Salam,
Masih kekal dalam ingatan: Prof Dr Yusof Othman pernah menyebut ramai para Sahabat Rasul dan da'ai meninggal diluar tanah Mekah, tanpa mereka belum tentu kita berugama Islam pada hari ini.
Mungkin sedikit catatan perjalanan dulu sebagai iktibar.
Semasa di UK dua tahun dulu kebaikkannya yang boleh di lihat orang-orang UK rajin berjalan dan mereka berjalan dengan laju begitu juga bila melihat orang-orang China juga rajin berjalan kaki- sebab itulah kesihatan mereka baik
Menjadi penumpang di Keretapi bawah tanah dapat di lihat "Mat Salih" (atau digelar "big nose" oleh orang China- Kali kedua ke Beijing 14-18Jun2010) mereka duduk diam atau membaca berbeza dengan orang-orang China mereka bising lebih dari orang Malaysia, cuma terlalu ramai rakyat China gerabakkeretapi bawah tanahtersangat padat jadi macam sardin.
Menginsafi dan rasa bersyukur bila membandingkan Indonesia dengan negara kita - berbeza bila menggunakan kemudahan jalanraya di Indonesia jalannya sempit dan berlubang-lubang. Kenderaan paling laju hanya sekadar berkelajuan 60 - 70km/j tetapi disebalik itu kebaikkannya yang boleh dipelajari sifat kemanusiaan di atas jalanraya sangat tinggi, mereka rajin membunyikan hon dan menaikkan lampu tinggi (beam) pada waktu malam tetapi anehnya tak nampakpun perasaan marah atau menunjukkan perasaan marah mereka, sebaliknya memberi laluan atau jika motosikal mereka ketepi memberi laluan pada kenderaan yang mahu cepat.
Catatan di Sumatera (lombong petrolium di darat) dari Pekan Baru ke Palembang (30Mei-5Jun2010) yang jauhnya lebihkurang 400km menaiki inova mengambil masa 15 -20jam berbanding jika di Malaysia memakan masa 6-7 jam perjalanan lebuhraya- Bersyukurlah dengan kelebihan jalanraya dinegara kita dan rakyatnya yang sedikit peratus penganggurannya.
SEJENAK bermakna berfikir seketika (mencari erti diri dan kehebatan ALLAH swt) lebih bermakna dari 1000 tahun tanpa berbuat apa-apa atau lebih teruk hidup tidak berfikir hanya menjadi pengikut membutatuli
Friday, June 25, 2010
Sunday, May 16, 2010
GURU
Sempena hari GURU tanggal 16Mei pada setiap tahun. Besarnya jasa seorang insan mulia bergelar GURU. Guru mendidik untuk mengenal dan mentaati perintah Allah swt kerana tanggungjawab guru bukan sahaja mengajar untuk kerjaya pelajarnya dimasa hadapan tetapi lebih dari itu untuk menjadi hamba kepada penciptaNya.
-Mencari makan jikapun seorang/seekor makhluk lahir dan dibiarkan hidup dia akan akhirnya berusaha hidup dan mencari makan bagi memenuhi perutnya setiap hari.
-Lagi buruk seorang/seekor makhluk jika di lahirkan kedunia ini menjadi parasit dan pemusnah kepada apa-apa disekelilingnya
-GURU mangajar untuk menjadi hamba kepada tuanNya kerana ianya akan kekal abadi dalam kehidupan yang lebih panjang selepas ini
Terimakasih cikgu yang pernah mendidikku.
Saidina Ali berkata "Siapa yang pernah mengajarku walaupun satu perkataan, dia adalah guruku"
Semoga guru-guruku adalah ahli syurga di akhirat nanti- Amin
z

Tuesday, May 4, 2010
PENGESAN BABI DALAM MAKANAN
20 Jamadil Awal 1431H ALMATY: Saintis di Kazakhstan memperkenalkan alat ujian segera kehadiran elemen babi di dalam makanan, lapor akhbar tempatan kelmarin, memudahkan penduduk negara majoriti Islam ini mengenalpasti makanan halal.Kayu penguji plastik yang direka itu berupaya mengesan molekul makanan yang hanya ditemui dalam daging babi, yang mudah ditemui di negara Asia Tengah ini, kata mingguan Megapolis. “Tiada rahsia sesetengah chef menipu dan mencampurkan daging babi dengan daging lembu untuk menjadikan makanan itu lebih murah,” kata akhbar itu kelmarin.
Akan berjalan terus pahala pencipta teknologi ini selagi manusia menggunakannya
Sumber: Drs Khalil Ilham Lim

