Sunday, November 14, 2010

WUKUF DI ARFAH

Hari ini 8 Zulhijah bersamaan bersamaan dengan 15 November 2010, perhimpunan bersejarah dalam rukun Haji apabila semua jeamaah dari pelbagai bangsa, keturunan dan negara bergerak untuk berhimpun di Padang Arfah pada keesokkan hari, gambaran perhimpunan di Padang Mahsyar di akhirat tidak membawa apa-apa kecuali ibadat dan penyerahan keseluruhan hidup hanya kepada Allah swt.
Semoga jeamaah haji Malaysia dipermudahkan untuk melakukan rukun haji seterusnya bermalam di Mudzalifah, ke Mina seterusnya melontar 3 hari dengan selamatnya sebelum bergunting rambut sebagai penyaksian ibadat Haji di akhirat nanti.
Doaku semoga jeamaah haji Malaysia balik dengan haji yang mabrur- AMIN

KAWAN LAMA

AlhamdulLilah, pertemuan kembali melalui teknologi visual lebih 30 tahun dengan Rafidah Awang kini dah bergelar Prof Madya Dr danmenetap di US sebagai pensyarah di sana melalui jambatan facebook Rozita ARahman rakyat jati Endau, Mersing Johor.
Bersyukur teramat sangat kepada Allah swt kerana zaman kanak2 dulu kami boleh dikatakan rapat menjadi rakan mesjid -tukang sibuk bila ada apa-apa program di Mesjid Endau dulu.
Dr Faridah mengenali kakak saya iaitu Siti Hawa yg pernah menjadi rakan mengaji Quran dengan Pak Noja di Mesjid Endau dulu dan sekarang beliau telahpun kenali isteriku kerana usaha baik beliau menelefon dari US lebih 3 kali- terimkasih kepada Prof Madya Dr Faridah, doa saya mudah-mudahan menjadi kenyataan di tahun hadapan bergelar Profesor pula.
Banyak cerita dan pengalaman Dr Faridah bila membawa diri di US dan telahpun mempunyai rumah sendiri dan hidupnya sendiri yang lebih baik jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan bila hidup di zon mewah di negara sendiri menjadi kurang perjuangannya.
Semoga Allah swt melapang hidup kedua-dua rakanku Rozita dan Dr Faridah- AMIN

Tuesday, October 26, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PERPERIKSAAN

Salam; Buat para pelajar baik di peringkat sekolah mahupun di IPT khususnya warga siswa DIIM UiTM Johor diucapkan selamat menduduki perperiksaan- jaga kesihatan dan makan/tidur, adat kehidupan manusia pasti ada sekatan-sekatan untuk dilalui demi kebaikan hidup mendatang- SELAMAT BERJAYA

Thursday, October 7, 2010

PENUTUP SHAWAL

Hari ini 29 shawal dan esok masuk Zulkaedah 1431- Lebih penting dari itu adalah amalan-amalan di bulan madrasah ramadan dan shawal adakah akan dapat bertahan. Seronok tengok ramai org kunjungi mesjid bila tarawikh pada bulan ramadan tetapi adakah jeamaah akan bertambah sorang dua lepas ini. Bulan shawal konsep berziarah, hati terbuka menerima tetamu dan saling bermaaf adakah turut juga akan berkekalan selepas ini?
Episod mendatang yang terdekat adalah musim khawin bagi yang memilih tarikh 10-10-10 pada hari ahad ini (kenapa tak pilih 20-10-2010?- bukan hari cuti agaknya) dan lebih dekat lagi serta lebih terasa adalah datangnya musim haji. Agak terasa terutama bagi generasi angkatan 40-an ke atas kerana mereka sepatutnya terasa dipanggil untuk menunaikan ibadat rukun Islam ke-5 ini atau pada yang telah bergelar haji dan hajjah mungkin terasa amatnya nostalgia mengerjakan haji dahulu kerana itulah topik yang sering dikatakan oleh pak-pak haji dan mak-mak hajah di mesjid- semoga amalan mereka kian menambah dan menaik seiringan dengan nostalgia kedatangan musim haji- InsyaAllah

