Thursday, December 8, 2011

MENUNGGU?

(Bersempena Kedatangan Ustaz Dr Zahazan di UiTM Segamat pada pagi ini...)

Ada sesetengah manusia suka MEMBUANG MASA dengan sia-sia dan kekadang menunggu dengan tiada matlamat. Menunggu masa habis untuk kawan-kawan yang lain dan kadang-kadang menunggu bila sampai umur dewasa untuk boleh bekerja untuk menunggu tua. Lebih celaka hidupnya hanya menunggu tapi tak tau apa yang ditunggu?

Ada sesetengah manusia TERPAKSA menunggu dengan terpaksa seperti sementara menunggu doktor panggil masuk untuk pemeriksaan atau menunggu bukanya pintu pejabat untuk urusan tertentu atau seumpamanya. Ditengah-tengah menunggu masih boleh dimenafaatkan masa dengan berfaedah supaya masa tidak ditinggalkan dengan sia-sia.

Dairi seorang ibu menunggu dalam kesakitan sebelum lahirnya bayi itupun jika ditakdirkan berkhawin tidak berlaku pada perpempuan yang bujang.

Dairi seorang manusia dan pada semua manusia iaitu pastinya menunggu sampainya ajal. Jika dipenjara bagi pesalah kronik akan disoalsiasat sehingga tiada ruang untuk berehat. Baru nak tutup mata akan diganggu dengan banyak soalan dan kadang-kadang dipukul oleh pegawai penyiasat. Maka berpanjangan dalam kesakitan sehingga tiada masa langsung berehat.

Terfikirkah kita berapa panjang masanya kesakitan akan saya dan kita sama-sama tanggung sementara menunggu datangnya ajal? Sakit bertahun-tahun dan berbulan atau mati sertamerta kerana kemalangan? Dalam istilah mata manusia biasa mati sertamerta tapi berapa panjang sebenarnya kesakitan ditanggung sebelum benar2 malaikat maut mencabut nyawa? MahsyaAllah...ia pasti datang.

Jika RasulilLah yang mulia berkata betapa berat dan sakitnya sakaratul maut, siapa kita disisiNya? Wallalhualam,

Semoga kita dari golongan yang mendapat kasihan belas dari Allah swt- amin3x

Wednesday, November 23, 2011

SELAMAT DATANG

Setiap kali bermulanya semester baru banyak yang perlu diperbaharui. Pengalaman baru bagi para pelajar yang baru masuk, pengalaman dari semester yang lalu dan banyak persediaan awal yang perlu dilakukan.

Bagi pelajar lama harus beringat dengan CGPA yang diperolehi jangan sama sekali berpuas hati dengan apa yang diperolehi tetapi sentiasa bersyukur dengan setakat rezeki yang Allah berikan. Tambahkan azam dan aturkan strategi untuk mendapat lebih baik CGPA dari yang baru diperolehi.

Para pelajar yang baru kena bersyukor kerana mereka terpilih untuk dapat menyambungkan pelajaran walaupun ada serba sedikit cita-cita tidak tercapai mungkin rezekinya di sini dengan kursusnya yang sebenarnya lebih layak bersesuaian dengan kelulusan SPM dahulu.

Bersedia dengan banyak kerja-kerja yang akan mendatang seperti biasa dengan assignment dan homework. Jangan terbiasa dengan perangai hendak balik kampung sahaja bila ada peluang bercuti, banyak menafaat lain yang boleh diterokai terutama bagi para pelajar yang baru. Biasakan dengan suasana baru dan persekitaran dan budaya yang baru. Ambil yang bauk untuk untuk diteladani dan yang tidak sesuai dan buruk segera ditolak. Selamat memulakan pengkuliahan yang baru bagi para pelajar diploma UiTM Johor. Semoga hari ini lebih baik dari hari esok dan esok lebih baik dari hari-hari yang telah ditinggalkan.

