Saturday, March 13, 2010

IMIGRESEN MELAKA

JUMAAT(12 Mac)
Lepas jumaat 3.15 ptg pergi Imigresen, no angka giliran dah tutup sebab menurut pegawai mungkin tak sempat. Katanya lagi esok akan bermula jam 8.30 pagi
SABTU semalam sampai Imigresen jam 8.20 pagi, terkejut juga kerana terpaksa beratur panjang dan akhirnya dapat no 1109 (no bermula angka 1000) aku kena tunggu giliran ke-109. Angka 1109 di panggil lebih kurang jam 11.10 thari. Hari ini tak boleh siap sebab mangambil masa 2 jam proses- Silap timing sebab cuti sekolah bermula, ingatkan pagi sabtu tak ramai orang di Pejabat Imigrasian
Tunggu lama berjam-jam, otak berfikir baik juga kalau pihak Imigrasion menyediakan kemudahan bilik senyap seperti library untuk membaca dan padang kanak-kanak untuk melayan dan mengisi masa kanak-kanak yang bising kerana mereka kebosanan tidak tahu untuk melakukan apa-apa.
AHAD (14 Mac)
Hari ini ingat nak jengok juga Hari Keluarga jabatan di UiTM Segamat, tapi pagi ni nak ambil pasport, lepas zohor kenduri di rumah Pak Imam Ibrahim dam Kenduri Khawin di rumah Ustaz Dziauddin (Kawin adiknya- rakan sekereta ulang-alik kerja Melaka=Segamat dulu)

Cuti sekolah tak dapat nak kemana-mana sebab hari kerja dan sekolah juga penuh dengan tution- TAHNIAH kepada para guru gigih berlumba-lumba mencerdikkan anak-anak muridnya. TAHNIAH juga pada Kementerian Pendidikan- Kerajaan telah banyak berikan kemudahan kepada para guru untuk kenaikkan pangkat berbanding dahulu.

Wallahu-alam

No comments:

Post a Comment