Berjalan dan membuat pemerhatian menjadikan kita dapat belajar dari ramai orang. Pemerhatian yang akan mendekatkan lagi diri kepadaNya dengan menjadikan ia sebagai teladan yang baik untuk dicontohi.
Berjalan jauh menggunakan perkhidmatan kapalterbang menjadikan kita dapat belajar dari pelbagai jenis orang dengan pelbagai bangsa dan latar belakang.
Contohnya apabila berada di lapangan terbang (LT) Dallas sambil duduk berehat-rehat menunggu giliran dipanggil untuk masuk saya dapat membuat pemerhatian diseberang cermin tingkap ke arah kapalterbang yang sedang disenggarakan. Melihat bagaimana kesungguhan seorang pekerja pam minyak kapalterbang dengan penyelianya. Biasanya seorang penyelia akan hadir dengan failnya dengan seorang lagi bekerja mengepam minyak. Menariknya seorang pekerja pam minyak akan mengepam minyak masuk melalui sayap kapalterbang apabila bekerja setiap kali habis satu langkah dia akan berkata sendirian pada diri sendiri sambil menunjuk jari pada apa yang telah dia lakukannya bagi setiap langkah. Agakkan saya mungkin dia berkata sambil tunjukkan pada klip paip pam seperti "kau aku dah klip", kemudiannya buat lagi pada setiap langkah "kau aku dah sambung" dan seterusnya hingga sempurna sehingga bersedia untuk minyak dimasukkan pada sayap kapaterbang. Semuanya menunjukkan kesungguhan dan mengelakkan dari membuat kesilapan.
Dilapangan terbang Narita apabila kita tunjukkan "boarding pass" untuk dibenarkan masuk, dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka memegang kad "boarding pass" yang kecil kembalikan pada kita kembali. Melihat orang2 jepun bekerja mereka berlari2 anak dari satu tempat ke satu tempat menunjukkan kesungguhannya.
Lebih menarik lagi melihat ko-pilot dan pilot Malaysia yang boleh kita banggakan. Kebanyakkan mereka orang-orang muda. Lagi membanggakan bila melihat ko-pilot dan pilot Melayu yang masing-masing mempunyai kelebihan tambahan. Seorang nampak jernihnya air muka tanpa misai dan berjanggut dengan pakaian yang segak dengan agak saya umurnya hujung 20-an atau awal 30-an, seorang lagi pilot lagi istimewa tangan kanannya tanpa satupun jari hanya mempunyai jari di tangan kiri sahaja. Betapa baiknya dijadikan contoh anak-anak muda kini bagi mereka yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apakah keunikkan dan nilai tambah yang ada pada kita, saya, kawan-kawan dan anak2 pelajar kini?
Berjumpa dengan kawan baru jalanan di Narita, nama Jepun susah nak hafal tapi nama panggilan dia Malaysia dulu katanya Muhamad Kim Harimau. Pernah bekerja di Malaysia dan kini menjadi pegawai keselamatan di pintu masuk kapalterbang MAS untuk penerbangan Malaysia. Umur sudah menjangkau 70 tahun tapi masih sihat dan bekerja menunggu hingga lewat malam hingga semua penumpang kapalterbang MAS telah selamat berlepas. Kesungguhan dan budaya kerja yang kuat bagi orang Jepun dan memahami budaya bangsa lain jadikan Kerajaan Jepun letakkan orang yang faham dengan budaya orang-orang Malaysia. Menarik katanya orang-orang Malaysia perangainya baik, disenangi dan mudah didekati.
Pengajaran kini boleh ambil jika dihadapan manusia lain kita tunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi, membuat yang terbaik sudah tentunya apa lagi jika kita dapat rasakan seluruh hidup kita ini adalah ibadat dan membuatnya dengan sehabis baik samada di hadapan ataupun di belakang manusia kerana kita tahu Allah swt sntiasa ada dan melihat dengan setiap apa yang kita lakukan.