Sunday, November 13, 2011

WARGA DUNIA

Ketuanan Melayu atau penyakit selesa dinegara sendiri

Mungkin sampai masanya warga tempatan kena membuat DUA anjakan utama untuk terus kekal dan berdikari hidup dengan aman dan di redohi Allah swt

1. Merasa selesa dan merasa cukup dengan apa yang ada sekarang. Adat dimana-mana negara, warga asal tempatan akan terlena atau sedikit terlena kerana di lindungi oleh pemerintah yang juga sebangsa dengannya. Perasaan ketuanan dinegara sendiri dengan pelbagai subsidi dan koata menjadikan rasa tidak perlu untuk berjuang hingga kesaat akhir hayat, sekadar cukup dengan apa yang ada sudah memadai. Bangsa yang mendatang biasanya akan lebih berdikari dan terancam perlukan mereka terus bekerja dengan keras bagi meneruskan hidup.

Baik sangat jika bangsa Melayu menjadi warga dunia seperti Bangsa Cina atau kadang-kadang Bangsa Indonesia dan kebanyakkan bangsa Arab yang keluar dan tinggal di negara yang maju. Dunia tanpa sempadan dan orang Melayu boleh berjaya tanpa mengadaikan prinsip Islam walaupun duduk di mana-mana negara di dunia.

2. Budaya bersaing dengan sihat atau tanpa mengadaikan prinsip dan bangsa sendiri. Biar apapun alasan untuk cepat menjadi kaya dan berkuasa tetapi biarlah dengan cara yang betul. Namakanlah teori ekonomi apa-apapun, kek dibesar tanpa mengambil hak orang lain tapi jangan akhirnya kita seorang kaya dan mati berharap orang-orang miskin doa dan tanamkan kita- Wallahu aLam

Semoga ada menafaatnya...

Monday, October 31, 2011

KERANA ALLAH SEMATA-MATA

Assalamualaikum wrt wbt

Bagai nasyid Rabani- "Mana Milik Kita", semuanya adalah pinjaman.

Kehadiran kita kedunia dulu adalah dengan izinNya. Fitrah semulajadi yang Allah bekalkan diwaktu kita tak tau apa-apa dizaman bayi dulu adalah sesuai dengan kehendak kejadianNya dan anugerahNya juga.

Bagi mereka yang melakukan yang terbaik dalam hidupnya sebenarnya adalah sebagaimana Allah swt sendiri telah gariskan untuk hidup menjadi muslim yang terbaik. Perbuatan dan usaha mereka telah dan hendak lakukan itu sebenarnya adalah kerana Allah semata-mata dan bakal mendapat ganjaran yang besar di dunia dan di akhirat.

Usaha tanpa niat kerana Allah swt adalah sia-sia atau mereka yang bukan Islam hanya mampu peroleh ganjaran di dunia semata-mata.

Usaha untuk lakukan yang sehabis baik adalah ajaran Islam manakala apa-apa yang diluar kemampuan untuk lakukannya adalah ujian dari Allah swt. Allah swt melihat dan memberi pahala dari apa yang kita usahakan. Pahala bukan dari hasil yang kita perolehi sebab hasil atau jawapan merupakan juga ganjaran dari Allah swt yang kadang-kadang berjaya dan kadang gagal, kedua-duanya adalah ujian.

Yang baik itu kerana Allah semata-mata kita lakukan dan mencari yang terbaik juga adalah kerana Allah semata-mata juga.

Moga perkonsian ini ada menafaatnya- amin3x

Sunday, October 2, 2011

REZEKI- Tkasih keluargaku

Assalamualaikum wrt wbt
Lama sudah tidak berbicara dan bercerita. Ramadhan dan Shawal telahpun berlalu, kini tiba pula persiapan datangnya Zulhijah bulan Haji. AlhamduliLah, semoga sempurna dan diterima Allah swt puasa Ramadhan kita telah lalui dengan ganjaran markah pahala yang maksimum. Tahniah juga bagi yang dapat mengerjakan puasa setahun setelah menyempurnakan puasa-6 dibulan shawal yang baru lalu. Bagaimana pula boleh kita beribadat bila datangnya Hari Raya Korban kali ini?