Monday, April 19, 2010
BELAJAR SIKIT
Ustaz Sazali mengajar malam tadi di Mesjid Belimbing Dalam. Topik menarik tentang Hudud hukuman minum arak yang boleh dikongsi disini dan apa yang boleh saya ingati.
1, Hukuman sebat bagi peminum arak adalah lebih kepada mendidik dan memberi pengajaran kepada si pelaku/peminum arak dan bagi yang melihatnya
2. Hukuman sebat di zaman RasulLah saw 20 kali sebatan dan di tambah 40 sebatan di zaman khalifah Omar. Ulama' sepakati hudud hukuman sebat sekurang-kurangnya 10kali sebatan
3. Kaedah sebatan tentunya berbeza hukuman sebatan bagi kesalahan sivil yang mana sebatan hukuman sivil kekadang menampakkan punggung pesalah dengan dibaringkan kedinding dan dalam keadaan tertutup
4. Kesan sebatan hukuman sivil sebatan sehingga mengelupas kulit menampakkan isi daging punggung kesan sebatan yang bersungguh-sungguh mengangkat tangan tali sebatan hingga ke atas kepala
5. Kaedah sebatan Islam adalah bagi lelaki dibaringkan ke dinding dan perempuan dengan cara duduk. Kedua-duanya pesalah dalam keadaan menutup aurat dikhalayak ramai
6. Cara sebatan dibuat adalah mengangkat kayu sebatan dan tidak nampak ketiak sekadar sebatan sederhana. Kayu sebatan anggaran kira-kira 1.2 meter panjang dan dua setengah sentimeter garispusat kayu
Semoga Allah swt merahmati bumi Malaysia dan masyarakatnya ke arah mencintai Islam sebenarnya. Allah swt tidak menimpa bencana dan bala kepada negara ini. WalLah hu alam

Sunday, April 11, 2010
BELAJARLAH SIKIT
Kesempatan belajar di Mesjid Kampung Belimbing Dalam pada setiap subuh sabtu dan ahad dengan Imam Hashim dengan membuka kitab dalam 30minit. Antara lain dapat aku ingati;
1. Membaca Hadith eloklah diulangi bacaanya sebanyak 3 kali supaya melekat di pemikiran pendengar
2. Mendengar Hadith RasulLah saw dituntut pendengar melihat mulut setiap ucapan yang hadith yang dibaca seolah-olah ianya pesanan terus RasulLah kepada kita yang mendengar.
3. Sebaik-baik anak murid duduk rapat-rapat bila berguru bagaikan sahabat Rasul hinggakan kalau daunpun jatuh tidak jatuh kebumi tetapi kepangkuan riba sahabat. Murid dan guru saling berlaga lutut
4. Tidak mendengar Al-Quran selama 3 hari berturut-turut akan timbul satu titik hitam di dalam hati
Lepas habis di mesjid, pak-pak aji bersosial kena tea dan roti canai dekat depan Mesjid. Alham-dulLilah sabtu-ahad lalu ada yang belanja semua jemaah dan Imam Hasim akan membaca doa selamat sebelum mula bersarapan.
WalLah-hualam

Monday, April 5, 2010
TAHNIAH-Mersing
Semalam juga Nana menyambut harijadinya ke-7 dan berkesempatan meraikan harijadinya di Hotel Seri Malaysia, terimakasih pada pemberi2 hadiah yang budiman dan baik hati (Pn Azura n suami, Pn Diana, Pn Maznah dan seorang pelajar..tkasih)
Di Mersing aku berjumpa dengan 2 orang kawan lama masa sekolah rendah dulu sama-sama sekelas di Sek Kebangsaan Endau kini mereka bergelar guru- Cikgu Shamsul kini kurang sihat tapi nampak sentiasa bersemangat (masih ingat teman bergusti, dia gempal tapi aku kurus keding aje..he..he...he) dan Cikgu Fadil Malik yang kini punya chalet betul2 mengadap laut di Tanjung Resang Endau yang telah lebih 30 tahun tak jumpa.
Semoga memberi menafaat dan berganda kejayaan kepada DIIM khususnya pada para pelajar yang bakal melangkah ke Puncak Perdana dan Shah Alam bagi menyambung pelajaran dalam program degree- amin
Thursday, April 1, 2010
MERACAU2 Si-NANA
28Mac (Ahad)- Menghampiri Maghrib hujan, aku, isteri dan anak2 bersembang kat luar hingga hampir masuk waktu maghrib. Nana dan Zarif main hujan kerana seronok bergurau
Malamnya Zarif dah tak sedap badan
29Mac (Isnin)- Hantar Zarif dan Nana ke sekolah, terpaksa pusing balik lepas hantar Nana masuk ke gate sekolah, Zarif kata dia tak boleh gi sekolah sebab badan mengiggil (Mlmnya program pelajar tema Bollywood, tak datang sebab sari tak sempat jahit)
MALAM tu Nana pula meracau2- nampak ada sesuatu, darah lah mengigil2 (suhu badan naik)- Aku pun rasa tak sehat dan penat juga macam juga Pn Hamidah (nampak letihnya)yang bertugas menilai pensyarah2 DIIM di Segamat tetapi sentiasa bersemangat (tkasih pada mereka- En Zaihan, Hjh Nab, Pn Hamidah dan semua rakan2 psyrh DIIM UiTM Johor)
Malam ni malam ke-3 Nana masih meracau2 malam takut tidur dan bila dapat tidur kejap terbangun terkejut-terkejut- takut katanya.
RISAU juga melihatnya tapi InsyaAllah sikit lagi sembuhlah tu- nak ambil air jampi sikit kat Us Kamaruddin. Semoga Allah swt memberikannya kekuatan dan akan cepat sihat.
ESOK subuh nak gi Mersing pula- InsyaAllah jadi aku pergi mungkin bawa keluarga sekali nak hiburkan anak yang kecil cerdik ni...
WALLAHU-ALAM

Subscribe to:
Posts (Atom)