Apakah nilai seorang teman yang bergelar professor Melayu wanita tinggal berseorangan yang bekerja di Amerika Syarikat kini. Perbandingannya jika di Malaysia kalau merajuk boleh cari teman Melayu bercakap dan mengadu. Kurang gula dan belacan dirumah boleh panggil anak atau jiran pergi membelinya. Jika ditempat kerja ditekan dan ditindas ada keluarga dan sahabat nak mengadu. Tentunya ada nilai yang hebat yang boleh dicontohi dan dipelajari darinya. Dengan jati diri Islam sedikitpun tidak tertanggal atau ditinggalkan malahan menjadi lebih kuat berbanding dari ramai orang Melayu Islam di Malaysia. Antara sikap dan pendirian yang kuat "tidak ada sesiapa atau makhluk apapun yang boleh "down"kan aku kecuali Allah swt" ditambah rajin dan berusaha membuat kerja dengan sehabis baik bila diberi tanggungjawab dan kini punya jawatan professor sebagai pengiktirafan dan penerimaan terhadap kejayaannya.
Semoga Allah swt menunjukkan jalanNya yang terbaik untuk kita lebih baik hari ini dari semalam dan esok bertambah baik dari hari ini- WalLah hualam
SEJENAK bermakna berfikir seketika (mencari erti diri dan kehebatan ALLAH swt) lebih bermakna dari 1000 tahun tanpa berbuat apa-apa atau lebih teruk hidup tidak berfikir hanya menjadi pengikut membutatuli
Friday, January 11, 2013
Wednesday, December 5, 2012
Unik
Cabaran graduan masa kini adalah menjadi terbaik dan menlengkapkan diri menjadi dalam senarai orang-orang yang unik. Mempunyai kemahiran dan kelebihan "skill" yang tersendiri menjadikan kenapa dia seorang calon yang mesti dipilih mendapatkan sesuatu jawatan berkenaan. Ini bukan faktor akademik semata-semata sebagai ukuran kejayaan dimasa hadapan.
Perkara ini selalu saya nyatakan di bilik2 kuliah. Kita unik disebabkan apa? Mungkin tidak sukar pelajar yang unik kerana CGPAnya atau sangat cemerlang dalam akademik seperti mempunyai CGPA4 pada keputusan akademik untuk mendapatka pekerjaan. Tapi adakah CGPA4 nya berkekalan bila menghadapi alam pekerjaan. Skill komunikasi berkesan boleh menjadikan seseorang berjaya dalam kerjaya.
Kadang-kadang faktor masa, keadaan dan tempat. Perlunya ada pelan strategik menjadi penentu kejayaan yang sebenar. Mengenali trend dan budaya semasa jadi perniagaan akan berjaya. Perumpamaan baju hujan mana boleh dijual dimusim kering dan panas.
Hari ini di Malaysia KIA dan Hyndai nampak jualan kereta menaik dan minat pembelinya pada designnya yang memenuhi citarasa pengguna. Era i-pad dan touch screen jadi minat anak muda pada alat elektronik seperti hanphone dan gudget2 yang lain. Peminat panggung wayang kata kalau nak untung bikin filem layan kisah2 cinta anak2 remaja walaupun nilainya boleh dipertikaikan samada membawa rugi atau untung kepada masyarakat.
Apakah pula jadikan kita unik disisi Allah swt? Dalam banyak ayat di dalam Al Quraan Allah hendakkan kita menjadi unik sebab dihujung ayat Allah berfirman "sangat sedikit dari hambaku yang bersyukur", sedikit itulah menjadikan kita unik dan menjadikan kita insan yang terpilih disisiNya. Siapa yang tidak kenal dengan insan seperti Prof Dr Kamil yang duluya pernah mengajar di UiTM Sh Alam dan Johor, insan unik yang menjadi contoh kepada ramai peminatnya di UiTM dan Malaysia ini- Moga kebaikan menjadi contoh dan idola kepada masyarakat kini dan khususnya generasi muda- ameen3x

Ujian dan Hadiah
Dunia sebagai ujian dan ladang untuk keakhirat. Akhiratlah yang kekal dan balasan dari apa yang kita kerjakan diatas dunia dulu. Beriman dengan hari akhirat adalah salah satu dari rukun iman dah peristiwa akhirat Allah swt sembunyikan dari mata pandangan dan deria manusia. Orang-orang yang beriman sahaja akan lebih percaya dan rasa dekat dan kuat dalam hati perasaan mereka dengan semua janji2 Allah apa yang akan berlaku diakhirat.
Kat dunia yang nyata ini dan apakah pengajaran yang boleh kita belajar dengan hidup pasti ke akhirat adalah apabila melihat kematian dan kubur yang terletak disitu sahaja dan ada yang sudah berpuluh dan beratus tahun lamanya. Nak dibandingkan dengan umur kita sekadar umur Nabi sekitar 65 tahun.