AlhamduLilah, entah bagaimana hebatnya kekuasaan Allah swt mendorong keluarga abang-kakak buat pertama kalinya bersama-sama mendapatkan seekor lembu buat korban pada Hari Raya Haji kali ini. Melimpah ruah rezki yang Allah swt berikan dan dengan rasa terharunya kerana Allah swt jualah mengerakkan hati2 hamba2nya untuk beribadat membuat korban kali ini. Semoga bertambah-tambah rezeki abang-kakakku (suami/isteri) dimasa-masa mendatang. SubhanalLah 3x, teramat bersyukurnya kerana menjadi catatan sejarah dalam keluarga dapat berkongsi bersama. Selalunya masing-masing mengambil bahagian berkorban hanya ditempat masing-masing sahaja.

Ibadat korban sebenarnya adalah kesempatan yang Allah swt masih berikan untuk kita beribadat kerana kita takutkan tiada lagi Zulhijah untuk kita ditahun hadapan. Ini juga sepertimana ibadat puasa baru-baru ini kita lakukannya dengan sebaik-baiknya kerana takutkan tiada lagi Ramadhan untuk kita di tahun hadapan.

Ajal pasti sampai dan hanya caranya sahaja masing-masing berbeza. Kehilangan lebih-lebih lagi dengan kehilangan mengejut jika mana berlaku kemalangan. Yang tinggal tinggal pasti berasa teramat dukacita tapi kena bersedia menerimanya walaupun dalam keadaan terpaksa. Ini menunjukkan tiada makhluk mempunyai hak mutlak kepada makhluk yang lain kecuali semuanya dari Allah swt yang di pinjamkan sementara di dunia ini untuk tujuan beribadat dan sebagai ujian.

Allah swt akan memanggil kita pulang pada bila-bila masa bila tiba pada masanya seperti yang pernah kita berjanji dengan Allah swt sebelum hadir di dunia ini- Wallahualam

Monday, September 5, 2011

PUASA-6

Selamat berpuasa 6 shawal dan bagi mereka yang sudah memulakkannya seawal shawal ke-2, esok adalah puasa -6 terakhir. Tahniah dan hendaknya bertambah-tambah iman dan segala amalan dan ibadah diterima Allah swt dengan balasan jannah tertinggi - InsyaAllah.

Bagi yang baru nak mula seperti saya juga, semoga puasa ini dapat dilengkapkan sehingga ke akhir hari ke-6. Niat dan cita-cita mencari redho Allah swt semoga tidak pernah padam, tidak pernah rasa letih dan tidak mernah menurun sebaliknya graf terus menaik hingga kehujung hidup nanti.

Bagi yang baru yang baru nak cuba dan nak bermula belajar macam saya juga semoga ada pendorong2 yang kuat memberi motivasi dari luar dan dalam untuk terus bercita-cita mengejar apa yang disebut "kemanisan iman", mungkin berpayah-payah dahulu dan berletih-letih dahulu sebelum bulat di hati merasa dan melihat cantiknya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.

Bukankah altimite kesudahan hidup ini adalah ke JannahNya...InsyaAllah

Monday, July 4, 2011

TAHNIAH PhD

Seronoknya dikesempatan dapat hadir ke Bengel Penulisan Journal (27-30 Jun 2011: Puncak Perdana) dan antara sebabnya apabila dapat berjumpa rakan2 lama yang sedang bergelumang dan berjuang menyiapkan kerja-kerja doktorate masing-masing.

TAHNIAH kerana nampak semuanya bersemangat walaupun belum dapat menyempurnakannya seratus-peratus. Itulah kelebihan berada di Fakulti ini kerana para pensyarahnya sentiasa bersemangat meningkatkan ilmu masing-masing. Yang hampir siap dah mula tersenyum, yang melalui laluan berbelit nampak sangat letihnya tapi masih bertenaga, kebanyakannya rata-rata ramai yang sudah tenang sebab dah nampak laluan menuju ke penghujung jalan sebelum bergelar dr - AhmduliLah

Tahniah dengan kejayaan kawan-kawan yang talah mendahuluinya (menghabiskan phd) dimana-mana sahaja berada dan menjadi amanah yang mesti dipikul kini yang sudah pastinya kian bertambah...

