Monday, June 3, 2013

Aceh dan Sri Lanka

Dah lama tak menjenguk blog dan moga akan dapat terus menjadi wadah menyampaikan ilmu atau berkongsi maklumat. Nak syer cerita malam tadi hari nie.

Semalam ada belajar di Mesjid Belimbing Dalam (MBD) setelah minggu lepas digantikan dengan program ceramah Isra' dan Makraj. AlhmduliLh semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Isra' dan Makraj penceramahnya Wan Leman Bani Sohor (maaf jika tersalah ejaan) lebih kepada tumpuan kepada "apa pula peranan kita?" kerana diulangi banyak kali oleh penceramah iaitu RasuluLlah telah dihadiahkan peristiwa Isra' dan Mikraj oleh Allah dan Rasul telah memainkan peranannya dengan terpaling cemerlang sekali, tapi kita yang masih hidup sudahkan kita memainkan peranan kita sebagai hamba dan khalifah Allah swt. Sebaik sahaja kita mati dan dari tapisan manusia untuk bertemu dengan Allah swt, ramai dikalangan kita akan berjaya bertemu dengan penciptaNya dengan sebab  dikalangan kita telahpun dapat memenuhi tuntutan Rukun Islam yang lima itu. Tapi dihadapan Allah swt ada 3 perkara yang Allah swt akan tanya: Pertamanya apakah perjuangan kita di atas muka bumi, kita berjuang untuk Islamkah atau untuk perut. Keduanya apakah kita lakukan dengan kekayaan kita, untuk kejalan Allah swt atau sebaliknya dan akhirnya Ilmu yang kita ada untuk tujuan apa? Kalau Allah swt katakan kita seoang penipu dan tidak berkata benar maka diperintahkan malaikat campakkan kita ke dalam kubur kembali dengan hina. Berjuang di dunia benarkah kita kerana hendak tegakkan agama Allah swt, benarkah harta kita untuk kemajuan agama Allah swt dan adakah kita sampaikan dan gunakan ilmu kerana Allah swt?- WalLahualam

MBD adalah tempat yang disukai dikunjungi jeamaah tabligh dari seluruh dunia dan ada masa-masanya tertentu bila kedatangan rombongan mereka disini. Jeamaah tabligh malam tadi dikunjungi oleh 4 orang tetamu dari Sri Langka. Kebetulan ada belajar malam tadi dan kami sempat beramah mesra dengan mereka. Yang muda sahaja diingai sebab jadi jurucakap dan namanya Sharif dan berumur 38tahun. Lulusan IT dari universiti di Sri Lanka manakala yang paling tua berumur 68tahun dan bekas seorang jurutera. Jadi seronoknya ahli jeamaah sangat rajin berinteraksi dengan mereka dan nampaknya masing-masing mencuba bercakap menggunakan skill bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Ada masa seperti itik dan ayam bercakap.

Seorang jeamaah yang istiqamah sejak 2 bulan lalu datangnya dari Aceh. Bekerja sebagai buruh kontraktor buat rumah berdekatan dengan rumah saya. Sangat rajin ke Mesjid dan selalu melaungkan azan. Ada masa-masanya sebelum magrib dan subuh dia akan berzanji, menyanyi marhaban, berzikir dan membaca salawat didengari melalui corong pembesarsuara Mesjid. Biarpun baru 2 bulan lebih jadikan sangat mesra dan tau mana2 setiap suis lampu, kipas dan  mikrofon MBD. Berkenalan dengannya katanya dia lebih mudah bekerja jika tempat kontrak membuat rumah berdekatan dengan mesjid biarpun bayarannya kurang dari tawaran diluar. Moga Allah memberikan kebaikkan pada mereka semua. Kemakmuran negara menjadikan mereka juga dapat menumpang sama- AlhmduliLah

No comments:

Post a Comment