Wednesday, December 5, 2012

Unik

Cabaran graduan masa kini adalah menjadi terbaik dan menlengkapkan diri menjadi dalam senarai orang-orang yang unik. Mempunyai kemahiran dan  kelebihan "skill" yang tersendiri menjadikan kenapa dia seorang calon yang mesti dipilih mendapatkan sesuatu jawatan berkenaan. Ini bukan faktor akademik semata-semata sebagai ukuran kejayaan dimasa hadapan.
Perkara ini selalu saya nyatakan di bilik2 kuliah. Kita unik disebabkan apa?  Mungkin tidak sukar pelajar yang unik kerana CGPAnya atau sangat cemerlang dalam akademik seperti mempunyai CGPA4 pada keputusan akademik untuk mendapatka pekerjaan. Tapi adakah CGPA4 nya berkekalan bila menghadapi alam pekerjaan. Skill komunikasi berkesan boleh menjadikan seseorang berjaya dalam kerjaya.

Kadang-kadang faktor masa, keadaan dan tempat. Perlunya ada pelan strategik menjadi penentu kejayaan yang sebenar. Mengenali trend dan budaya semasa jadi perniagaan akan berjaya. Perumpamaan baju hujan mana boleh dijual dimusim kering dan panas.

Hari ini di Malaysia KIA dan Hyndai nampak jualan kereta menaik dan minat pembelinya pada designnya yang memenuhi citarasa pengguna. Era i-pad dan touch screen jadi minat anak muda pada alat elektronik seperti hanphone dan gudget2 yang lain. Peminat panggung wayang kata kalau nak untung bikin filem layan kisah2 cinta anak2 remaja walaupun nilainya boleh dipertikaikan  samada membawa rugi atau untung kepada masyarakat.

Apakah pula jadikan kita unik disisi Allah swt? Dalam banyak ayat di dalam Al Quraan Allah hendakkan kita menjadi unik sebab dihujung ayat Allah berfirman "sangat sedikit dari hambaku yang bersyukur", sedikit itulah menjadikan kita unik dan menjadikan kita insan yang terpilih disisiNya. Siapa yang tidak kenal dengan insan seperti Prof Dr Kamil yang duluya pernah mengajar di UiTM Sh Alam dan Johor, insan unik yang menjadi contoh kepada ramai peminatnya di UiTM dan Malaysia ini- Moga kebaikan menjadi contoh dan idola kepada masyarakat kini dan khususnya generasi muda- ameen3x

No comments:

Post a Comment