Sunday, August 1, 2010

SAHABAT dan RAMADHAN

Salam,

Blog ini juga adalah bersempena ramadhan 2009 dulu. Untungnya menjadi warga negara ini di kebanyakkan surau dan mesjid mengadakan program "Persediaan Menghadapi Ramadhan"- Bagaimana saudar2 ku, bagaimanakah aku... Semoga Ramadhan lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ini- Mari sama-sama bersedia meningkatkan amal sepanjang keberkhatan Ramadahan yang tidak beberapa hari akan menjelma.

Seorang sahabat lama yang hampir 32tahun tak jumpa setelah aku meninggalkan Endau, Mersing dulu, kini kau dapat jumpa kembali pagi jumaat (30Julai) yang lepas- Fadhil Othman yang kini bekerja di kedutaan Kemboja. Melalui kawan atas kawan berkat mengikuti program ETR kat Mersing dulu menjadikan aku dapat panggilan dari bekas guruku yang kini telah pencen tapi amat berjasa dalam hidupku- Cikgu Salleh Johari yg kini menjadi abang angkat aku.
Seorang guru yang mendidik pelajarnya termasuk aku yang menjadi pembimbing marhaban dari kerumah-rumah dan aktif dengan pelbagai kegiatan sekolah dan agama. Hingga kini Cikgu Salleh mengajar nasyid pada anak-anak kampung Endau hingga pernah muncul di TV1 nasyid jemputan di Musabaqah Al Quran di Johor Bahru tak lama dulu. Cikgu yang tiba-tiba menelephon aku bertanyakan khabar jadikan aku terkejut dan gembira kerana beliau masih sihat dan aktif.

Semoga Allah swt memberikan keberkhatan dan kesihatan kepada guru-guruku dan kawan-kawanku sejak dari dulu lagi.

1 comment:

  1. temenung juga teman, mengenang kitaran kehidupan yang Allah takdirkan pertemuan, perpisahan, tua, muda serta hidup dan mati setiap yang bergelar insan...moga-moga tuan hidup dalam ketenagan kerana sering menghargai jasa-jasa orang yang telah singgah dalam hidup tuan.

    ReplyDelete