Monday, May 30, 2011

ANAK YATIM

ASSALAMUALAIKUM,
Sedikit yang boleh dikongsi bersama dari Mesjid BD DTM, semoga ada menafaatnya.

Yatim dalam istilah Islam adalah anak kehilangan bapa ataupun kehilangan kedua-duanya ibu dan bapa.

Had dikira anak yatim adalah sehingga usia anak yatim berkenaan baligh dan jika selepas baligh masih tidak berupaya untuk menguruskan hartanya maka pengamanah/penjaga masih boleh terus menjaga harta anak yatim berkenaan sehingga peringkat umur mampu berdikari.

Bukan istilah YATIM PIATU dari islam kerana piatu adalah istilah Melayu sahaja yang menunjukkan anak kehilangan ibu.

Anak yatim istilah yang digunakan ke atas RasulLah saw apabila lahir ketiadaan bapa dan selepas berumur 6 tahun ibu Rasul saw pula meninggal dunia.

BERDOSA BESAR salah satu di antara 7 sebab dengan memakan harta anak yatim.

Seorang pengamanah yang menjaga harta anak yatim layak mengambil sebahagian dari harta yang ditinggalkan bagi tujuan pengurusan dan kegunaan anak yatim berkenaan. Seorang anak yatim yang kaya yang ditinggalkan harta yang banyak oleh arwah ibubapanya adalah terkeluar dari hasnaf penerima zakat atau tidak layak menerima zakat atas nama hasnaf yatim.

Dinyatakan RasululLah saw bahawa kedudukan penjaga anak yatim di akhirat nanti adalah tersangat rapat dengan diri Baginda, RasuluLlah menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengah menunjukan betapa rapatnya seorang pengamanah penjaga anak yatim.

Satu dari amalan Sunnah iaitu memberi makan anak yatim pada setiap kali 1 hingga 10 Muharam dan mengusap2 atau menyapu2 rambut kepala anak2 yatim kerana ganjaran pahalanya besar disisi Allah swt


WallaLahualam...

Monday, April 18, 2011

ARAK?

Assalamualaikum wrt wbt
Sedikit yg boleh dikongsi bersama dari Mesjid BD DT Melaka.

Jumhul Ulama sepakat dan qati'e hukum jelas dalam Al-Quran bahawa arak adalah HARAM jika diminum. Asasnya adalah apa-apa makanan/minuman yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan fikiran makan hukumnya haram.

Hukuman haram keatas arak di dalam Al-Quran, Allah swt turunkan secara berperingkat-peringkat dan ini boleh dibaca melalui 4 ayat sehingga ayat ke-empat pengharaman secara total dalam surah Al-Maidah ayat ke 90. Ketiga-tiga ayat awalannya masih belum mengharamkan arak sebagaimana ayat AnNahl, AlBaqarah ayat ke-219 dan AnNisa' ayat ke-43.

ARAK adalah ibu segala kejahatan

WalLah hualam

Thursday, April 7, 2011

LOKATAH/ Barang yang dijumpai

Dari Mesjid BD DT Melaka yang boleh dikongsi bersama, InsyaAllah.

