Kembali berjumpa dengan geng2 pak aji (pak imam, tok sidang dan lain2) kena tea tarik dan roti canai lepas solat dan tazkirah subuh hujung minggu. Banyak topik dan banyak komentar, baiknya dengar berita dan cerita hal diri kekawan mesjid pada hujung minggu berjumpa lama sikit.
Mula dengan topik Hj Ramli (ketua masyarakat fecra Alor Gajah)cakap bila dah berumur nie tidur dah tak berapa lena dan kerap berjaga. Saya membalasnya elok juga ambil air sembahyang buat qiamulai atau sembahyang malam. Haji Ramli mambalas katanya dah lama tak buat qiamualil sebab dulu2 hidupnya masa di Bandar Melaka (lupa kat mana- Kalau tak salah di Taman Cempaka) kerap buat sembahyang malam ikut program mesjid. Saya sarankan kat Mesjid BD boleh ikut jemaah tabligh hujung minggu yg selalu dtg klu berhajat buat qiamulail di mesjid. Haji Nasir kata kelebihan orang2 dari jeamaah tabligh mampunyai kemahiran bercakap sebab mereka telah dididik bercakap dimesjid. Saya menambah banyak orang tabligh dari kalangan profesional dan saya memberi contoh di UiTM siapa yang tak kenal Prof Dr Ku Halim dan seorang Prof dari UKM juga hebat dalam penyelidikan dari ahli jemaah tabligh- AlhmduliLh. Ramai lagi menambah yang saya kurang ingat nama2 mereka ahli jeamaah tabligh terkenal dan profesional. Semoga Allah membalasnya mereka dengan darjat yang tinggi disisiNya- ameen3x
Topik lain piliharaya dah hampir dan pak aji2 mula membuat ramalan bile? Katanya banyak perjumpaan yang kerajaan buat dengan banyak organisasi khususnya NGO. Tadi subuh imam mesjid umumkan perjumpaan dengan pegawai2 syara' dan mesjid- saya dan rakan Hj Nasir (Jurutera Air Melaka) berseloro sarankan kita mengaku jadi pegawai syara' sebab mungkin kerajaan nak agih2 duit dekat pilihanraya. Hj Ramli kata fecra juga ada perjumpaan tidak lama lagi, kami dengan bergurau mengatakan boleh mengaku lagi jadi orang fecra utk dapat collection duit- semuanya bukan serius sekadar bergurau sesama sendiri. Hj Ramli kata dia minta RM500 bantuan kerajaan tak dapat sebab incometax bagitau dia tidak layak. Eloklah begitu sebab bagi pada mereka yang layak sahaja.
Seronok bila bertemu hujung minggu begini cuma kena dihadkan jangan sampai termengumpat atau bercerita hal diri orang lain. Kadang-kadang dengan berjumpa begini boleh tau cerita masyarakat kampung dan boleh ingatkan balik jika ada kenduri kendara yang dah terlupa walaupun jemputan dah dapat.
Wallahu-alam, semoga Allah memberkhatinya dan menjadikan sebagai amal soleh- ameen3x
No comments:
Post a Comment