Saturday, November 28, 2009

SURAU SUPERMARKET MELAKA

Salam,
Petang semalam ke Tesco yang rasanya dah hampir 2 bulan tak berkunjung kesana kerana nak beli "kelapa dara" untuk diri sendiri dan pesan seorang rakan pensyarah- En Ezan, sayangnya dah habis stok.

Masa yang suntuk aku mengambil kesempatan sembahyang magrib di Tesco, Melaka. Pengalaman ini menjadikan aku berfikir kian ramai umat Islam balik kampung dan berkunjung ke Melaka, ramainya pembeli dikalangan umat Islam dan bersyukur semakin tinggi kesedaran beragama.

Bersembahyang maghrib dengan surau kecil menjadikan ramai saudara2ku mengambil giliran bersembayang secara berseorangan dan tuntutan berjemaah menjadi sedikit terabai.

Saya menyarankan supermarket2 di mana2 juga di Malaysia (terutama surau yang bakal didirikan bersama-sama Mall Jasco bersebelahan Tesco sekarang) mengambil kira uruselia dan ruang yang selesa kepada umat Islam yang menggunakannya. Ambillah contoh Supermarket Maiden yang suraunya besar dan selesa

Wallahu-alam

z

Monday, November 2, 2009

JAMBATAN

Salam,
1. Baru-baru ini jambatan runtuh dan mengorbankan 3 orang pelajar di Perak, ada juga cerita-cerita tidak rasmi kerana beban berat pelajar yang ramai melaluinya dan ada juga cerita kerana para-pelajar mengoyang-goyangkan jambatan gantung berkenaan.
2. Mak Cik dulu-dulu kata bila marahkan anak " Mat kalau kau malas belajar esok besar duduk kat jambatanlah kau"
3. Hadith RasulLah saw : "Dunia adalah jambatan ke Akhirat", jambatan adalah sekadar laluan dan BUKAN tinggal menetap disitu, rugilah orang yang bercita-cita sekadar bermegah di jambatan sahaja- menurut radio Ikim pagi tadi

Semoga JAMBATAN kita lalui kukuh dan kita sama2 dihiasi cantik dan bersedia melalui jambatan dengan matlamat akhir yang cantik juga- wallahualam

z

Monday, October 19, 2009

AKAL, AKHLAK dan RAHMAT

Salam,
SEMOGA para-pelajar akan mendapat kejayaan cemerlang dalam apa jua perperiksaan yang bakal dihadapinya dimana juga peringkat kelas yang mereka dudukinya. Menjadi cemerlang dengan melakukan sehabis baik bila dipertanggungjawabkan.

Muslim yang baik sentiasa cemerlang akalnya sepatutnya cemerlang juga akhlakbudinya kerana penilaian terakhir hidup kita adalah bila berhadapan denganNya yang pasti sampai masanya.

Pernah aku pesan pada anakku, kalau kita belajar pandai dan bersyukur dengan rahmatNya, nanti dapat kerja yang baik dgn gaji yang banyak boleh membantu keluarga dan orang yang susah. Akal yang baik sahaja tanpa agama nanti berjawatan besar menjadi penentang kuat kepada kerja-kerja untuk agama atau untuk berbuat baik /kebajikan pada manusia. Kadang-kadang mengambil pekerja semata-mata cemerlang di atas kertas sijilnya sahaja akhirnya dengan kecedikkan akalnya (mengeluarkan pelbagai teori dan alasan) juga menjadi kesusahan organisasi kearah kesuburan Islam kelak nanti menjadi "anjing yang akan gigit kaki tuannya kembali", biarpun pekerja kelulusan cemerlang biasa tetapi sentiasa bekerja kuat bersama-sama organisasi dan menaikkan mertabat sosial dan kemanusiaan- bukan nilaiannya ringgit semata-mata- walLah hu alam
Percayalah, bekerjalah kerana Allah swt kerana Allah swt tidak pernah menghampakan manusia. Kebahgiaan itu adalah hati bukan dari hartabenda, kereta dan rumah yang besar semata-mata. Lebih banyak wang lebih banyaklah pahala yang boleh dibuat.
(kejarlah BEKERJA DENGAN REDHA ALLAH dahulu dan tinggalkan kejar WANG... wang akan datang kemudian...)

z

Tuesday, October 13, 2009

ILMU

TAKRIFAN yang masih relevan hingga kini tentang Ilmu yang dibawa oleh Fakhruddin al-Razi dan diperbaiki oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Alttas iaitu;

“Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ilmu adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu”

Kung Fu-Tse menyebut

“Anda akan tersesat jika belajar tanpa berfikir; tetapi jika berfikir tanpa belajar, anda berada dalam bahaya”.

