Bulan Rabiul Awal kiraan 4 musim dalam kalander Islam sebagai musim bunga. Hari Isnin yang penuh barakah dan persekitaran alam yang tunduk dan redup kerana kelahiran penghulu kepada sekelian manusia di ingati hingga ke hari ini.
Abu Lahab bapa saudara RasulLah swt adalah orang yang paling gembira apabila mendengar berita kelahiran anak saudaranya. Sebagai tanda gembira Abu Lahab melakukan;
1.Membebaskan hambanya yang membawa berita gembira kepadanya
2.Mengorbankan 100 ekor unta memberi makan masyarakat Mekah dan
3.Memberi minum susu di beri sendiri Abu Lahab pada anak saudaranya pada setiap hari isnin datang kerumah baginda.
SIAPAlah kita yang selalu melupakan sunnah Rasul, umat yang tidak pernah kenal langsung rupa paras nabi yang mulia. Kita yang hendak bersedekah pun berkira-kira sedangkan Rasul saw sentiasa mengukirkan senyuman, terawal memberi salam dan RasulLulah yang sentiasa bersedekah dengan memberi apa-apa yang paling terbaik untuk sahabat2nya. Rasul yang amat jarang kenyang perutnya untuk 2-3 hari berturut-turut. RassulLah yang sentiasa memohon taubat daripada Allah swt setiap hari- siapalah kita umat hari ini?
Cerita berakhir dengan Abu Lahab sendiri jugalah manusia yang membuat penafian pertama tentang kenabian RasulLah saw dengan berkata perkataan "celaka" kepada RasulLah dan kemudiannya Allah swt kembalikan "celaka" kepada Abu Lahab sepertimana di dalam Al-Quran.
Semoga memberi iktibar - WalLah hu Alam
(sumber Ustaz Sazali- kuliah malam tadi Mesjid Belimbing Dalam)
No comments:
Post a Comment