Tanda ingatan kepada bilal Mesjid Belimbing Dalam (MBD) yang telah pergi menemui Illahi pada Isnin yang lepas bersamaan 18 Mac 2013. Sehari sebelumnya Arwah bilal MBD bertugas mandikan mayat orang kampung. Malam tadi tahlil kenduri arwah dirumah beliau yang di sebut sendiri oleh Imam Hashim bahawa selalunya arwah sendiri menjadi salah seorang teraju pada kenduri arwah dan kini giliran jeamaah memberikan doa kepada arwah kembali.
Usia 73 tahun dan nama sebenarnya Mohd Ali bin Mohamad (maaf jika ejaannya tersalah) dan selalu muncul hadir di Mesjid bila mana ramai orang kariah sibuk dengan urusan dunia mereka masing terutama pada waktu zohor, asar dan magrib pada hari-hari biasa. Arwah selalu mengimamkan solat diwaktu-waktu ketiadaan imam kerana ada urusan lain dan selalu mengalunkan surah As-sajadah pada subuh solat subuh.
Orangnya tidak banyak bercakap tapi banyak senyum, badan agak gempal dan berjalan perlahan tetapi masih kuat boleh masih berupaya mengangkat tong racun apabila berkebun. Ingatan yang paling kuat kami jeamaah subuh hujung minggu di MDT adalah pelukan dan salam pada penutup solat subuh sebelum kena tea tarik dan roti canai pada subuh sabtu dan ahad.
Cerita yang tidak rasmi Arwah Pak Akob terjatuh di rumah dan ada luka dalaman yang lambat dikesan. Meninggal dalam perjalanan untuk di bawa ke hospital Kuala Lumpur- Al Fatihah
Moga Arwah Pak Akob bersama-sama orang beriman dan orang-orang yang soleh diberi darjat tertinggi disisiNya- Ameen3x
No comments:
Post a Comment