Wednesday, October 24, 2012

PERISTIWA KORBAN

Ramai tahu dikalangan umat Islam dari peristiwa korban merupakan mengorbanan Nabi Ibrahim as, isterinya Siti Hajar dan Nabi Ismail as. Cukupkah sekadar tahu dan mengambil pengajaran pada peristiwa tersebut.

Sengaja menduga anak2 pelajar di dalam bilik kuliah, masa bersantai sengaja membuat pertanyaan. Jika kamu Zam adalah seorang yang baik, taat pada perintah Allah swt dan selalu berpuasa isnin dan khamis tapi kamu ada sedikit rasa malang sebabkan tiada pelajar perempuan yang minatkan kat kamu. Di kampung sbagai anak yang soleh dan baik pada ibubapa sering berjalan dan bertemu dengan jiran seorang nenek yang telah lama menjanda hidup berseorangan dan Zam, kamu sering menegur dan baik dengannya. Entah satu masa takdir Allah yang kamu tidak ketahui di masa kamu menunggu result keputusan akhir sebelum konvo kamu telah sembahyang hajat minta Allah swt tunjukkan jodoh kamu, tidak kamu sangkakan dan mulanya kamu ingatkan hanya permainan syaitan- alamat yang kamu dapat nenek tersebut adalah jodoh yang Allah tunjukkan. Setelah beberapa kali solat hajat tetap perkara yang sama berlaku. Zam, bagaimana keputusan kamu? Bagaiman pula pada diri kamu Milah kalau datok sebelah rumah kamu jika peristiwa yang sama berlaku pada kamu... Boleh pelajar sambungkan cerita saya ini?

Hubungannya dengan peristiwa korban, jika Siti Hajar persoalkan apalah yang telah dibuat oleh Nabi Ibrahim pada aku meletakkan diriku di sebuah gurun pasir tanpa ada apa-apa. Lebih mencabar lagi jika Nabi Ismail as bertanya apalah pula keputusan ayahku nak menyembelih aku?. Bagaimanakah jika berlaku pada kita dengan peristiwa saya tanya kan pada pelajar berkenaan atau mungkin ada cerita yang lebih menarik berlaku pada diri kita setelah berulang solat hajat kita lakukan lalu Allah berikan jawapan yang tidak logik untuk kita fikirkan, apakah tindakkan kita sebenarnya?

Iman dan taqwa, siapalah kita tidak lebih hanyalah sebagi seorang hamba. Semua makhluk adalah kepunyaan Allah swt dan kita tidak miliki apa-apa, semuanya adalah pinjaman disisiNya.

Kuat dan kekal teringat tulisan saya dlm FB dulu, melalui tanah perkuburan yang ada penghuninya telah beratus tahun disana. Mana yang kita pilih hidup disisi Allah dan kekal gembira disana atau tinggal dikubur beratus tahunpun kita tidak sanggup mengadapinya- Sama-sama kita fikirkan.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment