Macam biasa lepas subuh n kuliah subuh bersambung di kedai kopi pulak- AlhmduliLh atas segala nikmat dan keredhoaan Allah swt kerana di bumi Malaysia masih dapat orang Melayu terus hidup dengan aman dan sihat.
Belimbing Dalam (BD)kampung kecil di daerah Durian Tunggal Melaka. Kampung yang mempunyai kira-kira 450 buah rumah semuanya. Borak hal pembangunan dalam masa 5 tahun dan dikatakan telahpun diluluskan 3 buah taman disekitar Kampung BD dengan kira-kira jumlah rumah akan bertambah mencapai disekitar 2000 buah.
Sembang Pak Aji menjelang hampir pilihanraya nie kita bercakap pasal servival orang Melayu. Kalau orang Cina mempunyai Negara China dan negara yang dekat Singapore. Orang India dengan Negara India, munkginkah Kampung Belimbing Dalam akan tersepit dicelah-celah taman batu yang namanya pembangunan?
Aji engineer beritahu kita kena belajar bagaimana Kampung Melayu dicelah-celah Negara Singapura yang satu masa dahulu Singapura adalah milik orang Melayu. Adakah pembangunan di KL yang tinggal sedikit Kampung Melayu itupun hendak digadaikan demi atas nama pembangunan.
Aji bekas pekerja TNB berkata mungkin akan datang dalam kebun-kebun felda akan bunyi suara Cina yang dulu jarang kita akan dengar. Apa Aji tu cakap nanti Cina cakap "Hei lu jangan usik itu pokok getah, hei lu Melayu jangan usik itu pokok kelapa sawit, gua dah uruskan anak benih, baja n gua sudah buat bagi baik2, lu orng Melayu tunggu nanti cukup bulan kita bagi2 duit" kalaulah itu nasib felda jika di swasta atau di koperatkan atau apa-apa namalah? Hendaknya janganlah berlaku begitu.
HEndaknya janganlah berlaku Kampung BD begitu bila harga rumah di taman sekitar BD tidak mamup dibeli orang Melayu. Ciiaaannnn kat orang kita kat BD, dulu org Melayu menyanyi " Anak Kecil Main Api", tapi sekarang bila dah ada duit dan kuasa depan mata dah lupa dah cari kayu api- betulkah begitu?
Aku cakap kalau trend Melayu kini berterusan anak2 kita generasi yang kita nampak dan masa kita hidup mereka sudah sukar dapatkan tanah di Bumi Melayu ertinya mungkin tak lama lagi generasi ke-3 atau ke-4 dari sekarang di Melaka orang Melayu sudah tidak mampu untuk membeli dan memiliki tanah lagi.
Orang Melayu kena kembali pada Islam, pemimpin yang tidak bermaruah mesti dibuang, pemimpin yang makan "percent" dan tidak pedulikan nasib orang Melayu, sewenang-wenangnya meluluskan projek pembangunan dengan makan percen mesti ditolak sebab dah tak lama lagi dah nasib orang Melayu akan terpinggir dinegaranya sendiri, belajarlah dari nasib saudara kita orang2 Palestin- Wallu hualam
Semoga boleh difikir bersama mencari kebaikkan demi orang Melayu Islam di buminya sendiri. Ya Allah, tolonglah orang-orang Melayu di Malaysia ini untuk lebih teguh danlebih dekat denganMu yang Allah- ameen3x
No comments:
Post a Comment