Sebagai peringatan bahawa bibit-bibit kerosakkan sesuatu tamadun itu bukan sahaja ilmu tidak disuburkan, muda mudi lebih cenderung kepada hiburan dan hidup bermasyarakat tidak lagi diutamakan. Mencari salah sesama sendiri dan menyuburkan perselisihan membawa rebah menjadi budaya masyarakat. Lebih-lebih lagi malangnya apabila pemimpin dan ilmuan sekadar mencari makan dan hanya tinggal berteori dan tidak berminat mengamalkan dan menyatakan kebenaran. Zaman itu Abdullah Munsyi mengungkapkan sebagai;

“Belalang telah menjadi (he)lang dan pepijat pun telah menjadi kura-kura, dan cacing pun telah menjadi ular naga…Maka jikalau hina dan bodoh sekalipun asal ada harta, nescaya akan pandai dan termulia: maka jikalau pandai dan termulia, tetapi jika tiada berharta nescaya terhina juga”

TANPA ILMU akan timbul bencana kehilangan adab. Kebiadaban ini akan banyak melahirkan kerosakan dalam pemikiran dan akhlak manusia. Jalan ilmu ini adalah payah, rumit dan mahal; tetapi kejahilan lebih sukar dan mahal lagi untuk membayarnya.

Biarlah hidup berguna kepada agama- Wallhualam

Thursday, October 8, 2009

KEMEWAHAN dan AKU?

AKU?

DULU… aku lahir dalam keluarga yang besar berbelas orang ahlinya
ALANGKAH baiknya aku datang dari keluarga kecil
BOLEHLAH dapat perhatian dan kemewahan

DULU…aku lihat ayah ketempat kerja berbasikal dan berjalan kaki
ALANGKAH baiknya ayah punya kereta sendiri
BOLEHLAH berjalan kemana sahaja nak pergi

DULU…aku lihat ibu hanya bekerja didapur dan memasak
ALANGKAH baiknya ibu bekerja dan punya banyak wang
BOLEHLAH keluarga selalu makan dikedai

DULU…aku dan abang-abang tidur di ruang tamu beralaskan tikar
ALANGKAH baiknya kami semua punya bilik sendiri masing-masing
BOLEHLAH selalu bersendirian dibilik sendiri tanpa diganggu

DULU…aku lihat kakak-kakak berkongsi bilik
ALANGKAH baiknya kakak-kakak punya bilik sendiri masing-masing
BOLEHLAH selalu kakak-kakakku bersolek menghias diri

DULU…aku, abang dan kakak berjalan kaki kesekolah berpuluh batu jauhnya
ALANGKAH baiknya aku, abang dan kakak boleh berbasikal atau punyai supir menghantar kami kesekolah
BOLEHLAH kami bangun lambat dan tidak letih untuk belajar

TAPI…

SEKARANG… ayah punya keluarga kecil dengan anak-anak tak sampaipun lima orang
ALANGKAH mewahnya anak-anak ayah sekarang
KENAPA anak-anak suka mencari hiburan di luar dan mencari jalan memusnahkan diri sendiri

SEKARANG…ibu punya kerja dengan gaji yang besar beribu ringgit
ALANGKAH sedapnya dan pelbagai jenis resepi makanan ibu masakan
KENAPA anak-anak cari makanan di luar dan memilih dadah serta racun sebagai makanan

SEKARANG…anak-anak punya bilik sendiri masing-masing
ALANGKAH enaknya tidur ditilam empuk dan bersendirian tanpa diganggu
KENAPA anak-anak memilih selalu balik lewat malam kadang-kadang hilang berhari-hari tidak balik ke rumah


SEKARANG…anak-anak bermotosikal dan menaiki kenderaan kesekolah
ALANGKAH baiknya ilmu di sekolah menjadikan mereka lebih mengenali ibubapa
KENAPA anak-anak tidak sampai kesekolah.
Anak-anak lelaki aku belikan motosikal dijadikan jalanraya medan mencari maut dan noda
Anak-anak perempuan aku berikan wang tambang dan dengan wang ini mereka tersadai dan menyedai ditepi jalanan gedung perniagaan

OH…
AYAHIBUKU
Sungguhpun adik-beradik ramai tapi semuanya berjaya dalam hidupnya
AyahiIbu beruntung kerana kami tidak pernah lupa berDOA untuk kesejahteraanmu

AKU AYAH/IBU
Kemewahan kebendaan belum tentu menjadikan anak-anakku manusia
Belum menjamin aku aman di sana

Apakah rupa cucu-cucuku pewaris keturunanku, pewaris bangsa dan negaraku
Apakah kemewahan kebendaan ukuran menjadi tenang aku di sana
Atau
Kemewahan kebendaan menambahkan dosaku yang sedia tidak terpikul berhadapan Tuhan yang Maha Adil
dan
Kemewahan kebendaan menjadikan lenyap keturunan, bangsa dan agamaku di bumi bertuah ini.

