Salam,
Masih kekal dalam ingatan: Prof Dr Yusof Othman pernah menyebut ramai para Sahabat Rasul dan da'ai meninggal diluar tanah Mekah, tanpa mereka belum tentu kita berugama Islam pada hari ini.
Mungkin sedikit catatan perjalanan dulu sebagai iktibar.
Semasa di UK dua tahun dulu kebaikkannya yang boleh di lihat orang-orang UK rajin berjalan dan mereka berjalan dengan laju begitu juga bila melihat orang-orang China juga rajin berjalan kaki- sebab itulah kesihatan mereka baik
Menjadi penumpang di Keretapi bawah tanah dapat di lihat "Mat Salih" (atau digelar "big nose" oleh orang China- Kali kedua ke Beijing 14-18Jun2010) mereka duduk diam atau membaca berbeza dengan orang-orang China mereka bising lebih dari orang Malaysia, cuma terlalu ramai rakyat China gerabakkeretapi bawah tanahtersangat padat jadi macam sardin.
Menginsafi dan rasa bersyukur bila membandingkan Indonesia dengan negara kita - berbeza bila menggunakan kemudahan jalanraya di Indonesia jalannya sempit dan berlubang-lubang. Kenderaan paling laju hanya sekadar berkelajuan 60 - 70km/j tetapi disebalik itu kebaikkannya yang boleh dipelajari sifat kemanusiaan di atas jalanraya sangat tinggi, mereka rajin membunyikan hon dan menaikkan lampu tinggi (beam) pada waktu malam tetapi anehnya tak nampakpun perasaan marah atau menunjukkan perasaan marah mereka, sebaliknya memberi laluan atau jika motosikal mereka ketepi memberi laluan pada kenderaan yang mahu cepat.
Catatan di Sumatera (lombong petrolium di darat) dari Pekan Baru ke Palembang (30Mei-5Jun2010) yang jauhnya lebihkurang 400km menaiki inova mengambil masa 15 -20jam berbanding jika di Malaysia memakan masa 6-7 jam perjalanan lebuhraya- Bersyukurlah dengan kelebihan jalanraya dinegara kita dan rakyatnya yang sedikit peratus penganggurannya.
No comments:
Post a Comment