Thursday, January 28, 2010

Ceramah Motivasi: Ann Wan Seng malam tadi

Malam tadi ada ceramah Ann Wan Seng di Mesjid Belimbing Dalam, Durian Tunggal. Ustaz Ann Wan Seng (maaf jika salah ejaan) seorang pendakwah yang aktif dan rajin menulis. Yang jadi teruja beliau rajin membuat research dengan bermusafir sendirian ke Negara China untuk mendapat maklumat tentang Islam di sana, menurut beliau sebahagian Negara Cina pernah menjadi milik Islam dengan nama Turkistan (dalam cerita P.Ramlee pernah menyebutnya).
Sekarang beliau sibuk membuat research di Indonesia, sedang dan akan bermusafir disekitaran negara Indonesia, menurut beliau 2 dari 9 wali Songo di Jawa mempunyai pertalian darah darah Cina dan tidak hairan sebenarnya Cina datang menyebarkan Islam dahulu di kepulauan Jawa sebelum datangnya pedagang-pedagang Arab. Semoga misi beliau tercapai dengan menyampaikan dakwah dikalangan kaum Cina. Beliau menyeru panggillah bangsa-bangsa lain Cina dan India turut sama dalam program-program Mesjid yang boleh dibuat bersama selagi tidak bertentangan dengan Islam seperti beliau lakukan memrayakan Tahun Baru Cina di perkarangan Mesjid di tempat beliau.
Hati berkata aku (kita) orang Melayu tak buat apa-apapun dengan kesempatan negara berbilang bangsa dengan mengajak bangsa lain mendekati dan memeluk Islam- Wallah hu Alam

Sunday, January 17, 2010

PM Dr Sohaimi

Program DIIM UiTM Johor begitu terasa bermakna dan meriahnya apabila kedatangan PM Dr Sohaimi sebagai pengarah pada tanggal 1 Jan 2010 TAPI
dan teramat terasa beratnya bila terpaksa pulak meninggalkan UiTM Johor demi tugasan yang lebih baik dan berat kepada UiTM- tugasan pengarah UiTM Johor hanya sempat 20 hari sahaja (kiraan Dr Sohaimi dalam ucapan Majlis Perpisahan)
MAAF kerana saya tak dapat bersama-sama makan malam pada jumaat malam sabtu di Ikan Bakar IOI- masa terlalu pantas ( aku sedang menguruskan pembinaan baikpulih rumah arwah di Jasin menelan belanja RM 30ribu lebih sebagai amanah )
Semoga lebih maju jaya dimasa hadapan PM Dr Sohaimi dan membawa bersama-sama kejayaan bagi DIIM UiTM Johor khasnya.
terimakasih.

Tuesday, January 5, 2010

MELAYU- oleh Usman Awang

MELAYU
(oleh: Usman Awang)

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Friday, January 1, 2010

SELAMAT DATANG

Selamat datang kepada para-pelajar baru ke kampus UiTM Johor dan selamat kembali para-pelajar lama untuk meneruskan pengajian sebagai amanah dan keseronokkan melalui zaman remaja sebagai orang yang berguna disisiNya.
Menjadi pelajar maka jadilah pelajar yang sebenar dan kesempatan menimba ilmu janganlah dipersia-siakan dengan mengarap seberapa banyak ilmu berguna selain dari displin ilmu dalam bidang yang di ambil. Menuntut ilmu jangan kedekut kerana ilmu jika diajar kepada orang lain akan bertambah ilmu pada yang mengajar tidak seperti wang dan harta akan berkurangan.
Manis membuat kebaikan dan mengembirakan rakan yang lain kerana kebaikan tersebut akan kembali kepada yang melakukannya.
Sebaliknya menjadi racun jika membuat jahat atau keburukan kerana dendam kesumat dan rasa benci seorlah-olah menanam racun dalam diri sendiri.
Selamat berjaya- waLlah hu alam

z