Monday, September 6, 2010

KEKASIH

Cerita drama tv orang muda apabila kekasih terpaksa juga pergi kerana janji dan keadaan masa yang berlalu, betapa kecewa frust menonggingnya kerana terpaksa juga merelakan pemergiannya. Detik-detik akhir pasangan bercinta akan dimenafaatkan dengan semaksimumnya dan setiap detik berlalu tidak akan dibiarkan percuma?...
Betapa kekasih RAMADAN akan meninggalkan kita tidak lama lagi, ghirah bercinta dengan ramadan dah mula sepi dan kadang-kadang tidak dipeduli sedangkan segelintir manusia sebak bersedih dan terasa berat hati terpaksa berpisah dengan ramadan kerana belum tentu ada ramadan lagi ditahun hadapan?
Berkemundangnya lagu-lagu hari raya di corong radio menambahkan lagi hilang rasa rindu pada ramadan. Iklan-iklan raya di-tv adakala menyeronokkan tidak kurang menjijikkan bila melihat gelagat segolongan manusia kadang2 melebihi batasan akal dan agama maka tengelamlah rasa sedih pada kekasih bulan ramadan.
Semoga sisa ramadan yang ada dapat dimenafaatkan pada setiap detik dan masa kerana bulan yang datang ini penuh dengan kerahmatan dan rahsia Allah swt. Semoga kita akan mendapat rahmat dengan malam lailatul-qadar: Teramatlah rugi bagi mereka yang tidak diampunkan oleh Allah swt apabila berakhirnya ramadan. Semoga kita dikalangan mereka yang bersih dari segala dosa dan kembali semula sebagaimana fitrah sepertimana bayi yang baru dilahirkan- amin

No comments:

Post a Comment