Monday, April 5, 2010

TAHNIAH-Mersing

Ahad (2April) dan semalam (3April) Program part 6 di Mersing- Tahniah kepada pelajar part6 dan para pensyarahnya yang didikasi. Part6 yang paling aktif kerana berjaya dengan 3 program keluar dari Kampus Segamat? Didoakan semoga masa hadapan lebih berjaya lagi...

Semalam juga Nana menyambut harijadinya ke-7 dan berkesempatan meraikan harijadinya di Hotel Seri Malaysia, terimakasih pada pemberi2 hadiah yang budiman dan baik hati (Pn Azura n suami, Pn Diana, Pn Maznah dan seorang pelajar..tkasih)

Di Mersing aku berjumpa dengan 2 orang kawan lama masa sekolah rendah dulu sama-sama sekelas di Sek Kebangsaan Endau kini mereka bergelar guru- Cikgu Shamsul kini kurang sihat tapi nampak sentiasa bersemangat (masih ingat teman bergusti, dia gempal tapi aku kurus keding aje..he..he...he) dan Cikgu Fadil Malik yang kini punya chalet betul2 mengadap laut di Tanjung Resang Endau yang telah lebih 30 tahun tak jumpa.

Semoga memberi menafaat dan berganda kejayaan kepada DIIM khususnya pada para pelajar yang bakal melangkah ke Puncak Perdana dan Shah Alam bagi menyambung pelajaran dalam program degree- amin


No comments:

Post a Comment