Friday, April 13, 2012

Sembang Pak Aji- Buka Minda

Macam biasa lepas subuh n kuliah subuh bersambung di kedai kopi pulak- AlhmduliLh atas segala nikmat dan keredhoaan Allah swt kerana di bumi Malaysia masih dapat orang Melayu terus hidup dengan aman dan sihat.

Belimbing Dalam (BD)kampung kecil di daerah Durian Tunggal Melaka. Kampung yang mempunyai kira-kira 450 buah rumah semuanya. Borak hal pembangunan dalam masa 5 tahun dan dikatakan telahpun diluluskan 3 buah taman disekitar Kampung BD dengan kira-kira jumlah rumah akan bertambah mencapai disekitar 2000 buah.

Sembang Pak Aji menjelang hampir pilihanraya nie kita bercakap pasal servival orang Melayu. Kalau orang Cina mempunyai Negara China dan negara yang dekat Singapore. Orang India dengan Negara India, munkginkah Kampung Belimbing Dalam akan tersepit dicelah-celah taman batu yang namanya pembangunan?

Aji engineer beritahu kita kena belajar bagaimana Kampung Melayu dicelah-celah Negara Singapura yang satu masa dahulu Singapura adalah milik orang Melayu. Adakah pembangunan di KL yang tinggal sedikit Kampung Melayu itupun hendak digadaikan demi atas nama pembangunan.

Aji bekas pekerja TNB berkata mungkin akan datang dalam kebun-kebun felda akan bunyi suara Cina yang dulu jarang kita akan dengar. Apa Aji tu cakap nanti Cina cakap "Hei lu jangan usik itu pokok getah, hei lu Melayu jangan usik itu pokok kelapa sawit, gua dah uruskan anak benih, baja n gua sudah buat bagi baik2, lu orng Melayu tunggu nanti cukup bulan kita bagi2 duit" kalaulah itu nasib felda jika di swasta atau di koperatkan atau apa-apa namalah? Hendaknya janganlah berlaku begitu.

HEndaknya janganlah berlaku Kampung BD begitu bila harga rumah di taman sekitar BD tidak mamup dibeli orang Melayu. Ciiaaannnn kat orang kita kat BD, dulu org Melayu menyanyi " Anak Kecil Main Api", tapi sekarang bila dah ada duit dan kuasa depan mata dah lupa dah cari kayu api- betulkah begitu?

Aku cakap kalau trend Melayu kini berterusan anak2 kita generasi yang kita nampak dan masa kita hidup mereka sudah sukar dapatkan tanah di Bumi Melayu ertinya mungkin tak lama lagi generasi ke-3 atau ke-4 dari sekarang di Melaka orang Melayu sudah tidak mampu untuk membeli dan memiliki tanah lagi.

Orang Melayu kena kembali pada Islam, pemimpin yang tidak bermaruah mesti dibuang, pemimpin yang makan "percent" dan tidak pedulikan nasib orang Melayu, sewenang-wenangnya meluluskan projek pembangunan dengan makan percen mesti ditolak sebab dah tak lama lagi dah nasib orang Melayu akan terpinggir dinegaranya sendiri, belajarlah dari nasib saudara kita orang2 Palestin- Wallu hualam

Semoga boleh difikir bersama mencari kebaikkan demi orang Melayu Islam di buminya sendiri. Ya Allah, tolonglah orang-orang Melayu di Malaysia ini untuk lebih teguh danlebih dekat denganMu yang Allah- ameen3x

Thursday, April 12, 2012

Asward

..sambungan lepas

"Jangan Asward, jangan Asward, baiknya jika kau memukul aku sahaja" ditangisi oleh sahabat dan meminta mengganti diri mereka dari merotan memukul RasululLah.

Dari rotan/kayu pemukul yang diangkat tinggi oleh Aswad tiba-tiba Aswad duduk dan terus memeluk RasuluLah sambil menangis. "Wahai Rasul yang mulia, aku juga umatmu yang mencintaimu, aku dihina dan aku bukanlah orang sehebat dari kebanyakkan sahabat2mu yang lain. Maafkan aku ya RasuluLah sebab aku mengambil kesempatan sebenarnya untuk memelukmu kerana rasa cintaku yang teramat sangat padamu Ya RasuluLah, maafkan aku yang Rasul yang mulia kerana berbohong atas sebab cintaku padamu". Lalu RasuluLah memaafkan Asward.

Terkejut para sahabat dengan peristiwa tersebut dan nyatanya para sahabat teramat berat melepaskan seorang Rasul yang mulia walaupun dijemput Allah swt mengambilnya kembali.

Semoga ada pengajaran yang boelh dikongsi bersama- Wallahualam