Tuesday, March 29, 2011

FITNAH ZINA

Sedikit dari Mesjid BD DT Melaka mungkin boleh dikongsi bersama;

Fekah menetapkan hukuman zina hanya dengan DUA syarat sebelum dijatuhkan hukuman samada disebat jika pasangan belum pernah kawin ataupun rejam jika pasangan telahpun berkhawin iaitu;

1. Pengakuan ikrar penzina yang dia pernah melakukan zina atas sebab kesedaran akan azab Allah swt di akhirat nanti dan

2. Penyaksian dari 4 orang saksi yang layak (bukan fasik)

. Allah swt memberi pengajaran sebagaimana dalam surah AnNuur 1 hingga 30 iaitu Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah. Mengalir air mata seorang Rasul apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan kospirasi memfitnah Amirul Mukminin Sadatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu'atal iaitu orang yang berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan RasulLulah dan tenteranya dari medan perang.

Rasulullah bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang peristiwa tersebut dirumah Bapa Mertuanya Saidina Abu Bakar As-Sidiq lalu Allah swt menurunkan Surah AnNuur ini cerita tentang fitnah dari orang munafik dikalangan sahabat Rasul.

Begitu juga beratnya dosa fitnah Allah swt memberi pengajaran sebagaimana Nabi Yusof difitnah oleh Zulaikha akibat dari cantiknya rupa paras Nabi Yusof apabila bajunya koyak dari belakang yang akhirnya dipenjarakan walaupun Nabi Yusof tidak bersalah.

QAZAF hukuman orang yang membuat fitnah zina dengan 80 kali sebatan FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh. Allah swt akan membalas dosa orang yang melakukan fitnah dengan balasan yang amat berat.

Hendaknya hukuman Qazaf juga tidak diketepikan di bumi Malaysia ini dalam keghirahan laporan fitnah zina yang kian menjadi-jadi. Semoga Allah swt memelihara umat Islam di bumi Malaysia ini- amin.
WalLahualam


**T/kasih pada Ustz Sazali yang membetulkan dari kesilapan saya terdahulu memetik surah dalam AlQuran iaitu sebenarnya surah An-Nuur ayat 1-30

Wednesday, March 23, 2011

MU'AMALAT

dari Ilmu yang dikutip dari Mesjid BD DT, Melaka.

Asasnya pertukaran barangan atau jualbeli adalah SAH bila kedua-dua REDHA walaupun pada mata kasar nampak tidak seimbang seperti pertukaran barang di antara Pisang dengan Kambing.

Sedikit pengetahuan fekah jualbeli mengikut kaedah Islam dalam urusan membayar cengkeram atau deposit;

Jika sekiranya deposit atau cengkeram telah dilunaskan dan pembeli tidak jadi untuk membeli kaedahnya;

1. Deposit dikira hangus atau tidak perlu dikembalikan sekiranya AQAD telah dilakukan

2. Sekiranya Aqad BELUM dibuat;
a. Cengkeram atau deposit hendaklah dikembalikan kepada pembeli sepenuhnya
b. Mengembalikan sebahagian dari deposit atau cengkeram dengan menolak
caj service/perkhidmatan yang telah dilaksanakan

Semoga dapat memberi menafaat

WalLahualam

Monday, March 7, 2011

HARTA PUSAKA

Assalamualaikum wrt wbt Sedikit dari Mesjid BD DT Melaka; Hadith RasulLah menyatakan "Ilmu yang akan hilang dari dada umat ini diakhir zaman adalah ilmu faraid" Membawa maksud 1. Ilmu yang Allah swt akan tarik dari dada umat Islam di akhir zaman dan ada juga antara lain menafsirkan 2. Akhir zaman umat akan berebut dengan harta pusaka dan mengenepikan ilmu faraid WaLlahu alam Al-Quran dalam surah AnNisa' banyak menceritakan urusan pembahagian harta. Harta pusaka boleh dijual jika telah dimiliki/ hak oleh waris Harta pusaka tidak layak dimiliki oleh; 1. orang yang membunuh kerana berkehendakkan harta pusaka 2. Berlainan ugama- mungkin si mati adalah mua'alaf, bapa dan adik beradik tidak beragama Islam 3. Murtad atau terbatal Islam Sebelum harta si mati diagihkan, harta itu mesti dibelanjakan dengan sebab; 1. Perbelanjaan pengkebumian 2. Membayarkan hutang piutang simati 3. Hutang dengan Allah swt (zakat) **Ada sesetengah pendapat Ulama si mati boleh ditunaikan haji untuknya, kifarah2 dan nazar 4. Menyelesaikan wasiat 1/3 dari harta simati WalLahu alam, semoga memberikan menafaat kepada semua, InsyaAllah