Monday, October 31, 2011

KERANA ALLAH SEMATA-MATA

Assalamualaikum wrt wbt

Bagai nasyid Rabani- "Mana Milik Kita", semuanya adalah pinjaman.

Kehadiran kita kedunia dulu adalah dengan izinNya. Fitrah semulajadi yang Allah bekalkan diwaktu kita tak tau apa-apa dizaman bayi dulu adalah sesuai dengan kehendak kejadianNya dan anugerahNya juga.

Bagi mereka yang melakukan yang terbaik dalam hidupnya sebenarnya adalah sebagaimana Allah swt sendiri telah gariskan untuk hidup menjadi muslim yang terbaik. Perbuatan dan usaha mereka telah dan hendak lakukan itu sebenarnya adalah kerana Allah semata-mata dan bakal mendapat ganjaran yang besar di dunia dan di akhirat.

Usaha tanpa niat kerana Allah swt adalah sia-sia atau mereka yang bukan Islam hanya mampu peroleh ganjaran di dunia semata-mata.

Usaha untuk lakukan yang sehabis baik adalah ajaran Islam manakala apa-apa yang diluar kemampuan untuk lakukannya adalah ujian dari Allah swt. Allah swt melihat dan memberi pahala dari apa yang kita usahakan. Pahala bukan dari hasil yang kita perolehi sebab hasil atau jawapan merupakan juga ganjaran dari Allah swt yang kadang-kadang berjaya dan kadang gagal, kedua-duanya adalah ujian.

Yang baik itu kerana Allah semata-mata kita lakukan dan mencari yang terbaik juga adalah kerana Allah semata-mata juga.

Moga perkonsian ini ada menafaatnya- amin3x

Sunday, October 2, 2011

REZEKI- Tkasih keluargaku

Assalamualaikum wrt wbt
Lama sudah tidak berbicara dan bercerita. Ramadhan dan Shawal telahpun berlalu, kini tiba pula persiapan datangnya Zulhijah bulan Haji. AlhamduliLah, semoga sempurna dan diterima Allah swt puasa Ramadhan kita telah lalui dengan ganjaran markah pahala yang maksimum. Tahniah juga bagi yang dapat mengerjakan puasa setahun setelah menyempurnakan puasa-6 dibulan shawal yang baru lalu. Bagaimana pula boleh kita beribadat bila datangnya Hari Raya Korban kali ini?

AlhamduLilah, entah bagaimana hebatnya kekuasaan Allah swt mendorong keluarga abang-kakak buat pertama kalinya bersama-sama mendapatkan seekor lembu buat korban pada Hari Raya Haji kali ini. Melimpah ruah rezki yang Allah swt berikan dan dengan rasa terharunya kerana Allah swt jualah mengerakkan hati2 hamba2nya untuk beribadat membuat korban kali ini. Semoga bertambah-tambah rezeki abang-kakakku (suami/isteri) dimasa-masa mendatang. SubhanalLah 3x, teramat bersyukurnya kerana menjadi catatan sejarah dalam keluarga dapat berkongsi bersama. Selalunya masing-masing mengambil bahagian berkorban hanya ditempat masing-masing sahaja.

Ibadat korban sebenarnya adalah kesempatan yang Allah swt masih berikan untuk kita beribadat kerana kita takutkan tiada lagi Zulhijah untuk kita ditahun hadapan. Ini juga sepertimana ibadat puasa baru-baru ini kita lakukannya dengan sebaik-baiknya kerana takutkan tiada lagi Ramadhan untuk kita di tahun hadapan.

Ajal pasti sampai dan hanya caranya sahaja masing-masing berbeza. Kehilangan lebih-lebih lagi dengan kehilangan mengejut jika mana berlaku kemalangan. Yang tinggal tinggal pasti berasa teramat dukacita tapi kena bersedia menerimanya walaupun dalam keadaan terpaksa. Ini menunjukkan tiada makhluk mempunyai hak mutlak kepada makhluk yang lain kecuali semuanya dari Allah swt yang di pinjamkan sementara di dunia ini untuk tujuan beribadat dan sebagai ujian.

Allah swt akan memanggil kita pulang pada bila-bila masa bila tiba pada masanya seperti yang pernah kita berjanji dengan Allah swt sebelum hadir di dunia ini- Wallahualam