Tuesday, October 23, 2012

Hari Raya Korban

Hujung minggu ini kita akan memasuki satu lagi perayaan besar bagi Umat Muhammad saw dan bagi umat Islam yang menyakini hidup dan matinya kerana Allah semata-mata. Peristiwa Nabi Ibrahim as berkorban menyembelih Nabi Ismail as dengan perintah Allah swt, akhirnya sembelihan korban Allah swt tukarkan dengan Kibas. Setiap individu Muslim diseru berkorban dengan pelbagai ujian dan cabaran ekoran dari pelbagai peristiwa sejak di mutakhir ini. Jadikah hanya melihat dari jauh apakah reaksi negara Islam, organisasi Islam dan Umat Islam sahaja. Apakah yang boleh aku dan kita sama-sama boleh lakukan sebagai  tanda keIslaman tulin dan cinta dan syang kita pada Islam, Allah swt dan RasulLlah saw.

Diluar negara apakah yang kita lakukan dengan tindakan zalim regim zionis Israel Yahudi terhadap saudara kita Palestine. Bagaimana pula sikap kita terhadap perperangan saudara di Syria dan apakah tindakan kita? Peristiwa berdarah dan menyayat hati berlaku terhadap saudara kita kaum Rohingya? Bagaimanakah sikap kita terhadap penghinaan terhadap RasuluLah saw yang kita dikasihi melalui media baru internet?

Dalam negara kita berhadapan dengan penghinaan terhadap hukum Islam yang ketara dan jelas dari bangsa bukan Islam? Adakah kita menjadi penonton sahaja dengan tidak mengambil peduli atau apa yang kita sama-sama perlu lakukan bersatu hati terhad musuh-musuh Islam dalam selimut.

Ya Allah, ampunkan kami umat Muhammad saw akhir zaman ini dengan serba lemah imannya dan berkuasa tapi tidak berdaya. Kalau akhlak dan iman dizaman kegembilangan Islam diasuh dan dididik oleh Rasul sendiri demi menegakkan syariah Islam Nabi Muhammad saw sendiri berkata "Jika aku mendapati Fatimah binti Muhammad sendiri mencuri nescaya aku akan potong tangannya."

Berkorbanlah kita dengan pelbanyakkan berdoa dan jika punyai kuasa bersatulah umat bagi menghalang mana-mana atau sesiapa pun petualang dan barua  jahanam yang cuba mencabar syariat dan hukum hakam Islam. Jika tidak nanti kita akan di tanya di Rabul Jalil tentang apa yang kita telah lakukan demi menjaga syariat dan kedaulatan Islam semasa hidup dahulu?

Moga kita tidak tergolong dari golongan orang-orang munafik atau terkeluar dari Islam- Wana'u zu bilLah

Wallah hualam

No comments:

Post a Comment