Ulama fekah sepakati barang berharga yang dijumpai hendaklah di istiharkan/ di iklankan selama setahun sebaik-baiknya ditempat awam. Sebaik-baiknya nyatakan barang tersebut tetapi menyembunyikan ciri-ciri atau sifat-sifat barang berkenaan untuk penebos barang barang berkenaan tahu ia adalah miliknya. Barang dikira tidak berharga menjadi lebih baik di ambil dari dibiarkan begitu sahaja seperti sebiji pisang, duit dalam jumlah yang sedikit ( seringgit, lima puluh seb atau sebagainya ) dan sebaik-baiknya disedekahkan kembali untuk kegunaan awam yang tidak bertentangan dengan Islam. Barang yang halal (syara') dijumpai mengikut hukum;

1. HARUS- ambil barang berkenaan dengan keyakinan mampu menjaganya/ menjadi pengamanah

2. WAJIB- dibimbangi harta berkenaan dirosakkan atau dicuri. Tuan barang juga sangat perlukan barang berkenaan

3. MAKRUH- menyimpanya tetapi tidak boleh bersifat amanah. Guna barang orang macam barang dia juga

4. HARAM- Niat bukan untuk kembalikan kepada tuan asalnya.

Harta dijumpai eloklah di simpan di Baitul Mal Jika barang yang dijumpai dibimbangi mudah rosak boleh menggantikan barang ikut harga nilai semasanya seperti menjumpai gandum atau makanan. Rosak barang yang disimpan bukan kerana kelalaian tetapi sifatnya mudah rosak bukan jadi tanggungjawab orang yang menyimpannya.
Mengambilkira susutnilai barang juga perlu apabila tuan empunya barang meminta kembali barangnya seperti kereta atau kenderaan. WaLlah hualam

Semoga ada menafaatnya.

Tuesday, March 29, 2011

FITNAH ZINA

Sedikit dari Mesjid BD DT Melaka mungkin boleh dikongsi bersama;

Fekah menetapkan hukuman zina hanya dengan DUA syarat sebelum dijatuhkan hukuman samada disebat jika pasangan belum pernah kawin ataupun rejam jika pasangan telahpun berkhawin iaitu;

1. Pengakuan ikrar penzina yang dia pernah melakukan zina atas sebab kesedaran akan azab Allah swt di akhirat nanti dan

2. Penyaksian dari 4 orang saksi yang layak (bukan fasik)

. Allah swt memberi pengajaran sebagaimana dalam surah AnNuur 1 hingga 30 iaitu Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah. Mengalir air mata seorang Rasul apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan kospirasi memfitnah Amirul Mukminin Sadatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu'atal iaitu orang yang berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan RasulLulah dan tenteranya dari medan perang.

Rasulullah bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang peristiwa tersebut dirumah Bapa Mertuanya Saidina Abu Bakar As-Sidiq lalu Allah swt menurunkan Surah AnNuur ini cerita tentang fitnah dari orang munafik dikalangan sahabat Rasul.

Begitu juga beratnya dosa fitnah Allah swt memberi pengajaran sebagaimana Nabi Yusof difitnah oleh Zulaikha akibat dari cantiknya rupa paras Nabi Yusof apabila bajunya koyak dari belakang yang akhirnya dipenjarakan walaupun Nabi Yusof tidak bersalah.

QAZAF hukuman orang yang membuat fitnah zina dengan 80 kali sebatan FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh. Allah swt akan membalas dosa orang yang melakukan fitnah dengan balasan yang amat berat.

Hendaknya hukuman Qazaf juga tidak diketepikan di bumi Malaysia ini dalam keghirahan laporan fitnah zina yang kian menjadi-jadi. Semoga Allah swt memelihara umat Islam di bumi Malaysia ini- amin.
WalLahualam


**T/kasih pada Ustz Sazali yang membetulkan dari kesilapan saya terdahulu memetik surah dalam AlQuran iaitu sebenarnya surah An-Nuur ayat 1-30

Wednesday, March 23, 2011

MU'AMALAT

dari Ilmu yang dikutip dari Mesjid BD DT, Melaka.

Asasnya pertukaran barangan atau jualbeli adalah SAH bila kedua-dua REDHA walaupun pada mata kasar nampak tidak seimbang seperti pertukaran barang di antara Pisang dengan Kambing.