Sunday, September 19, 2010

IDIL FITRI DAN PUASA 6

Beruntunglah bagi mereka yang telah kembali kepada fitrah iaitu mereka yang telah menyempurnakan puasa ramadan dengan penuh taat dan sempurna- Hari raya yang penuh bermakna kerana jiwa dapat merasainya bukan hari raya dengan penuh maksiat dan lag'ha bagi yang berpura-pura puasa semasa ramadan yang lalu.
Shawal hadir adalah kesempatan kedua dalam melengkapkan ramadan bagi mereka yang mampu melaksankanya dan juga peluang menggantikan puasa bagi kaum hawa yang uzur tidak berpuasa semasa ramadan- Allah swt melipat-gandakan lagi pahala bagi mereka yang mengerjakannya. Ada yang telah beraya kali kedua kerana hari ini telah 10 shawal dan bagi ibu mertua hari ini puasanya yang ke-6 walapun usia telah meningkat melebihi 70 thn, esok boleh raya- semoga iman kita meningkat selari dengan peningkatan usia yang setiap detik berlalu tidak akan kembali....amin

Monday, September 6, 2010

KEKASIH

Cerita drama tv orang muda apabila kekasih terpaksa juga pergi kerana janji dan keadaan masa yang berlalu, betapa kecewa frust menonggingnya kerana terpaksa juga merelakan pemergiannya. Detik-detik akhir pasangan bercinta akan dimenafaatkan dengan semaksimumnya dan setiap detik berlalu tidak akan dibiarkan percuma?...
Betapa kekasih RAMADAN akan meninggalkan kita tidak lama lagi, ghirah bercinta dengan ramadan dah mula sepi dan kadang-kadang tidak dipeduli sedangkan segelintir manusia sebak bersedih dan terasa berat hati terpaksa berpisah dengan ramadan kerana belum tentu ada ramadan lagi ditahun hadapan?
Berkemundangnya lagu-lagu hari raya di corong radio menambahkan lagi hilang rasa rindu pada ramadan. Iklan-iklan raya di-tv adakala menyeronokkan tidak kurang menjijikkan bila melihat gelagat segolongan manusia kadang2 melebihi batasan akal dan agama maka tengelamlah rasa sedih pada kekasih bulan ramadan.
Semoga sisa ramadan yang ada dapat dimenafaatkan pada setiap detik dan masa kerana bulan yang datang ini penuh dengan kerahmatan dan rahsia Allah swt. Semoga kita akan mendapat rahmat dengan malam lailatul-qadar: Teramatlah rugi bagi mereka yang tidak diampunkan oleh Allah swt apabila berakhirnya ramadan. Semoga kita dikalangan mereka yang bersih dari segala dosa dan kembali semula sebagaimana fitrah sepertimana bayi yang baru dilahirkan- amin

Sunday, August 29, 2010

MERDEKA dan LAILATUL-QADAR

Esok merdeka 31 Ogos genaplah usia 53 thn- usia yang sepatutnya telah matang dan dikira usia manusia telah masuk kepenghujung hidup dan menghampiri pencen (usia abang aku yang lahir pada 31 ogos 1957): Hendaknya rakyat Malaysia juga matang menilai kemerdekaan sebenar seusia kematangan kemerdekaan negara.
Ramadhan hampir masuk ke pusingan ke-tiga iaitu 10 malam terakhir yang di cari iaitu kelebihannya melebihi 83tahun bagi mereka yang dipilih Allah swt untuk menghidupkannya dengan berzikir, beribadat dan memohon keampunan serta banyak berdoa pada malam tersebut, semoga kita di antara yang akan dipilih olehNya, pastinya bagi mereka yang di-awal-awal lagi telah mula berharap dan berdoa untuk merjumpa dengan malam yang penuh kemuliaan ini- amin
Tingkatkan speed beribadat (...bukan speed kelajuan kereta) pada pusingan terakhir ini ...

(**Rata-rata kekawan kata semangkin dihujung ramaan jadi semakin lesu dan nak bersahur pun semakin kurang selera/ Yang semakin bersemangat bila dengar lagu raye? Betoi ke- ujian iman namanya...)