Ujian takdir hidup seorang anak samada menjadikan dia akan dekat dengan neraka atau syurgaNya nanti iaitu apabila berhadapan dengan ibubapa yang sudah tua dan yang perlukan pertolongan dan perhatian. Sehari, sebulan atau bertahun-tahun ujian anak bila ibubapa telah hampir dengan ajalnya. Calang-calang ujian ibubapa kadang-kadang kembali menjadi anak kecil meminta dilayan dan dibasuh kencing beraknya. Bagaimana agaknya kesediaan menerima ujian tersebut?
Bagaimanakah ujian anak2 yang diberi hadiah pasangan jauh lebih tua darinya bergelar datok atau nenek? Hadiah suami atau isteri yang Allah swt tunjukkan melalui solat hajat adakah menjadikan seseorang itu akan lebih jauh dariNya atau menjadikan kita bertambah beriman mengikut apa yang telah aturkan dan perintahkan pada kita.
Rambut, kulit daging dan tulang badan kita adalah semua milikNya. Jasad, roh, hati dan perasaan serta akal semuanya milikNya juga. Kalau dulu kita gembira dengan amalan dan rasa kemanisan iman yang Allah telah campakkan dihati kita tapi tiba-tiba dengan sebab hadiah ini jadikan kita semangkin jauh, menyalahkan Allah swt sudah tidak bersungguh beribadat malahan menjadi lama-kelamaan meninggalkan terus dari amalan yang biasa dulu kita lakukan. Hidup menjadi semangkin rugi kerana rahsia hidup Allah swt Maha Mengetahui, hadiah yang Allah beri kita tolak atau menerimanya dengan perasaan rasa dihukum dan mendera, menyimpan bara didada dan hati.
Kenapa tidak mengambil kesempatan dengan hadiah dari Allah swt, ada rahsia besar disebalik anugerah Allah tersebut. Jika tidakpun kita bakal terima didunia tapi diakhirat pasti menunggu kebaikkannya yang Allah akan berikan. Suka atau tidak hidup kena diteruskan juga, ambil kesempatan hadiah dari Allah swt menjadikan hati bertambah lapang, gembira dan seronok menerimanya. Ujian sebagai menambahkan pahala disisiNya dan ujian sebagai rahsia Allah swt dan Allahlah jua yang Maha mengetahuiNya.
Beruntungnya bagi orang yang dahulunya hidup sesat tetapi diakhir hayat Allah swt kurniakan cahaya dan jalan petunjuk menuju taqwa. Sangat ruginya seorang yang Allah swt kurniakan jalan kefahaman kepada Islam tapi kerana ujian dan dugaan jadikan dia tersesat dihujung hayat dan menyalahi Allah swt. Bukankah negeri akhirat itu jauh lebih baik dunia dan segala isi kandungannya?". Ujian menjadikan didunia hidup rugi dan akhirat lebih-lebih lagi ruginya. Mohon Allah swt menjauhi kita semua dari kesesatan dan kerugian diakhirat.
Tuesday, November 6, 2012
MESIR
Semalam selamat sampai dari Mesir lebih kurang jam 8.30 malam di KLIA. AlhmduliLh banyak yang boleh dipelajari selain dari belajar dan mengenali peserta Conference AicE 2012 berlangsung di Mercure Le Sphinx Cairo Hotel yang hadir anjuran FSPU.
AlhmduliLh, hati hanya fokus pada satu sahaja iaitu Islam bila sampai dibumi Mesir. Bumi yang RasuluLah beri jaminan aman dan bumi yang punyai sejarah Islam yang kuat dengan kehadiran dari kalangan keluarga RasuluLah sendiri setelah peristiwa Karbala. Bumi aulya' dan bumi yang pernah hadir para nabi2 dan para rasul2 sebelum Nabi Muhammad saw.
Bumi yang didatangi oleh ramai tokoh2 Islam samada pernah sampai kerana perjuangan Islam seperti Sallehuddin Al Ayubi yang besar sumbangannya pada Islam mahupun ramai tokoh Islam yang berjuang dan meninggal di bumi Mesir seperli AsSyahid Imam Hasan Al Banna pengasas Ikhwan Muslimin.
Selain dari itu kini Mesir masih menjadi tempat kelahiran ramai tokoh2 ulama' dan pusat pengajian ilmu2 Islam yang jadikan Islam tersebar dipelusuk dunia pada hari ini.
