Monday, October 19, 2009

AKAL, AKHLAK dan RAHMAT

Salam,
SEMOGA para-pelajar akan mendapat kejayaan cemerlang dalam apa jua perperiksaan yang bakal dihadapinya dimana juga peringkat kelas yang mereka dudukinya. Menjadi cemerlang dengan melakukan sehabis baik bila dipertanggungjawabkan.

Muslim yang baik sentiasa cemerlang akalnya sepatutnya cemerlang juga akhlakbudinya kerana penilaian terakhir hidup kita adalah bila berhadapan denganNya yang pasti sampai masanya.

Pernah aku pesan pada anakku, kalau kita belajar pandai dan bersyukur dengan rahmatNya, nanti dapat kerja yang baik dgn gaji yang banyak boleh membantu keluarga dan orang yang susah. Akal yang baik sahaja tanpa agama nanti berjawatan besar menjadi penentang kuat kepada kerja-kerja untuk agama atau untuk berbuat baik /kebajikan pada manusia. Kadang-kadang mengambil pekerja semata-mata cemerlang di atas kertas sijilnya sahaja akhirnya dengan kecedikkan akalnya (mengeluarkan pelbagai teori dan alasan) juga menjadi kesusahan organisasi kearah kesuburan Islam kelak nanti menjadi "anjing yang akan gigit kaki tuannya kembali", biarpun pekerja kelulusan cemerlang biasa tetapi sentiasa bekerja kuat bersama-sama organisasi dan menaikkan mertabat sosial dan kemanusiaan- bukan nilaiannya ringgit semata-mata- walLah hu alam
Percayalah, bekerjalah kerana Allah swt kerana Allah swt tidak pernah menghampakan manusia. Kebahgiaan itu adalah hati bukan dari hartabenda, kereta dan rumah yang besar semata-mata. Lebih banyak wang lebih banyaklah pahala yang boleh dibuat.
(kejarlah BEKERJA DENGAN REDHA ALLAH dahulu dan tinggalkan kejar WANG... wang akan datang kemudian...)

z

Tuesday, October 13, 2009

ILMU

TAKRIFAN yang masih relevan hingga kini tentang Ilmu yang dibawa oleh Fakhruddin al-Razi dan diperbaiki oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Alttas iaitu;

“Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ilmu adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu”

Kung Fu-Tse menyebut

“Anda akan tersesat jika belajar tanpa berfikir; tetapi jika berfikir tanpa belajar, anda berada dalam bahaya”.

Sebagai peringatan bahawa bibit-bibit kerosakkan sesuatu tamadun itu bukan sahaja ilmu tidak disuburkan, muda mudi lebih cenderung kepada hiburan dan hidup bermasyarakat tidak lagi diutamakan. Mencari salah sesama sendiri dan menyuburkan perselisihan membawa rebah menjadi budaya masyarakat. Lebih-lebih lagi malangnya apabila pemimpin dan ilmuan sekadar mencari makan dan hanya tinggal berteori dan tidak berminat mengamalkan dan menyatakan kebenaran. Zaman itu Abdullah Munsyi mengungkapkan sebagai;

“Belalang telah menjadi (he)lang dan pepijat pun telah menjadi kura-kura, dan cacing pun telah menjadi ular naga…Maka jikalau hina dan bodoh sekalipun asal ada harta, nescaya akan pandai dan termulia: maka jikalau pandai dan termulia, tetapi jika tiada berharta nescaya terhina juga”

TANPA ILMU akan timbul bencana kehilangan adab. Kebiadaban ini akan banyak melahirkan kerosakan dalam pemikiran dan akhlak manusia. Jalan ilmu ini adalah payah, rumit dan mahal; tetapi kejahilan lebih sukar dan mahal lagi untuk membayarnya.

Biarlah hidup berguna kepada agama- Wallhualam

Thursday, October 8, 2009

KEMEWAHAN dan AKU?

AKU?

