Monday, March 15, 2010

PAYUNG EMAS

Belajar sikit kat Mesjid dekat dengan rumah malam tadi ...
Ustaz kata ada 4 jenis manusia dilahirkan ke dunia ini;

1. Dilahirkan untuk beribadat kepada Allah swt dan dimasukkan ke syurganya
(Doa: harap-harap kita umat hari ini?)
2. Dilahirkan kedunia dan dimasukkan ke syurga
(Lahirnya kafir dan dipenghujung hayat menjadi Islam)
3. Lahirnya beribadat tapi tidak layak masuk syurga Allah swt
(beribadat tidak ikhlas kerana Allah swt)
4. Dilahirkan kedunia tidak beribadat dan tidak untuk syurga Allah swt

SIAPA SAYA dan SAUDARA/I ye? Doa biarlah jadi golongan pertama.

Lagi yang dapat aku belajar malam tadi- dari seratus rahmat Allah swt, hanya 1 rahmat sahaja Allah swt berikan di dunia ini (itupun telah melupa dan meleka-kan manusia dengan dunia) Banyak rahmat Allah swt di Padang Mashyar nanti. Ada yang bergerak pantas seperti kilat dan ada yang lambat, ada yang berpayung emas??? (betul ke? Sekarang ramai isteri2 tak mau payung emas...he..he..he- sekadar bergurau tapi benar)- Wallah-hualam

No comments:

Post a Comment