Tuesday, October 13, 2009

ILMU

TAKRIFAN yang masih relevan hingga kini tentang Ilmu yang dibawa oleh Fakhruddin al-Razi dan diperbaiki oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Alttas iaitu;

“Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ilmu adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu”

Kung Fu-Tse menyebut

“Anda akan tersesat jika belajar tanpa berfikir; tetapi jika berfikir tanpa belajar, anda berada dalam bahaya”.

Sebagai peringatan bahawa bibit-bibit kerosakkan sesuatu tamadun itu bukan sahaja ilmu tidak disuburkan, muda mudi lebih cenderung kepada hiburan dan hidup bermasyarakat tidak lagi diutamakan. Mencari salah sesama sendiri dan menyuburkan perselisihan membawa rebah menjadi budaya masyarakat. Lebih-lebih lagi malangnya apabila pemimpin dan ilmuan sekadar mencari makan dan hanya tinggal berteori dan tidak berminat mengamalkan dan menyatakan kebenaran. Zaman itu Abdullah Munsyi mengungkapkan sebagai;

“Belalang telah menjadi (he)lang dan pepijat pun telah menjadi kura-kura, dan cacing pun telah menjadi ular naga…Maka jikalau hina dan bodoh sekalipun asal ada harta, nescaya akan pandai dan termulia: maka jikalau pandai dan termulia, tetapi jika tiada berharta nescaya terhina juga”

TANPA ILMU akan timbul bencana kehilangan adab. Kebiadaban ini akan banyak melahirkan kerosakan dalam pemikiran dan akhlak manusia. Jalan ilmu ini adalah payah, rumit dan mahal; tetapi kejahilan lebih sukar dan mahal lagi untuk membayarnya.

Biarlah hidup berguna kepada agama- Wallhualam

No comments:

Post a Comment