DOA aku semoga BUKAN AKU sebagai punca rosaknya keturunan, bangsa dan agama ini.

Monday, October 5, 2009

PUNK SIBER?

Salam,
Istilah PUNK SIBER datangnya dari pemikiran ciber yang terkehadapan (futuristic) dari pengaruh cerita-cerita sains fiksyen dan dikatakan bermula dari komik hasil karya Bruce Bethke bertajuk "Cyberpunk" tahun 1983.
Istilahnya sudah mengambarkan kerja-kerja jahat dalam dunia siber maju seperti seorang penggondam komputer, robot, makhluk siber (android- robot berbentuk manusia) atau makhluk separuh manusia dan separuh robot. penjenayah dan seumpamanya.
Pengaruh cerita-cerita dari komik membawa kepada movie fiksyen sains seperti cerita-cerita The Terminator, The Matrix, Terminator Salvation dan seumpamanya.
Mengambil dari kebaikkannya zaman ini merupakan era pemikiran anak muda dan generasi ini dapat berfikir melangkaui masa hadapan dan berfikiran sains dalam teknologi Kepintaran Pembuatan, Robotik, Komputer dan perisian programing. Amatlah baik jika dipelopori oleh sebahagian anak muda yang baik maka nanti akan menghasilkan ciptaan yang baik (seperti movie Neuromancer tahun 1984) menjadi pembantu kehidupan manusia dan tidak menjadikan ciptaannya nanti akhirnya menjadi alat membunuh sesama manusia. Apa lagi jika penciptanya adalah seorang Islam yang baik, pastinya pahalanya berterusan mengalir hingga kiamat- wallahuaalam

**sumber: Majalah Kosmik DBP (En Alan Zulkhairi zakaria)

Thursday, October 1, 2009

HAMKA

Salam,
Dikesempatan mengikuti Persidgn A/bangsa Bhs Melayu Bhs Dunia, sempat juga membaca sedikit dari buku "Pemikiran HAMKA suntingan Prof Dr Sidek Baba. Sedikit dari isi kandungannya:

1. Nama sebenarnya adalah Haji Abdul Malik Karim AmruLLah- Lahir 17 Feb 1908-Maninjau, Sumetera Barat- Datuk (Amrullah) dan ayahnya (Hj Rasul/ Abd Karim) juga seorang ulama terkenal

2. Zaman kanak2: Mengaji Quran, pencak silat dan selalu tidur di surau- dikira pelajar yang malas, tidak pandai dan selalu ponteng sekolah

3. Ibu Ayah bercerai: Malik mulai jarang duduk dirumah dan berhenti sekolah. Secara diam-diam Abd Malik rajin membaca buku sastera Melayu dan Arab

4. Tahun 20-an: Gerakan politik anti-penjajah dan mengikuti pengajian pondok

5. Menulis lebih kurang 118 buah buku dan buku pertama bertajuk "Si Sabriyah"

6. Umur 19 tahun menunaikan haji dan tinggal di Mekkah selama 6 bulan dengan bekerja di kilang percetakan buku. Balik dari Mekkah beliau mendirikan Madrassah/Sekolah "Kulliyatul Muballighin"

7. Di jemput ke Medan memimpin majalah "Pedoman Masyarakat". Karya besar majalah yang dilahirkan adalah "Tasauf Moden, Falsafah Hidup dan Lembaga Budi". Karya sastera beliau buku bertajuk "Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck".

8. Menjadi garila menetang Belanda dengan Badan Pembela Negara dan Kota (BPNK)- 1949 Belanda berundur dan Indonesia diperintah oleh Soekarno-Hatta. Tahun 1950 Hamka berpindah ke Jakarta dan terlibat dengan politik dan kegiatan agama seperti memberi kuliah-kuliah subuh, mengajar tafsir alQuran. Menerbitkan majalah "Panji Masyarakat".

