Fekah menetapkan hukuman zina hanya dengan DUA syarat sebelum dijatuhkan hukuman samada disebat jika pasangan belum pernah kawin ataupun rejam jika pasangan telahpun berkhawin iaitu;
1. Pengakuan ikrar penzina yang dia pernah melakukan zina atas sebab kesedaran akan azab Allah swt di akhirat nanti dan
2. Penyaksian dari 4 orang saksi yang layak (bukan fasik)
. Allah swt memberi pengajaran sebagaimana dalam surah AnNuur 1 hingga 30 iaitu Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah. Mengalir air mata seorang Rasul apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan kospirasi memfitnah Amirul Mukminin Sadatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu'atal iaitu orang yang berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan RasulLulah dan tenteranya dari medan perang.
Rasulullah bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang peristiwa tersebut dirumah Bapa Mertuanya Saidina Abu Bakar As-Sidiq lalu Allah swt menurunkan Surah AnNuur ini cerita tentang fitnah dari orang munafik dikalangan sahabat Rasul.
Begitu juga beratnya dosa fitnah Allah swt memberi pengajaran sebagaimana Nabi Yusof difitnah oleh Zulaikha akibat dari cantiknya rupa paras Nabi Yusof apabila bajunya koyak dari belakang yang akhirnya dipenjarakan walaupun Nabi Yusof tidak bersalah.
QAZAF hukuman orang yang membuat fitnah zina dengan 80 kali sebatan FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh. Allah swt akan membalas dosa orang yang melakukan fitnah dengan balasan yang amat berat.
Hendaknya hukuman Qazaf juga tidak diketepikan di bumi Malaysia ini dalam keghirahan laporan fitnah zina yang kian menjadi-jadi. Semoga Allah swt memelihara umat Islam di bumi Malaysia ini- amin.
WalLahualam
**T/kasih pada Ustz Sazali yang membetulkan dari kesilapan saya terdahulu memetik surah dalam AlQuran iaitu sebenarnya surah An-Nuur ayat 1-30
Assalamualaikum En. Zailani, saya ingin membuat pembetulan mengenai kedudukan ayat yang mengaitkan kisah Saidatina Aisyah yang disebut sebagai HADISUL IFK dan kisah Nabi Yusuh Alaihi Salam yang dirakam oleh Allah di dalam surah An Nur adalah bermula ayat 1-30. Mohon kemaafan di atas kesilapan ayat tersebut. Terima kasih di atas penyebaran dakwah ini. Mafhum hadis Nabi SAW "Berkatalah benar sekalipun perkara itu pahit bagi kamu untuk menyampaikannya"
ReplyDelete