Wednesday, February 10, 2010

JALAN DAN HARI RAYA CINA

Salam, Selamat menyambut hari raya Cina (Kong Xi Fa Choi) bagi mereka berketurunan Cina (atau mungin ada kalangan pelajar yang ada dari keluarga darah campuran Cina). Mengingatkan usaha dakwah yang dilakukan oleh Persatuan Cina Islam Malaysia, mesjid atau surau yang mempunyai penduduk berketurunan Cina elok juga turut sama boleh mengadakan sambutan Hari Raya Cina di perkarangan mesjid atau surau sebagai usaha dakwah mengajak mereka kenal apa itu Islam dengan lebih dekat dan bersesuaian dengan 1 Malaysia gagasan PM.
Ramai pelajar UiTM Segamat mulai balik bercuti panjang dan sempena Hari Raya Cina, seronoknya di sepanjang perjalanan Segamat-Tangkak selain dari pemandangannya yang indah dan jalannya bengkang-bengkok, dapat di lihat kerja mengukur jalan tak henti-henti sejak dari zaman dulu2. Banyak budget agaknya setakat ukur jalan sahaja- tapi tak de budget untuk menaiktaraf jalan agar lebih lebar, ada lorong memotong dengan lori dan kenderaan berat atau setidak-tidaknya ada 3 line seperti lebuhraya KL-Ayer Keroh- WalLah-hualam, siapalah kita ye...

No comments:

Post a Comment