Wednesday, March 31, 2010

DUA PERINGATAN PENTING-Siswa/i DIIM

SIBUK Sangat ke??? Bila last minute dan menghampiri masa kecemasan disaat akhir/due dated penghantaran projek dan assignment, para-pelajar menjadikan alasan kenapa mereka masuk lambat atau tak datang ke kelas.

DUA perkara para-pelajar selalu lupa bila bekerja disaat akhir menghampiri final exam selalu diberi peringatan oleh para pensyarah;

1. Penghantaran assingment/projek tidak disemak terlebih dahulu sebelum sampai ke-tangan pensyarah.
PROJEK- penghantaran projek melalui cd tidak disemak samada boleh dibuka atau mempunyai masalah dalam sistem/proses projek bila dah di"burn" ke dalam cd
ASIGNMENT- Tidak sistematik, tiada "Acknowledgment, content, reference" dan kadang-kadang "cut and paste" dengan font yang pelbagai, tidak diubah yang ada lagi atas dan bawah kertas dicetak sama url sumber yang diambil melalui web?

2. Pastikan test/kuiz atau mungkin assignment yang tidak diambil atau dihantar perlulah jumpa pensyarah kembali dengan alasan manasabah- sakit dengan MC atau kematian atau yang lain-lainnya
INGATLAH- markah anda adalah cgpa anda yang bakal tercatat selamanya

GOOD LUCK

z

Monday, March 22, 2010

KEMPEN- AntiMaksiat

Saya mengajak semua mahasiswa/i dan warga semua warga kampus kena buat sesuatu yang derastik dan extrem iaitu "KEMPEN anti-Maksiat"- Ini kerana masalah ini secara tidak langsung menjatuhkan imej Islam. Lihat sahaja laporan dari Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang dikeluarkan oleh Berita Minggu pada 21 Mac yang lalu, angka-angka yang menakutkan ini;


Tahun 2007 : 16,100 anak Luar nikah
Tahun 2008 : 16,541 anak luar nikah
Tahun 2009 : 17,303 anak luar nikah

Stastik bagi orang Melayu sahaja menurut Datuk Alwi bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah. Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sepanjang tempoh yang sama (5 tahun) , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita

JANGANLAH HENDAKNYA BERLAKU DALAM KELUARGA DAN KETURUNAN KITA SEMUA- INSAFLAH dan LAKUKAN SESUATU

Sunday, March 21, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH
Setelah seminggu pelajar bercuti dengan pelbagai kegiatan berfaedah dan keduri-kendara- Semoga memberi menafaat dan di redhoiNya.






Monday, March 15, 2010

PAYUNG EMAS

Belajar sikit kat Mesjid dekat dengan rumah malam tadi ...
Ustaz kata ada 4 jenis manusia dilahirkan ke dunia ini;

1. Dilahirkan untuk beribadat kepada Allah swt dan dimasukkan ke syurganya
(Doa: harap-harap kita umat hari ini?)
2. Dilahirkan kedunia dan dimasukkan ke syurga
(Lahirnya kafir dan dipenghujung hayat menjadi Islam)
3. Lahirnya beribadat tapi tidak layak masuk syurga Allah swt
(beribadat tidak ikhlas kerana Allah swt)
4. Dilahirkan kedunia tidak beribadat dan tidak untuk syurga Allah swt

SIAPA SAYA dan SAUDARA/I ye? Doa biarlah jadi golongan pertama.

Lagi yang dapat aku belajar malam tadi- dari seratus rahmat Allah swt, hanya 1 rahmat sahaja Allah swt berikan di dunia ini (itupun telah melupa dan meleka-kan manusia dengan dunia) Banyak rahmat Allah swt di Padang Mashyar nanti. Ada yang bergerak pantas seperti kilat dan ada yang lambat, ada yang berpayung emas??? (betul ke? Sekarang ramai isteri2 tak mau payung emas...he..he..he- sekadar bergurau tapi benar)- Wallah-hualam

Saturday, March 13, 2010

IMIGRESEN MELAKA

JUMAAT(12 Mac)
Lepas jumaat 3.15 ptg pergi Imigresen, no angka giliran dah tutup sebab menurut pegawai mungkin tak sempat. Katanya lagi esok akan bermula jam 8.30 pagi
SABTU semalam sampai Imigresen jam 8.20 pagi, terkejut juga kerana terpaksa beratur panjang dan akhirnya dapat no 1109 (no bermula angka 1000) aku kena tunggu giliran ke-109. Angka 1109 di panggil lebih kurang jam 11.10 thari. Hari ini tak boleh siap sebab mangambil masa 2 jam proses- Silap timing sebab cuti sekolah bermula, ingatkan pagi sabtu tak ramai orang di Pejabat Imigrasian
Tunggu lama berjam-jam, otak berfikir baik juga kalau pihak Imigrasion menyediakan kemudahan bilik senyap seperti library untuk membaca dan padang kanak-kanak untuk melayan dan mengisi masa kanak-kanak yang bising kerana mereka kebosanan tidak tahu untuk melakukan apa-apa.
AHAD (14 Mac)
Hari ini ingat nak jengok juga Hari Keluarga jabatan di UiTM Segamat, tapi pagi ni nak ambil pasport, lepas zohor kenduri di rumah Pak Imam Ibrahim dam Kenduri Khawin di rumah Ustaz Dziauddin (Kawin adiknya- rakan sekereta ulang-alik kerja Melaka=Segamat dulu)

Cuti sekolah tak dapat nak kemana-mana sebab hari kerja dan sekolah juga penuh dengan tution- TAHNIAH kepada para guru gigih berlumba-lumba mencerdikkan anak-anak muridnya. TAHNIAH juga pada Kementerian Pendidikan- Kerajaan telah banyak berikan kemudahan kepada para guru untuk kenaikkan pangkat berbanding dahulu.

Wallahu-alam

Tuesday, March 2, 2010

MAULID-DUR-RASUL

Rabiul-awal bukan sahaja memperingati hari kelahiran RasulLah saw tetapi juga rabiul-awal di katakan bulan RasulLah wafat di panggil oleh Allah swt. Pendekatan mengisi Maulid-dur Rasul semuanya baik2 belaka, cuma pendapat saya menjadi lebih baik jika dapat mesjid-mesjid dan surau-surau membuat pengisian dengan majlis ceramah "Sirah Rasul" kerana lebih banyak menafaatnya berbanding dari program-program yang lain.
Jiwa umat akhir zaman yang kian melupakan sirah perjuangan RasulLah saw dan sahabat serta menjauhi diri dari mengikuti sunah sebagai cara hidup menjadikan hidup akhir zaman ini selalu tergelincir dari perjuangan Islam sebenar. Kesan kemewahan hidup dan godaan dari pelbagai sudut kehidupan menjadikan ujian sangat besar dalam membina jati diri sebagai hamba Allah swt yang sebenar. Teknologi komunasi alam siber yang serba canggih menjadikan dorongan kuat anak muda kepada sifat lebih suka meniru tanpa asas dan tidak dapat membezakan di antara baik dan buruk, di antara pahala dan dosa serta di antara syurga dan neraka- Wallahu Alam