Sedikit pengetahuan fekah jualbeli mengikut kaedah Islam dalam urusan membayar cengkeram atau deposit;

Jika sekiranya deposit atau cengkeram telah dilunaskan dan pembeli tidak jadi untuk membeli kaedahnya;

1. Deposit dikira hangus atau tidak perlu dikembalikan sekiranya AQAD telah dilakukan

2. Sekiranya Aqad BELUM dibuat;
a. Cengkeram atau deposit hendaklah dikembalikan kepada pembeli sepenuhnya
b. Mengembalikan sebahagian dari deposit atau cengkeram dengan menolak
caj service/perkhidmatan yang telah dilaksanakan

Semoga dapat memberi menafaat

WalLahualam

Monday, March 7, 2011

HARTA PUSAKA

Assalamualaikum wrt wbt Sedikit dari Mesjid BD DT Melaka; Hadith RasulLah menyatakan "Ilmu yang akan hilang dari dada umat ini diakhir zaman adalah ilmu faraid" Membawa maksud 1. Ilmu yang Allah swt akan tarik dari dada umat Islam di akhir zaman dan ada juga antara lain menafsirkan 2. Akhir zaman umat akan berebut dengan harta pusaka dan mengenepikan ilmu faraid WaLlahu alam Al-Quran dalam surah AnNisa' banyak menceritakan urusan pembahagian harta. Harta pusaka boleh dijual jika telah dimiliki/ hak oleh waris Harta pusaka tidak layak dimiliki oleh; 1. orang yang membunuh kerana berkehendakkan harta pusaka 2. Berlainan ugama- mungkin si mati adalah mua'alaf, bapa dan adik beradik tidak beragama Islam 3. Murtad atau terbatal Islam Sebelum harta si mati diagihkan, harta itu mesti dibelanjakan dengan sebab; 1. Perbelanjaan pengkebumian 2. Membayarkan hutang piutang simati 3. Hutang dengan Allah swt (zakat) **Ada sesetengah pendapat Ulama si mati boleh ditunaikan haji untuknya, kifarah2 dan nazar 4. Menyelesaikan wasiat 1/3 dari harta simati WalLahu alam, semoga memberikan menafaat kepada semua, InsyaAllah

Monday, February 21, 2011

KENDURI ARWAH DAN TALKIN

Assalamualaikum wrt wbt

Pelajaran dari Mesjid BD DT, Melaka antaranya;

Terdapat dua pendapat membuat kenduri arwah iaitu BIDA'AH dan HARUS

SEBAIK-baiknya dielakkan dari pergaduhan atau pertengkaran kerana bergaduh itu HARAM dan kedua-dua pendekatan atau jalan boleh diterima bida'ah atau harus

NOTA:
1. Waris si mati akan dibebankan dengan terpaksa buat kenduri hinggakan walaupun tiada wang terpaksa buat kenduri arwah hinggakan kenduri dengan makan biskut sahaja hingga disebut "biskut mayat"- walLlah hu alam
2. Jangan ada niat di hati bila dipanggil kenduri arwah tetamu hendak datang atas sebab hendak makan.
3. Jikapun hendak buat kenduri disarankan nama "Kenduri Arwah" ditukarkan dengan "Kenduri Kesyukuran" kerana menjamu makan dan bersedekah bukan untuk si mati tetapi kepada tetamu yang datang
4. Riwayat hadis menyebut RassuLlah perintahkan "...buatkanlah jamuan makan untuk keluarga Jaafar bin Abi Talib yang meninggal dunia" bukannya perintah untuk waris yang buat kenduri kepada si mati tetapi jiran dan sahabat terdekat untuk buat jamuan kepada simati.

Hukum jadi HARUS membuat kenduri atas sebab;

1. Merapatkan hubungan kekeluargaan berkumpul
2. Jiran-jiran dapat berkumpul mengucapkan takziah dan ucapan "inna liLah......ji uun"
3. Membantu mengimbirakan hati waris dan keluarga simati
4. Bertujuan mendoakan simati
5. Kenduri jangan diambil dari harta simati

Lagi malang- HARAM dan di CELA jika kenduri arwah terikat dengan bilangan hari seperti hari pertama, hari ke-7, hari ke-40...hari ke-100 dan lain-lain masa yang ditentukan.

