Malam tadi seperti biasa berlangsung kuliah mingguan di Mesjid DT dan di antara yang turut disentuh adalah ayat Al-Fatihah adakah wajib dibaca menjadi rukun dalam sembahyang?
Jumhul ulama sepakati membaca bismilLah di awal ayat Alfatihah tidak wajib dan boleh juga dibaca dan tidak dengan lafaz yang kuat sepertimana amalan umat Islam di Malaysia.
Pengikut Mahzab As Shafie bersepakat menjadi rukun membaca alfatihah pada setiap rakaat dalam sembahyang. Bagi pengikut Abu Hanifah atau dari mahzab Hanafi terbahagi kepada dua iaitu pertamanya dengan bersembahyang jeamaah membaca alfatihah telah tertanggung oleh imam dan tidak menjadi rukun untuk membacanya.
Bagi pendapat kedua pula bacaan alfatihah makmum hanya wajib membacanya pada rakaat ke tiga dan ke empat sebabnya pada rakaat pertama dan kedua memadai dengan mendengar lafaz bacaan Alfatihah dari imam yang membacanya.
Kaedah membaca dan memilih ayat juga sebagai surah dalam sembahyang juga lebih tertib dengan membaca surah pertama lebih panjang dari surah kedua dan jika ingin membaca surah pada rakaat ketiga seharusnya lebih panjang dari surah pada rakaat ke-empat. Membaca surah pada rakaat ketiga dan keemat tidak menjadi kesalahan tetapi tidak menjadi amalan yang kerap dan selalu dilakukan oleh RasuluLah.
Menjadi lebih afdhal membaca surah dalam sembahyang yang pendek dan lengkap dihabiskan dari membaca petikan surah dari surah yang panjang tetapi ceritanya atau surah tidak lengkap dihabiskan seperti contoh membaca surah al-ikhlas dibaca sekadar 2 ayat pertama hukumnya makruh dan sewajarnya dihabiskan satu surah tersebut.-
Tertib membaca surah dalam sembahyang juga sebaik-baik seurah pertama lebih panjang dari surah ke-dua, stetrusnya surah kedua dibaca lebih panjang dari surah ke-3 dan seterusnya. Tidak menjadi kesalahan membaca surah dalam setiap rakaat sembahyang, pernah di lakukan oleh RasululLah tetapi tidak selalu-
Wallahu alam
Moga sama-sama boleh mendapat menafaat darinya
No comments:
Post a Comment