahagian dari deposit atau cengkeram dengan menolak
caj service/perkhidmatan yang telah dilaksanakan

Semoga dapat memberi menafaat

WalLahualam

Monday, March 7, 2011

HARTA PUSAKA

Assalamualaikum wrt wbt Sedikit dari Mesjid BD DT Melaka; Hadith RasulLah menyatakan "Ilmu yang akan hilang dari dada umat ini diakhir zaman adalah ilmu faraid" Membawa maksud 1. Ilmu yang Allah swt akan tarik dari dada umat Islam di akhir zaman dan ada juga antara lain menafsirkan 2. Akhir zaman umat akan berebut dengan harta pusaka dan mengenepikan ilmu faraid WaLlahu alam Al-Quran dalam surah AnNisa' banyak menceritakan urusan pembahagian harta. Harta pusaka boleh dijual jika telah dimiliki/ hak oleh waris Harta pusaka tidak layak dimiliki oleh; 1. orang yang membunuh kerana berkehendakkan harta pusaka 2. Berlainan ugama- mungkin si mati adalah mua'alaf, bapa dan adik beradik tidak beragama Islam 3. Murtad atau terbatal Islam Sebelum harta si mati diagihkan, harta itu mesti dibelanjakan dengan sebab; 1. Perbelanjaan pengkebumian 2. Membayarkan hutang piutang simati 3. Hutang dengan Allah swt (zakat) **Ada sesetengah pendapat Ulama si mati boleh ditunaikan haji untuknya, kifarah2 dan nazar 4. Menyelesaikan wasiat 1/3 dari harta simati WalLahu alam, semoga memberikan menafaat kepada semua, InsyaAllah

Monday, February 21, 2011

KENDURI ARWAH DAN TALKIN

Assalamualaikum wrt wbt

Pelajaran dari Mesjid BD DT, Melaka antaranya;

Terdapat dua pendapat membuat kenduri arwah iaitu BIDA'AH dan HARUS

SEBAIK-baiknya dielakkan dari pergaduhan atau pertengkaran kerana bergaduh itu HARAM dan kedua-dua pendekatan atau jalan boleh diterima bida'ah atau harus

NOTA:
1. Waris si mati akan dibebankan dengan terpaksa buat kenduri hinggakan walaupun tiada wang terpaksa buat kenduri arwah hinggakan kenduri dengan makan biskut sahaja hingga disebut "biskut mayat"- walLlah hu alam
2. Jangan ada niat di hati bila dipanggil kenduri arwah tetamu hendak datang atas sebab hendak makan.
3. Jikapun hendak buat kenduri disarankan nama "Kenduri Arwah" ditukarkan dengan "Kenduri Kesyukuran" kerana menjamu makan dan bersedekah bukan untuk si mati tetapi kepada tetamu yang datang
4. Riwayat hadis menyebut RassuLlah perintahkan "...buatkanlah jamuan makan untuk keluarga Jaafar bin Abi Talib yang meninggal dunia" bukannya perintah untuk waris yang buat kenduri kepada si mati tetapi jiran dan sahabat terdekat untuk buat jamuan kepada simati.

Hukum jadi HARUS membuat kenduri atas sebab;

1. Merapatkan hubungan kekeluargaan berkumpul
2. Jiran-jiran dapat berkumpul mengucapkan takziah dan ucapan "inna liLah......ji uun"
3. Membantu mengimbirakan hati waris dan keluarga simati
4. Bertujuan mendoakan simati
5. Kenduri jangan diambil dari harta simati

Lagi malang- HARAM dan di CELA jika kenduri arwah terikat dengan bilangan hari seperti hari pertama, hari ke-7, hari ke-40...hari ke-100 dan lain-lain masa yang ditentukan.