TALKIN

Hadis riwayat Muslim menyebut RasulLah saw menyebut: "taklinkan mayat kamu dengan ucapan "La illah ha iLlah"

Kefahaman kepada tafsirnya ada pelbagai pendapat antaranya;

1. Mengajar kalimah la illah ha ilLah iaitu bagi orang yang menghampiri sakaratul maut
2. Talkin pada si mati- diharuskan
3. Membaca Al-Quran berharap sebagai syafaat kepada simati- cuma di zaman nabi tidak ada amalan membaca Al-Quran di perkuburan kerana kesucian Al-Quran perlu dipelihara.

Akhirnya: Kenapa orang hidup sangat sibuk meminta si mati masuk syurga tetapi semasa hidup tidak mahu mencari pahla untuk masuk syurga

WalLah hu alah

Monday, February 14, 2011

MAULIDDUR-RASUL

Tanggal bersejarah yang akan diingati sehingga akhir zaman iaitu 12 Rabiul-awal (awal musim bunga) dan kini dan zaman ini kita raikannya.

Sedikit ilmu dari Mesjid BD Melaka antaranya;

Natijahnya sambutan Maulidur Rasul adakah bertambah iman dan taqwa kita dengan memperingati perjuangan Nabi Muhammad saw? Adakah kita hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini.

Adakah hari ini sembahyang kita telah lengkap 5 kali sehari semalam dan rukun Islam tertegak dalam diri kita. Adakah dengan hadir dan mendengar sirah dan perjuangan Nabi Muhammad saw saban tahun menjadikan jiwa akan terpanggil untuk mencontohi sebagaimana kehidupan baginda saw atau sekadar dapat makan "free" dan berpolitik apabila habis program yang diatur?

Sedikit yang menarik minat saya apabila seorang ilmuan asalnya beragama Hindu, Dr Neb Darakash ( maaf jika tidak tepat perkataan dan sebutannya - dari petikan tulisan buku Dr Daniel) membuat kajian tentang mentera dalam bahasa San Scrite yang selalu sami hindu lakukan mengikut kitab Weda iaitu menyebut satu nama berbunyi "Nara Shanka", hasil kajian mendapati puji-pujian "Nara Shanka" adalah bertepatan dengan nama agung manusia terpuji bila diterjemah menepati orangnya adalah Nabi Muhammad saw, kemudian diikuti pujian pada ibunya yang menepati nama Aminah dan ayahnya Rasullah saw jika di terjemahkan sebagai "hamba tuhan" yang maksudnya Abdullah.
Dalam mentera hindu itu juga diikuti dengan 4 bunga yang indah menepati sahabat nabi yang empat dan menyebut dari latarbelakang kenderaan unta ertinya dari daerah berbangsa Arab.
Setelah diteliti dengan bijaksana dan secara halus akhirnya si pengkaji mengucap dua kalimah shaadah. Ada juga berkemungkinan mentera datangnya dari seorang nabi utusan Allah swt bagi bangsa India- Wallah hualam

Semoga memberi menafaat...

Thursday, February 10, 2011

IBADAT DITERIMA?

Nota dari Mesjid BD, Melaka -antara lain yang boleh dikongsi bersama;

Syarat Ibadat diterima oleh Allah swt;

1. NIAT
- tanpa niat akan menjadi adat dan tidak mendapat pahala

2.IKUT PERATURAN
- Ilmu Islam adalah pengukurnya (ikbaq- mengikut dengan hujah Al-Quran dan Sunnah dan sumber Islam yang benar)
- Tidak taksub dengan ikutan mahzab malahan kilafiah adalah satu rahmat bukan penyebab pergaduhan dan pertengkaran. Kilaf membawa kepada percambahan ilmu dalam Islam

3.DIBENARKAN OLEH SYARAK
- contohnya perniagaan yang halal tidak menipu dacing/kejujuran dan tidak riba

4.MEMBERI MENAFAAT
- jangan sampai membebankan diri

5.TIDAK MENINGGALKAN IBADAH ASAS/KHUSUS
- Mendahulukan yang wajib dari yang sunat dan yang harus
- contoh bersembahyang malam/ sembahyang tahajud tetapi meninggalkan sembahyang subuh

WalLah hualam

Semoga memberikan menafaat kepada semua.

