Thursday, June 7, 2012

Mu'afik dan Masbuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mungkin bukan istilah yang penting tetapi dari segi perbuatan solat yang di dirikan di terima Allah swt.

Masbuk dikategorikan kepada dua:

Dasarnya masbuk apabila datang masuk ke dalam solat berjeamaah dalam keadaan makmum tidak sempat membaca fatihah.
1- Rakaat solat boleh dikira apabila makmum masih dapat bersama-sama rukuk bersama imam
2- Tidak dikira rakaat berkenaan apabila makmum angkat takbir serentak imam telah melepaskan tangannya pada lutut beralih pada rukun takbirul ihram

Peringatan: Makmum perlu ada tamak-ninah (berhenti seketika) berdiri sebelum terus rukuk- boleh membatalkan solat tanpanya

Apa itu Mu'afik?

Rakaat tersebut dikira apabila makmum dapat sempurna membaca fatihah terutamanya makmum yang mengikut imam pada mana-mana rakaat.

KESALAHAN yang biasa dan tidak disedari menyebabkan batalnya solat apabila imam sedang memberi salam pada rakaat akhir makmum serentak baru masuk mengangkat takbir ingin mengikut imam, terus duduk tahayat seperti imam.
Ertinya imam sudah habis solat dan makmum bergerak tanpa sebab yang diharuskan atau menambah rukun dengan sengaja terus duduk tahayat.
Seharusnya makmum akan dapat sedikit sunat berjemaah tanpa perlu duduk sekadar berniat ikut imam dan teruskan berdiri dan membaca fatihah- WalLah hualam

Sekadar berkongsi ilmu dari mesjid BD 4Jun2012

Pergerakkan dalam Solat


**sambungan
Perbuatan pergerakkan yang diharuskan syara' dalam solat;

1. Berpaling muka ketika perlu (spt bersin)
2. Bergerak sedikit kekiri dan kanan, kedepan dan kebelakang
3. Menangis
4. Bunuh binatang berbisa
5. Menjawab salam
6. Betulkan bacaan imam yang tersalah baca surah
7. Baca surah dengan memegang Al-Quran
8. Mendukung kanak-kanak

Tak batal solat hanya sekadar terlekat makanan dicelah gigi kerana ia bukan bermaksud makan seperti makan keadaan biasa

Wallahualam