TALKIN

Hadis riwayat Muslim menyebut RasulLah saw menyebut: "taklinkan mayat kamu dengan ucapan "La illah ha iLlah"

Kefahaman kepada tafsirnya ada pelbagai pendapat antaranya;

1. Mengajar kalimah la illah ha ilLah iaitu bagi orang yang menghampiri sakaratul maut
2. Talkin pada si mati- diharuskan
3. Membaca Al-Quran berharap sebagai syafaat kepada simati- cuma di zaman nabi tidak ada amalan membaca Al-Quran di perkuburan kerana kesucian Al-Quran perlu dipelihara.

Akhirnya: Kenapa orang hidup sangat sibuk meminta si mati masuk syurga tetapi semasa hidup tidak mahu mencari pahla untuk masuk syurga

WalLah hu alah

Monday, February 14, 2011

MAULIDDUR-RASUL

Tanggal bersejarah yang akan diingati sehingga akhir zaman iaitu 12 Rabiul-awal (awal musim bunga) dan kini dan zaman ini kita raikannya.

Sedikit ilmu dari Mesjid BD Melaka antaranya;

Natijahnya sambutan Maulidur Rasul adakah bertambah iman dan taqwa kita dengan memperingati perjuangan Nabi Muhammad saw? Adakah kita hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini.

Adakah hari ini sembahyang kita telah lengkap 5 kali sehari semalam dan rukun Islam tertegak dalam diri kita. Adakah dengan hadir dan mendengar sirah dan perjuangan Nabi Muhammad saw saban tahun menjadikan jiwa akan terpanggil untuk mencontohi sebagaimana kehidupan baginda saw atau sekadar dapat makan "free" dan berpolitik apabila habis program yang diatur?

Sedikit yang menarik minat saya apabila seorang ilmuan asalnya beragama Hindu, Dr Neb Darakash ( maaf jika tidak tepat perkataan dan sebutannya - dari petikan tulisan buku Dr Daniel) membuat kajian tentang mentera dalam bahasa San Scrite yang selalu sami hindu lakukan mengikut kitab Weda iaitu menyebut satu nama berbunyi "Nara Shanka", hasil kajian mendapati puji-pujian "Nara Shanka" adalah bertepatan dengan nama agung manusia terpuji bila diterjemah menepati orangnya adalah Nabi Muhammad saw, kemudian diikuti pujian pada ibunya yang menepati nama Aminah dan ayahnya Rasullah saw jika di terjemahkan sebagai "hamba tuhan" yang maksudnya Abdullah.
Dalam mentera hindu itu juga diikuti dengan 4 bunga yang indah menepati sahabat nabi yang empat dan menyebut dari latarbelakang kenderaan unta ertinya dari daerah berbangsa Arab.
Setelah diteliti dengan bijaksana dan secara halus akhirnya si pengkaji mengucap dua kalimah shaadah. Ada juga berkemungkinan mentera datangnya dari seorang nabi utusan Allah swt bagi bangsa India- Wallah hualam

Semoga memberi menafaat...

Thursday, February 10, 2011

IBADAT DITERIMA?

Nota dari Mesjid BD, Melaka -antara lain yang boleh dikongsi bersama;

Syarat Ibadat diterima oleh Allah swt;

1. NIAT
- tanpa niat akan menjadi adat dan tidak mendapat pahala

2.IKUT PERATURAN
- Ilmu Islam adalah pengukurnya (ikbaq- mengikut dengan hujah Al-Quran dan Sunnah dan sumber Islam yang benar)
- Tidak taksub dengan ikutan mahzab malahan kilafiah adalah satu rahmat bukan penyebab pergaduhan dan pertengkaran. Kilaf membawa kepada percambahan ilmu dalam Islam

3.DIBENARKAN OLEH SYARAK
- contohnya perniagaan yang halal tidak menipu dacing/kejujuran dan tidak riba

4.MEMBERI MENAFAAT
- jangan sampai membebankan diri

5.TIDAK MENINGGALKAN IBADAH ASAS/KHUSUS
- Mendahulukan yang wajib dari yang sunat dan yang harus
- contoh bersembahyang malam/ sembahyang tahajud tetapi meninggalkan sembahyang subuh

WalLah hualam

Semoga memberikan menafaat kepada semua.