DULU… aku lahir dalam keluarga yang besar berbelas orang ahlinya
ALANGKAH baiknya aku datang dari keluarga kecil
BOLEHLAH dapat perhatian dan kemewahan

DULU…aku lihat ayah ketempat kerja berbasikal dan berjalan kaki
ALANGKAH baiknya ayah punya kereta sendiri
BOLEHLAH berjalan kemana sahaja nak pergi

DULU…aku lihat ibu hanya bekerja didapur dan memasak
ALANGKAH baiknya ibu bekerja dan punya banyak wang
BOLEHLAH keluarga selalu makan dikedai

DULU…aku dan abang-abang tidur di ruang tamu beralaskan tikar
ALANGKAH baiknya kami semua punya bilik sendiri masing-masing
BOLEHLAH selalu bersendirian dibilik sendiri tanpa diganggu

DULU…aku lihat kakak-kakak berkongsi bilik
ALANGKAH baiknya kakak-kakak punya bilik sendiri masing-masing
BOLEHLAH selalu kakak-kakakku bersolek menghias diri

DULU…aku, abang dan kakak berjalan kaki kesekolah berpuluh batu jauhnya
ALANGKAH baiknya aku, abang dan kakak boleh berbasikal atau punyai supir menghantar kami kesekolah
BOLEHLAH kami bangun lambat dan tidak letih untuk belajar

TAPI…

SEKARANG… ayah punya keluarga kecil dengan anak-anak tak sampaipun lima orang
ALANGKAH mewahnya anak-anak ayah sekarang
KENAPA anak-anak suka mencari hiburan di luar dan mencari jalan memusnahkan diri sendiri

SEKARANG…ibu punya kerja dengan gaji yang besar beribu ringgit
ALANGKAH sedapnya dan pelbagai jenis resepi makanan ibu masakan
KENAPA anak-anak cari makanan di luar dan memilih dadah serta racun sebagai makanan

SEKARANG…anak-anak punya bilik sendiri masing-masing
ALANGKAH enaknya tidur ditilam empuk dan bersendirian tanpa diganggu
KENAPA anak-anak memilih selalu balik lewat malam kadang-kadang hilang berhari-hari tidak balik ke rumah


SEKARANG…anak-anak bermotosikal dan menaiki kenderaan kesekolah
ALANGKAH baiknya ilmu di sekolah menjadikan mereka lebih mengenali ibubapa
KENAPA anak-anak tidak sampai kesekolah.
Anak-anak lelaki aku belikan motosikal dijadikan jalanraya medan mencari maut dan noda
Anak-anak perempuan aku berikan wang tambang dan dengan wang ini mereka tersadai dan menyedai ditepi jalanan gedung perniagaan

OH…
AYAHIBUKU
Sungguhpun adik-beradik ramai tapi semuanya berjaya dalam hidupnya
AyahiIbu beruntung kerana kami tidak pernah lupa berDOA untuk kesejahteraanmu

AKU AYAH/IBU
Kemewahan kebendaan belum tentu menjadikan anak-anakku manusia
Belum menjamin aku aman di sana

Apakah rupa cucu-cucuku pewaris keturunanku, pewaris bangsa dan negaraku
Apakah kemewahan kebendaan ukuran menjadi tenang aku di sana
Atau
Kemewahan kebendaan menambahkan dosaku yang sedia tidak terpikul berhadapan Tuhan yang Maha Adil
dan
Kemewahan kebendaan menjadikan lenyap keturunan, bangsa dan agamaku di bumi bertuah ini.

DOA aku semoga BUKAN AKU sebagai punca rosaknya keturunan, bangsa dan agama ini.

Monday, October 5, 2009

PUNK SIBER?

