Tuesday, March 6, 2012

Saidina Bilal dan Asward

Malidurasul masih rancak berjalan dimesjid-mesjid, AlhmduliLah- tak perlu tunggu hanya dalam bulan RabiulAwal sebab mengingatkan RasuluLah tidak mengira masa dan tempat. Mesjid Durian Tunggal berkongsi kembali cerita bagaimana saynagnya Saidina Bilal bila berlaku kewafatan Rasul.

Selain dari Saidina Omar terasa sangat dengan kewafatan Rasul dengan mengangkat pedang dan hendak dipancung sesiapa yang berkata Muhammad telah wafat disejukkan dengan jawapan dari Saidina Abu Bakar dengan hujah "Siapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telaha wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah swt, Allah swt kekal selama-lamanya".

Saidina Bilal lari ke Palestin bila RasuluLah wafat kerana tidak tertanggung cintanya kepada RasuluLah. Di Palestin Bilal bermimpi bertemu Rasul, RasuluLah mengatakan "Wahai Bilal, tak mahukah engkau datang bertamu berjumpa dengan aku setelah kematianku", Saidina Bilal terus melompat dan terus pergi ke Madinah. Sampai di Madinah Sadina Bilal di sambut oleh Saidina Abu Bakar dan cucu RasulaLah iaitu Hasan dan Husin. Sadina Abu BAkar meminta Bilal melaungkan azan tetapi ditolak kerana tidak mampu lagi melakukannya. Tetapi apabila diminta oleh cucu RasuluLah Bilal tidak boleh menolak kerana mennghormati RasuluLah.

Azan subuh yang dilaungkan mengejutkan penduduk Madinah seraya bangun dan datang beramai-ramai ke Mesjid. Mereka merasai seolah2 Nabi masih hidup. Sehinggalah Bilal tidak terdaya berdiri kerana sedihnya bilal melaungkan azan masuk kepada perkataan "Waash haduana Muhammadur RasuluLah" seraya menangis dan memeluk Hasan dan Husin,cucu RasuluLah.- Begitulah hebatnya kecintaan Bilal terhadap RasuluLah.

Aswad berkulit hitam sama seperti juga Saidina Bilal. Aswad menyambut seruan bila Abu Bakar berkata semasa Rasul gering: "Barang siapa mempunyai hutang dan berhutang kepada Muhammad, silalah tampil menuntutnya untuk dilangsaikan". Award berkata "Muhammad berhutang denganku, Muhammad telah tidak sengaja memukulku semasa dalam peperangan dan kini aku hendak membalasnya kembali". Menangis Abu Bakar dan ramai sahabat sebab Aswad ingin memukul nabi sewaktu nabi dalam keadaan gering dan Abu BAkar berkata "Kau pukullah aku sahaja ya Aswad sebagai gantinya". Aswad menambah lagi "Aku hendak memukul Muhammad sebagaimana keadaan aku pada masa itu, Muhammad memukulku dengan aku tanpa berpakaian, jadi aku minta Muhammad juga ku pukol dengan tanpa baju seperti aku juga". Bertambah2 tangisan sahabat2 RasuluLah-

bersambung...

No comments:

Post a Comment