Monday, January 23, 2012

MESJID

MaulurRAsul kian hampir, tak salah pada 5hb FEb ini. Mesyuarat kedai kopi dengan pak aji2 kali nie melangkah setapak kearah idea yang baik dan menafaat (semoga menjadi pahala yang berterusan).

Mesjid boleh jadi pusat kegiatan pembangunan ekonomi Islam yang aktif asalkan saja tidak disalahgunakan atau bila ada campur tangan jahat yang tidak berlaku jujur apabila sahaja melibatkan wang menggagalkan semua niat yang baik- Amen3x....Semoga tidak berlaku sedemikian.

Mula perbincangan cerita pasal Mesjid Belimbing Dalam (MBD) bagaimana susahnya nak mengajak orang2 kampung turun bersembahyang berjemaah. Mesjid akan dihargai bila orang2 sekeliling menyumbang sama-sama untuk pembangunannya. Itu sebabnya mana-mana taman yang baru buka selalunya mesjid atau suraunya meriah dan banyak kegiatan di dalamnya. Bermula dengan jeamaah setaman bersatu hati mencari jalan untuk dapatkan wang bagi mendirikan surau taman, menunggu peruntukan kerajaan memangnya memakan proses yang lambat. Kata bekas imam Abu Noh yang baru pencen, ada surau taman yang belum lagi didirikan jemaah dah berebut2 nak menyumbang sebagai pelaburan akhirat, ada yang dah booking nak bagi karpet, ada yang bagi air-con, Al-Quraan dan pelbagai lagi.

Macam di-MBD sebab mesjid kampung yang berharap hanya dari peruntukan kerajaan untuk buat apa-apa yang menafaat seumpamanya baru- baru ini proses mengecat mesjid menelan belanja RM28 ribu sedangkan anggaran belanja cat tak sampai pun RM10 ribu. Mungkin boleh jimat kos kalau proses mengecat bagikan kat orang pencen sahaja.

Baru-baru nie penjual karpet mesjid ambil balik karpet yang hendak dijualkan kepada MBD dengan membentangkan dulu karpet tersebut sebagai iklan. Tapi tak ada jeamaah respon untuk belanja atau bersedekah karpet untuk MBD, harganya RM500 dan diberi diskaun RM450 aje. Kata Imam Abu Noh kalau kat taman baru buka surau dah tentu cepat aje orang yang hendak membeli dan bersedekah.

Sebagai idea sahaja saya mencadangkan untuk mencari duit buat Rumah Sewa Mesjid (atau apa saja nama) seperti "Home Stay" bersempena dengan meriahnya Melaka negeri yang ramai dikunjungi pelancung. Matlamatnya bukan sahaja boleh menjana sumber wang mesjid tetapi juga mendidik pengunjung untuk meriahkan mesjid. Idea boleh dikembangkan pada mesjid-mesjid besar di bandar Melaka di ujudkan konsotium atau badan pengamanah untuk majukan sistem ini bagi menjana wang untuk kegiatan mesjid atau kegiatan ekonomi Islam.....

Sekadar berborak dan mencari-cari pahala lepas solat subuh. Nampaknya idea hanya sebagai idea dan semoga satu hari nanti akan menjadi kenyataan- AMEN3x