Salam,
Istilah PUNK SIBER datangnya dari pemikiran ciber yang terkehadapan (futuristic) dari pengaruh cerita-cerita sains fiksyen dan dikatakan bermula dari komik hasil karya Bruce Bethke bertajuk "Cyberpunk" tahun 1983.
Istilahnya sudah mengambarkan kerja-kerja jahat dalam dunia siber maju seperti seorang penggondam komputer, robot, makhluk siber (android- robot berbentuk manusia) atau makhluk separuh manusia dan separuh robot. penjenayah dan seumpamanya.
Pengaruh cerita-cerita dari komik membawa kepada movie fiksyen sains seperti cerita-cerita The Terminator, The Matrix, Terminator Salvation dan seumpamanya.
Mengambil dari kebaikkannya zaman ini merupakan era pemikiran anak muda dan generasi ini dapat berfikir melangkaui masa hadapan dan berfikiran sains dalam teknologi Kepintaran Pembuatan, Robotik, Komputer dan perisian programing. Amatlah baik jika dipelopori oleh sebahagian anak muda yang baik maka nanti akan menghasilkan ciptaan yang baik (seperti movie Neuromancer tahun 1984) menjadi pembantu kehidupan manusia dan tidak menjadikan ciptaannya nanti akhirnya menjadi alat membunuh sesama manusia. Apa lagi jika penciptanya adalah seorang Islam yang baik, pastinya pahalanya berterusan mengalir hingga kiamat- wallahuaalam

**sumber: Majalah Kosmik DBP (En Alan Zulkhairi zakaria)

Thursday, October 1, 2009

HAMKA

Salam,
Dikesempatan mengikuti Persidgn A/bangsa Bhs Melayu Bhs Dunia, sempat juga membaca sedikit dari buku "Pemikiran HAMKA suntingan Prof Dr Sidek Baba. Sedikit dari isi kandungannya:

1. Nama sebenarnya adalah Haji Abdul Malik Karim AmruLLah- Lahir 17 Feb 1908-Maninjau, Sumetera Barat- Datuk (Amrullah) dan ayahnya (Hj Rasul/ Abd Karim) juga seorang ulama terkenal

2. Zaman kanak2: Mengaji Quran, pencak silat dan selalu tidur di surau- dikira pelajar yang malas, tidak pandai dan selalu ponteng sekolah

3. Ibu Ayah bercerai: Malik mulai jarang duduk dirumah dan berhenti sekolah. Secara diam-diam Abd Malik rajin membaca buku sastera Melayu dan Arab

4. Tahun 20-an: Gerakan politik anti-penjajah dan mengikuti pengajian pondok

5. Menulis lebih kurang 118 buah buku dan buku pertama bertajuk "Si Sabriyah"

6. Umur 19 tahun menunaikan haji dan tinggal di Mekkah selama 6 bulan dengan bekerja di kilang percetakan buku. Balik dari Mekkah beliau mendirikan Madrassah/Sekolah "Kulliyatul Muballighin"

7. Di jemput ke Medan memimpin majalah "Pedoman Masyarakat". Karya besar majalah yang dilahirkan adalah "Tasauf Moden, Falsafah Hidup dan Lembaga Budi". Karya sastera beliau buku bertajuk "Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck".

8. Menjadi garila menetang Belanda dengan Badan Pembela Negara dan Kota (BPNK)- 1949 Belanda berundur dan Indonesia diperintah oleh Soekarno-Hatta. Tahun 1950 Hamka berpindah ke Jakarta dan terlibat dengan politik dan kegiatan agama seperti memberi kuliah-kuliah subuh, mengajar tafsir alQuran. Menerbitkan majalah "Panji Masyarakat".

9. Ditangkap pada 27 Ogos 1964 zaman Soekarno kerana dituduh anti-kerajaan dan terlibat dengan komunis.

10. Dalam tahanan, Hamka beribadat, tahajud, membaca kitab-kitab dan menulis tafsir al-Quran

11. Meninggal dunia ketika usianya 73 tahun iaitu tanggal 21 Julai 1981 dalam bulan Ramadhan selesai menunaikan solat tarawih di mesjid al-Azhar kerana serangan jantung. Semoga rohnya Allah swt tempatkan dikalangan para nabi, suhada' dan pejuang2 Islam- AMIN

z