Monday, April 19, 2010

BELAJAR SIKIT

Ustaz Sazali mengajar malam tadi di Mesjid Belimbing Dalam. Topik menarik tentang Hudud hukuman minum arak yang boleh dikongsi disini dan apa yang boleh saya ingati.

1, Hukuman sebat bagi peminum arak adalah lebih kepada mendidik dan memberi pengajaran kepada si pelaku/peminum arak dan bagi yang melihatnya
2. Hukuman sebat di zaman RasulLah saw 20 kali sebatan dan di tambah 40 sebatan di zaman khalifah Omar. Ulama' sepakati hudud hukuman sebat sekurang-kurangnya 10kali sebatan
3. Kaedah sebatan tentunya berbeza hukuman sebatan bagi kesalahan sivil yang mana sebatan hukuman sivil kekadang menampakkan punggung pesalah dengan dibaringkan kedinding dan dalam keadaan tertutup
4. Kesan sebatan hukuman sivil sebatan sehingga mengelupas kulit menampakkan isi daging punggung kesan sebatan yang bersungguh-sungguh mengangkat tangan tali sebatan hingga ke atas kepala
5. Kaedah sebatan Islam adalah bagi lelaki dibaringkan ke dinding dan perempuan dengan cara duduk. Kedua-duanya pesalah dalam keadaan menutup aurat dikhalayak ramai
6. Cara sebatan dibuat adalah mengangkat kayu sebatan dan tidak nampak ketiak sekadar sebatan sederhana. Kayu sebatan anggaran kira-kira 1.2 meter panjang dan dua setengah sentimeter garispusat kayu

Semoga Allah swt merahmati bumi Malaysia dan masyarakatnya ke arah mencintai Islam sebenarnya. Allah swt tidak menimpa bencana dan bala kepada negara ini. WalLah hu alam

Sunday, April 11, 2010

BELAJARLAH SIKIT

Kesempatan belajar di Mesjid Kampung Belimbing Dalam pada setiap subuh sabtu dan ahad dengan Imam Hashim dengan membuka kitab dalam 30minit. Antara lain dapat aku ingati;

1. Membaca Hadith eloklah diulangi bacaanya sebanyak 3 kali supaya melekat di pemikiran pendengar
2. Mendengar Hadith RasulLah saw dituntut pendengar melihat mulut setiap ucapan yang hadith yang dibaca seolah-olah ianya pesanan terus RasulLah kepada kita yang mendengar.
3. Sebaik-baik anak murid duduk rapat-rapat bila berguru bagaikan sahabat Rasul hinggakan kalau daunpun jatuh tidak jatuh kebumi tetapi kepangkuan riba sahabat. Murid dan guru saling berlaga lutut
4. Tidak mendengar Al-Quran selama 3 hari berturut-turut akan timbul satu titik hitam di dalam hati

Lepas habis di mesjid, pak-pak aji bersosial kena tea dan roti canai dekat depan Mesjid. Alham-dulLilah sabtu-ahad lalu ada yang belanja semua jemaah dan Imam Hasim akan membaca doa selamat sebelum mula bersarapan.

WalLah-hualam

Monday, April 5, 2010

TAHNIAH-Mersing

Ahad (2April) dan semalam (3April) Program part 6 di Mersing- Tahniah kepada pelajar part6 dan para pensyarahnya yang didikasi. Part6 yang paling aktif kerana berjaya dengan 3 program keluar dari Kampus Segamat? Didoakan semoga masa hadapan lebih berjaya lagi...

Semalam juga Nana menyambut harijadinya ke-7 dan berkesempatan meraikan harijadinya di Hotel Seri Malaysia, terimakasih pada pemberi2 hadiah yang budiman dan baik hati (Pn Azura n suami, Pn Diana, Pn Maznah dan seorang pelajar..tkasih)

Di Mersing aku berjumpa dengan 2 orang kawan lama masa sekolah rendah dulu sama-sama sekelas di Sek Kebangsaan Endau kini mereka bergelar guru- Cikgu Shamsul kini kurang sihat tapi nampak sentiasa bersemangat (masih ingat teman bergusti, dia gempal tapi aku kurus keding aje..he..he...he) dan Cikgu Fadil Malik yang kini punya chalet betul2 mengadap laut di Tanjung Resang Endau yang telah lebih 30 tahun tak jumpa.

Semoga memberi menafaat dan berganda kejayaan kepada DIIM khususnya pada para pelajar yang bakal melangkah ke Puncak Perdana dan Shah Alam bagi menyambung pelajaran dalam program degree- amin


Thursday, April 1, 2010

MERACAU2 Si-NANA

28Mac (Ahad)- Menghampiri Maghrib hujan, aku, isteri dan anak2 bersembang kat luar hingga hampir masuk waktu maghrib. Nana dan Zarif main hujan kerana seronok bergurau
Malamnya Zarif dah tak sedap badan
29Mac (Isnin)- Hantar Zarif dan Nana ke sekolah, terpaksa pusing balik lepas hantar Nana masuk ke gate sekolah, Zarif kata dia tak boleh gi sekolah sebab badan mengiggil (Mlmnya program pelajar tema Bollywood, tak datang sebab sari tak sempat jahit)
MALAM tu Nana pula meracau2- nampak ada sesuatu, darah lah mengigil2 (suhu badan naik)- Aku pun rasa tak sehat dan penat juga macam juga Pn Hamidah (nampak letihnya)yang bertugas menilai pensyarah2 DIIM di Segamat tetapi sentiasa bersemangat (tkasih pada mereka- En Zaihan, Hjh Nab, Pn Hamidah dan semua rakan2 psyrh DIIM UiTM Johor)
Malam ni malam ke-3 Nana masih meracau2 malam takut tidur dan bila dapat tidur kejap terbangun terkejut-terkejut- takut katanya.
RISAU juga melihatnya tapi InsyaAllah sikit lagi sembuhlah tu- nak ambil air jampi sikit kat Us Kamaruddin. Semoga Allah swt memberikannya kekuatan dan akan cepat sihat.
ESOK subuh nak gi Mersing pula- InsyaAllah jadi aku pergi mungkin bawa keluarga sekali nak hiburkan anak yang kecil cerdik ni...

WALLAHU-ALAM