Hati tersentuh dan semua ahli kumpulan yang hadir sama sependapat iaitu moga dengan pemerintahan baru seorang hafiz di Mesir boleh merubah Mesir dari kesan-kesan negatif yang jelas bila berkunjung ke Mesir seperti kemiskinan yang ketara dan masalah kebersihan sampah yang melata di seluruh bandar Cairo. Yang menjadikan proriti juga jelas ternampak yang cantiknya mesjid2 terseragam indah yang tak cantiknya kebersihan yang diabaikan. Alangkan moleknya tempat2 bersejarah, makam2 nabi dan ulama2 besar di perindahkan sebagai penghormatan dan memudahkan untuk dikunjungi.
Berhala2 firaun dan kesan kebiadaban tamadun piramid menjadi fokus dan ditinggalkan tidak diberi perhatian kesan2 peradaban yang dibawa oleh nabi2 dan ulama2 Islam yang berjasa kepada tamadun Mesir dan dunia hari ini. Moga Islam bukan hanya dihelaian2 kertas sahaja tetapi akan muncul menjadi peribadi2 umat mengamalkannya- ameen3x

Wednesday, October 24, 2012
PERISTIWA KORBAN
Ramai tahu dikalangan umat Islam dari peristiwa korban merupakan mengorbanan Nabi Ibrahim as, isterinya Siti Hajar dan Nabi Ismail as. Cukupkah sekadar tahu dan mengambil pengajaran pada peristiwa tersebut.
Sengaja menduga anak2 pelajar di dalam bilik kuliah, masa bersantai sengaja membuat pertanyaan. Jika kamu Zam adalah seorang yang baik, taat pada perintah Allah swt dan selalu berpuasa isnin dan khamis tapi kamu ada sedikit rasa malang sebabkan tiada pelajar perempuan yang minatkan kat kamu. Di kampung sbagai anak yang soleh dan baik pada ibubapa sering berjalan dan bertemu dengan jiran seorang nenek yang telah lama menjanda hidup berseorangan dan Zam, kamu sering menegur dan baik dengannya. Entah satu masa takdir Allah yang kamu tidak ketahui di masa kamu menunggu result keputusan akhir sebelum konvo kamu telah sembahyang hajat minta Allah swt tunjukkan jodoh kamu, tidak kamu sangkakan dan mulanya kamu ingatkan hanya permainan syaitan- alamat yang kamu dapat nenek tersebut adalah jodoh yang Allah tunjukkan. Setelah beberapa kali solat hajat tetap perkara yang sama berlaku. Zam, bagaimana keputusan kamu? Bagaiman pula pada diri kamu Milah kalau datok sebelah rumah kamu jika peristiwa yang sama berlaku pada kamu... Boleh pelajar sambungkan cerita saya ini?
Hubungannya dengan peristiwa korban, jika Siti Hajar persoalkan apalah yang telah dibuat oleh Nabi Ibrahim pada aku meletakkan diriku di sebuah gurun pasir tanpa ada apa-apa. Lebih mencabar lagi jika Nabi Ismail as bertanya apalah pula keputusan ayahku nak menyembelih aku?. Bagaimanakah jika berlaku pada kita dengan peristiwa saya tanya kan pada pelajar berkenaan atau mungkin ada cerita yang lebih menarik berlaku pada diri kita setelah berulang solat hajat kita lakukan lalu Allah berikan jawapan yang tidak logik untuk kita fikirkan, apakah tindakkan kita sebenarnya?
Iman dan taqwa, siapalah kita tidak lebih hanyalah sebagi seorang hamba. Semua makhluk adalah kepunyaan Allah swt dan kita tidak miliki apa-apa, semuanya adalah pinjaman disisiNya.
Kuat dan kekal teringat tulisan saya dlm FB dulu, melalui tanah perkuburan yang ada penghuninya telah beratus tahun disana. Mana yang kita pilih hidup disisi Allah dan kekal gembira disana atau tinggal dikubur beratus tahunpun kita tidak sanggup mengadapinya- Sama-sama kita fikirkan.
Wallahualam.