Thursday, January 27, 2011

Allah Sembunyikan

Antara yang boleh dikongsi belajar di Mesjid BD Melaka;

Allah sembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara;

1.Rahmat dan kasih sayang yang dibuat oleh Hamba2nya
Biarpun dipandang remeh dan terlalu sedikit tetapi dengan kerja yang sedikit akan menyelamatkan dirinya dari api neraka seperti cerita seorang perompak yang zalim tetapi selalu memberi makan anjing menjadikan dia terselamat dari api neraka

2.Jangan buat dosa walaupun dipandang kecil tetapi lihatlah kesan akibatnya pada orang yang kita telah berdosa padanya seumpamanya isu aurat yang dipandang ringan bagi sesetengah orang

3. Allah sembunyikan Walinya walaupun orang tersebut tidak mengetahuinya dan tidak memintanya, dia orang biasa dan tetapi masyarakat menghormatinya

4. Doa yang Allah swt mustajabkan terutama kerana demi kemuliaan agama. Selalu dan berharap dengan berdoa hanya kepada Allah swt

Semoga memberi menafaat pada kita semua- amin

Monday, January 3, 2011

JEAMMAH TABLIGH

Assalamualaikum,
Semalam ustaz tak datang memberikan kuliah feqah semasa tetapi digantikan dengan ceramah salah seorang dari anggota jeamaah tabligh.
Sedikit latarbelakang kumpulan jeamaah tabligh yang berkunjung di Mesjid Belimbing Dalam mereka terdiri dari 15 orang para-pelajar yang menunggu keputusan SPM dan adalah rombongan dari Terengganu akan beriktiqaf selama 3 hari.

Baik juga inti-pati ceramah tabligh untuk dikongsi bersama dan di antaranya;

1. Katanya ulama pernah memberitahu andaian manusia di dunia seperti seorang manusia yang tersangkut hampir jatuh memegang akar pokok. di bawahnya ada ular dan kalajengking, dan ada sepasang tikus hitam dan putih sedang menggigit akar yang dipegang oleh manusia berkenaan.
Di atas pokok ada madu lebih yang sedap dan dibawah pokok ada seekor singa yang ganas sedang menunggu.
Tikus hitam dan putih ibarat siang dan malam manakala akar pokok yang semangkin genting ibarat sangkutan usia hidup dengan dunia semangkin pendek. Ular dan kalajengking adalah lubuk neraka yang ramai manusia jatuh kedalamnya seumpamanya neraka. Madu adalah sedikit sekali yang berjaya perolehinya kebaikkan manakala seekor singa perumpamaan malaikat maut. Malaikat maut mengunjungi kita 70 kali sehari menunggu diperintahkan mengambil nyawa.

2. Benih yang baik jika disimpan di dalam peti sejuk tidak memberi menafaat, tetapi jika ditanam dan dijaga rapi di akan menghasilakan buah, bergitulah ibaratnya iman. Allah swt menjanjikan pahla jikapun sebesar biji sawi diterima ganjarannya seperti 7 hamparan bumi

3. Tanda iman belum sempurna iaitu apabila kaki tersepak batu jika mulut terlancur berkata bukan dari Allah swt maka ingatan manusia itu belum lagi kuat untuk Allah swt kerana hati jika diperah jika bukan ingatan pada Allah swt yang banyak maka nasibnya merbahaya jika berhadapan dengan hari akhirat kerana yang akan menjawab adalah amalan diri masing-masing.

WalLah hualam

Sekadar berkongsi apa yang diperolehi malam tadi