Kembali semula dari Mesjid BD, Melaka- Kelas Isnin 13Mei:
Dasarnya tidak ada dalil yang kuat mengariskan sejauhmanakah pergerakan anggota boleh dibuat semasa di dalam sembahyang. Dari hadis RasuluLah saw menyatakan "Sembahyanglah dengan mengikuti sebagaimana aku bersembahyang". Antara sebahagian dari panduan bagaimana RasuluLah bersembahyang dan pergerakkan yang Rasul pernah lakukan;
1. RasululLah pernah membukakan pintu yang berkunci ketika bersembahyang dan sesudahnya RasuluLah kembali meneruskan sembahyang
2. RasululLah pernah mendukung cucunya Hasan dan Husin sewaktu masih kecil semasa bersembahyang
3. RasuluLah pernah membunuh binatang yang berbahaya seketika bersembahyang seperti ular dan kalajengking
Dari 4 mahzab sepakati pergerakan yang jelas TANPA SEBAB atau dibuat TANPA TUJUAN akan membatalkan sembahyang
Imam Shafie mengariskan pergerakan melebihi 3 kali berturut-turut akan menyebabkan sembahyang akan terbatal. Tapi pada mahzab yang lain yang tidak mengisyaratkan pergerakan 3 kali tersebut- WalLahu 'alam
No comments:
Post a Comment