Sunday, February 26, 2012

Maulidur-Rasul Mesjid Belimbing Dalam 23 Feb 2012

Alhamdulilah, seorang ustaz muda (Ustaz Najib) dari Multimedia Universiti hadir memberi ceramah walaupun pertama kalinya datang di Mesjid BD tetapi penyampaiannya sungguh baik dan mantap dengan pengelaman 8 tahun belajar di Jordan dan Syria.

Sedikit yang boleh dikongsi dalam isi ceramah beliau adalah RasululLah melarang melepak ditepi jalan atau tersadai dijalanan tanpa membuat apa-apa. Pemuda yang ditegur menjawab dimana lagi harus kami duduk dan berkumpul. Lalu RasulLah membenarkannya dengan menunaikan hak jalanan iaitu:

1. Memberi salam bila berjumpa sesama saudara Islam ( jangan sekadar berjumpa memberi salam dengan orang dikenali sahaja )
2. Jangan menyakiti orang lain - jangan mengumpat, mengeji dan membuat kacau
3. Jaga pandangan mata dan tundukkan kepala dan elak dari memandang yang bukan hak
Syaitan menggoda lelaki di tiga tempat utama iaitu mata atau penglihatan, pada hati mereka dan kemaluan manakala perempuan syaitan menggoda melalui matanya dan kelembutan yang sengaja dibuat-buat
4. Mengajak orang kepada kebaikan
5. Mencegah dari kemungkaran

( Jangan sampai lembu menggeleng2kan kepala bila balik kandang tapi manusia masih melepak sedang azan maghrib sedang berkumandang )

Sabda RasulLah " orang bakhil itu apabila disebut namaku tetapi dia tidak menjawab / tidak menyambutnya untuk turut berselawat"

Rukun Iman yang ke-3 percaya pada nabi2 dan Rasul2 dan Iman juga bukan sekadar ucapan, Iman kena memenuhi :
1. Cakap dengan Lisan
2. Membenarkan di dalam hati
3. Melakukan dengan anggota badan

Iman Saidina Abu Bakar apabila perang Tabuk menyerahkan keseluruhan hartanya untuk fi-sabiliLah
Iman Sadina Bilal hinggakan terompahnya didengari olah RasulLah di syurga Allah swt walaupun Saidina Bilal belum wafat. Laungan azannya di dengari oleh para mailaikat. Cinta dan syang Saidina Bilal pada diri RasulLah sehingga pengsan bila melaungkan azan selepas wafatnya RasuluLah saw dan Saidina Bilal meminta dengan Saidina Abu Bakar untuk berhijrah ke Syam kerana terlalunya sedih dengan kewafatan RasuluLah. Saidina Bilal juga jatuh pengsan bila melaungkan azan di Baitul Muqadis dan ramai ahli jeamaat juga turut tersentuh dan menangis sama. Begitulah hebatnya para sahabat yang mencintai RasuluLah saw.

Semoga banyak memberikan pengajaran.

No comments:

Post a Comment