Tuesday, March 2, 2010

MAULID-DUR-RASUL

Rabiul-awal bukan sahaja memperingati hari kelahiran RasulLah saw tetapi juga rabiul-awal di katakan bulan RasulLah wafat di panggil oleh Allah swt. Pendekatan mengisi Maulid-dur Rasul semuanya baik2 belaka, cuma pendapat saya menjadi lebih baik jika dapat mesjid-mesjid dan surau-surau membuat pengisian dengan majlis ceramah "Sirah Rasul" kerana lebih banyak menafaatnya berbanding dari program-program yang lain.
Jiwa umat akhir zaman yang kian melupakan sirah perjuangan RasulLah saw dan sahabat serta menjauhi diri dari mengikuti sunah sebagai cara hidup menjadikan hidup akhir zaman ini selalu tergelincir dari perjuangan Islam sebenar. Kesan kemewahan hidup dan godaan dari pelbagai sudut kehidupan menjadikan ujian sangat besar dalam membina jati diri sebagai hamba Allah swt yang sebenar. Teknologi komunasi alam siber yang serba canggih menjadikan dorongan kuat anak muda kepada sifat lebih suka meniru tanpa asas dan tidak dapat membezakan di antara baik dan buruk, di antara pahala dan dosa serta di antara syurga dan neraka- Wallahu Alam

No comments:

Post a Comment