AlhamduliLah, hari ini telah masuk 7 hari atau seminggu kita berpuasa. Blog ini juga dibuka bersempena bulan Ramadhan dan bagi mengejar seberapa banyak pahala dan mengajak sama-sama menimbang2 pahala dan kelayakan kita kesyurgaNya, layak ke tetap masih jauh.
Telah seminggu berpuasa bolehlah kita menimbang2 adakah speed puasa kita semangkin memecut laju dengan beribadat atau pada tahap puasa orang awam yang biasa-biasa sahaja- puasa ikut-ikutan. Minta-minta kita bukan dari golongan yang rugi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga ATAU lagi mengerikan puasa menjadi laknat dan sumpah Allah swt kepada yang mengaku Islam tetapi menentangnya secara langsung ataupun tidak secara langsung- Mohon Allah swt jauhi ia kepada kita semua.
Bagaimanakah mesjid dan jeamaah mesjid kita pada malam ini? Dah berapa jus tadarus/ bacaan Al-Quraan kita pada tahap ini? Adakah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Dah ada ponteng sembahyang tarawih ke dalam 7 hari berpuasa kita? Sudah bertambah baikkah puasa kita dan ada ke peningkatan jika nak dibandingkan dengan tahun2 sebelum ini? Masih di takok lama atau bertambah menurun? Moga jawapannya TIDAK, semangkin baik dan sedang memecut mencari seberapa banyak pahala dan kelebihan dalam Ramadhan tahun ini. Semoga Allah swt ketemukan kita dengan Lailatu-Qadar - ameen3x
Semoga semangkin naik usia sama menaik juga iman dan taqwa kita menjadi hampir dan dekat kepadaNya. Jika hari-hari biasa Imam Ghazali mengkhatamkan Al-Quran sehari sekali dan Imam Gahazli akan khatam Al Quran 2 kali sehari pada bulan puasa.
Semoga Allah swt mendorong kita menjadikan kita dikalangan hamba2Nya yang terpilih.
No comments:
Post a Comment