Saya mengajak semua mahasiswa/i dan warga semua warga kampus kena buat sesuatu yang derastik dan extrem iaitu "KEMPEN anti-Maksiat"- Ini kerana masalah ini secara tidak langsung menjatuhkan imej Islam. Lihat sahaja laporan dari Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang dikeluarkan oleh Berita Minggu pada 21 Mac yang lalu, angka-angka yang menakutkan ini;
Tahun 2007 : 16,100 anak Luar nikah
Tahun 2008 : 16,541 anak luar nikah
Tahun 2009 : 17,303 anak luar nikah
Stastik bagi orang Melayu sahaja menurut Datuk Alwi bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah. Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sepanjang tempoh yang sama (5 tahun) , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita
JANGANLAH HENDAKNYA BERLAKU DALAM KELUARGA DAN KETURUNAN KITA SEMUA- INSAFLAH dan LAKUKAN SESUATU
No comments:
Post a Comment