Tuesday, October 23, 2012
Hari Raya Korban
Hujung minggu ini kita akan memasuki satu lagi perayaan besar bagi Umat Muhammad saw dan bagi umat Islam yang menyakini hidup dan matinya kerana Allah semata-mata. Peristiwa Nabi Ibrahim as berkorban menyembelih Nabi Ismail as dengan perintah Allah swt, akhirnya sembelihan korban Allah swt tukarkan dengan Kibas. Setiap individu Muslim diseru berkorban dengan pelbagai ujian dan cabaran ekoran dari pelbagai peristiwa sejak di mutakhir ini. Jadikah hanya melihat dari jauh apakah reaksi negara Islam, organisasi Islam dan Umat Islam sahaja. Apakah yang boleh aku dan kita sama-sama boleh lakukan sebagai tanda keIslaman tulin dan cinta dan syang kita pada Islam, Allah swt dan RasulLlah saw.
Diluar negara apakah yang kita lakukan dengan tindakan zalim regim zionis Israel Yahudi terhadap saudara kita Palestine. Bagaimana pula sikap kita terhadap perperangan saudara di Syria dan apakah tindakan kita? Peristiwa berdarah dan menyayat hati berlaku terhadap saudara kita kaum Rohingya? Bagaimanakah sikap kita terhadap penghinaan terhadap RasuluLah saw yang kita dikasihi melalui media baru internet?
Dalam negara kita berhadapan dengan penghinaan terhadap hukum Islam yang ketara dan jelas dari bangsa bukan Islam? Adakah kita menjadi penonton sahaja dengan tidak mengambil peduli atau apa yang kita sama-sama perlu lakukan bersatu hati terhad musuh-musuh Islam dalam selimut.
Ya Allah, ampunkan kami umat Muhammad saw akhir zaman ini dengan serba lemah imannya dan berkuasa tapi tidak berdaya. Kalau akhlak dan iman dizaman kegembilangan Islam diasuh dan dididik oleh Rasul sendiri demi menegakkan syariah Islam Nabi Muhammad saw sendiri berkata "Jika aku mendapati Fatimah binti Muhammad sendiri mencuri nescaya aku akan potong tangannya."
Berkorbanlah kita dengan pelbanyakkan berdoa dan jika punyai kuasa bersatulah umat bagi menghalang mana-mana atau sesiapa pun petualang dan barua jahanam yang cuba mencabar syariat dan hukum hakam Islam. Jika tidak nanti kita akan di tanya di Rabul Jalil tentang apa yang kita telah lakukan demi menjaga syariat dan kedaulatan Islam semasa hidup dahulu?
Moga kita tidak tergolong dari golongan orang-orang munafik atau terkeluar dari Islam- Wana'u zu bilLah
Wallah hualam

Thursday, July 26, 2012
Timbang Ramadhan
AlhamduliLah, hari ini telah masuk 7 hari atau seminggu kita berpuasa. Blog ini juga dibuka bersempena bulan Ramadhan dan bagi mengejar seberapa banyak pahala dan mengajak sama-sama menimbang2 pahala dan kelayakan kita kesyurgaNya, layak ke tetap masih jauh.
Telah seminggu berpuasa bolehlah kita menimbang2 adakah speed puasa kita semangkin memecut laju dengan beribadat atau pada tahap puasa orang awam yang biasa-biasa sahaja- puasa ikut-ikutan. Minta-minta kita bukan dari golongan yang rugi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga ATAU lagi mengerikan puasa menjadi laknat dan sumpah Allah swt kepada yang mengaku Islam tetapi menentangnya secara langsung ataupun tidak secara langsung- Mohon Allah swt jauhi ia kepada kita semua.
Bagaimanakah mesjid dan jeamaah mesjid kita pada malam ini? Dah berapa jus tadarus/ bacaan Al-Quraan kita pada tahap ini? Adakah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Dah ada ponteng sembahyang tarawih ke dalam 7 hari berpuasa kita? Sudah bertambah baikkah puasa kita dan ada ke peningkatan jika nak dibandingkan dengan tahun2 sebelum ini? Masih di takok lama atau bertambah menurun? Moga jawapannya TIDAK, semangkin baik dan sedang memecut mencari seberapa banyak pahala dan kelebihan dalam Ramadhan tahun ini. Semoga Allah swt ketemukan kita dengan Lailatu-Qadar - ameen3x
Semoga semangkin naik usia sama menaik juga iman dan taqwa kita menjadi hampir dan dekat kepadaNya. Jika hari-hari biasa Imam Ghazali mengkhatamkan Al-Quran sehari sekali dan Imam Gahazli akan khatam Al Quran 2 kali sehari pada bulan puasa.
Semoga Allah swt mendorong kita menjadikan kita dikalangan hamba2Nya yang terpilih.

Subscribe to:
Posts (Atom)