Pertamanya ucapan terimakasih pada guruku ustaz yg mengajar di Mesjid Belimbing Dalam (MBD) pada malam isnin dan kini di pindahkan ke Labuan sebagai hijrah yang baik dengan kami doa jeamaah MBD dipermudahkan dinaikkan pangkat dan dalam kesihatan yang bertambah cemerlang.Imam Al Ghazali menyebut "...bagi setiap orang yang mengajarku biarpun sepotong ayat adalah guruku" maka ustaz adalah layak dipanggil sabagai guruku. AlhmduliLah, banyak ilmu yang dapat digarab dan dipelajari.
Tiga hari bercuti bersambung dengan cuti hari Malaysia dan banyak sekali majlis kenduri sempena perkhawinan dan kesyukoran kerana diundang Allah menjadi tetamunya di Mekah al Mukaramah. Perancangan Allah swt lah yang terbaik biarpun kita merancang setelitinya mana jika tidak dipanggil menjadi tetamuNya maka tidak akan berjaya juga. Moga aku dan kita dalam senarai akan menjadi tetamuNya sampai masanya nanti.
Tiga hari dapat berjeamaah subuh di MBD dan 3 hari juga dapat bersembang dan beramah mesra kenal hati budi kami dalam sembang kedai tea lepas solat dan tazkirah subuh. Banyak hal masyarakat dan cerita-cerita keluar dari hal ehwal semasa, kisah-kisah masa lalu dan nasib kita dimasa hadapan.
Ehwal semasa menyemak kerja bermsyarakat kenduri kendara yang kena hadir disekitar kampung. Kenduri kesyukuran pergi haji, aqiqah dan kenduri khawin dan lain-lainnya. Cerita masa lalu kisah silam kesusahan hidup dahulu dan kemewahan anak-anak sekarang, nilai mata wang yang semangkin kecil biarpun nampak jumlahnya banyak, harga minyak naik tidak boleh disekat kenaikkan harga barang dan kenderaan yang banyak masuk Melaka hari ini yang jadikan Melaka sesak. Saya juga sarankan kalau boleh Melaka sebagai negeri perlancongan kenapa tidak jadikan Mesjid diwajibkan buat bilik-bilik penginapan murah untuk pelancong Islam menafaatkannya?
Cerita masa depan kemampuan kuasa duit orang Melayu yang mengecil untuk membeli tanah dan rumah yang kini kian melambung harga nilainya. Pak Aji-Pak Aji diingatkan bagaimana Israel asal mula menakluki Palastin dengan membeli tanah-tanah mereka dan orang Palestin masa itu banyak yang jadi jutawan segera dan jangka masa pendek. Cerita wawasan orang Melayu dulu pertahankan tanah orang Melayu dengan meletakkan syarat tanah adat tidak boleh dibeli oleh bangsa lain tapi sudah tidak depertahankan oleh pemimpin hari ini. Cerita 3 buah taman yang dah confirm akan dibina di sekitar Kampung Belimbing Dalam sini mampukah dengan harga rumah dibeli orang Melayu kini? Cerita orang Melayu jadi malas dinegara sendiri tapi di ajar dengan sogokan dan subsidi. Cerita orang Cina boleh hidup dimana-mana tanah di dunia ini dan orang Jawa yang berjaya di Malaysia sebab itu adanya "China Town" dan "Kampung Jawa"?- Wallah hu alam. Cerita bangsa Kurdis yang sudah kehilangan tanah dan negara menjadi pelarian di utara Iraq dan Syria. Banyak lagi cerita sementara ada usia yang tinggal di dunia ini dan tidak menanggung dosa yang berpanjangan bila dosa-dosa yang kita buat biarpun kita dah mati tapi berpanjangan tidak putus-putus seperti hampir terpupusnya tulisan jawi tulisan ilmu bagi orang Melayu dahulu- WalLah hu alam
Moga kita di kalangan orang-orang yang membuat pahala berpanjangn hingga hari kiamat seperti yang saya ketahui Al-Quran pernah menyebut "...jangan kamu menyangka mereka itu sudah mati sedangkan sebenarnya mereka itu masih hidup..."