9. Ditangkap pada 27 Ogos 1964 zaman Soekarno kerana dituduh anti-kerajaan dan terlibat dengan komunis.

10. Dalam tahanan, Hamka beribadat, tahajud, membaca kitab-kitab dan menulis tafsir al-Quran

11. Meninggal dunia ketika usianya 73 tahun iaitu tanggal 21 Julai 1981 dalam bulan Ramadhan selesai menunaikan solat tarawih di mesjid al-Azhar kerana serangan jantung. Semoga rohnya Allah swt tempatkan dikalangan para nabi, suhada' dan pejuang2 Islam- AMIN

z

Tuesday, September 29, 2009

BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA

Salam,
Persidangan Dunia Bahasa Melayu Bahasa Dunia berlangsung di PERSADA, JB tanggal 28 -30 Sept 09 dan hari ini hari terakhir dan aku dan kawan-kawan yang lain menunggu majlis penutupannya.
Sedikit kutipan maklumat dari persidangan ini adalah;
1. Terdapat 350 juta penutur Bahasa Melayu di dunia iaitu bahasa ke-5 dunia jumlah penuturnya terbanyak
2. Menjadi pertanyaan kepada Pengucap Utama Prof Emeritus Dr Safiah adakah Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal dan berjaya dalam apa-apa juga penganjuran program antarabangsa, Johor dan Melaka yang berjaya menjadikan negeri Perlancongan PERUBATAN Antarabangsa dan F1 dan pelbagai kejayaan, adakah nasib Bangsa Bahasa Melayu sebagai medium bahasa negara akan diketepikan dan ditinggalkan, Bahasa Inggeris juga diangkat- Kesian Umat Melayu di negaranya sendiri.
3. Menjadi bangga bila orang Melayu di Mekah dan Madinah bahasa Melayu menjadi perantara emak, ayah dan keluarga sebagai bahasa perniagaan. Kenapa Orang Melayu harus berasa malu menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan rasmi dan diarena antarabangsa.
4. Dato' Tarmuzi Ketua Pengarah DBP mempersoalkan kajian di Malaysia terhadap orang-orang kampung Bangsa Melayu tetapi kenapa jurnal penyelidikannya dibuat dalam bahasa Inggeris kerana yang hendak menggunakan penyelidikan tersebuta adalah orang-orang kampung ibuayah dan atuknenek kita sebagai perusahaan kampung mereka.

Cadangan saya;
1. Program antarabangsa di dalam negara Malaysia menggunakan medium pertuturan rasmi dalam Bahasa Melayu dengan diberi sedikit fisiliti penterjemahan.
2. Begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dari hasil penyelidikan dan begitu juga apa-apa hasilan pemikiran yang datangnya dari negara Malaysia di'jurnal'kan menggunakan perantara Bahasa Melayu seperti kita mengeksport kemahiran pentadbiran negara di banyak negara-negara dunia ke-3 seperti di Afrika

"Umat Melayu sebenar adalah umat yang tidak meninggalkan sembahyang"

z

Sunday, September 20, 2009

RAMADHAN dan SHAWAL

Salam,
Ramadhan membawa seribu satu makna dalam diri aku- Mungkinkah Allah swt akan menemukan aku dengan Ramadhan lagi?
Ramadhan kali ini dapat aku berhubung kembali dengan seorang kawan yang telah lebih 30 tahun tidak aku ketahui di mana, namanya Cikgu Fadhil Malik dan kini menjadi seorang guru ditempat sama-sama kami belajar di Endau, Johor dulu- Semoga kami akan dapat terus saling berhubung dan bertambah erat silaratul-rahim yang telah lama terputus- Itupun kerana bantuan seorang kawan lama juga di Mersing yang memberitahu iaitu Cikgu Shamsulbahri yang pernah datang berkunjung dirumah aku di Melaka.
Ramadhan pergi dengan penuh rasa kesedihan. terharu dan gembira. Sunat bergembira dengan datangnya shawal hadiah dari Allah swt. kegembiraan kedua mengikut hadith RassulLah saw adalah pada ketika bertemu Allah swt nanti- DOA: Semoga Allah swt menerima amalan kita dalam bulan Ramadhan yang baru lalu dan mengapuni dosa-dosa yang pernah dan seringkali lakukan, seterusnya dapat meningkatkan amalan harian kita yang seberapa ini selepas Ramadhan- Amin

Tuesday, September 15, 2009

Lajunyeee...

Jepun Lampaui Kecepatan Internet 32 Billion Kbps

Sebuah teknologi optik baru sedang diujicoba di Jepun. Dahsyatnya, teknologi itu mampu mencapai kecepatan 30 Terabit per detik (Tbps) atau lebih dari 32 Miliar(billion) Kbps. (Tepatnya 32.212.254.720 Kbps, berdasarkan konversi via Google)Uji coba itu telah dilakukan oleh KDDI R&D Labs bersama National Institute of Information and Communications Technology (NICT) di Jepang. Teknologi yang diujicoba memanfaatkan transmisi bernama OFDM alias orthogonal frequency division multiplex.Sekadar pembanding, kecepatan koneksi internet saat ini masih jauh --sangat jauh-- dari yang dicapai dalam ujicoba tersebut. Kecepatan 500 kilobit per detik (Kbps), misalnya, sudah termasuk lumayan untuk penggunaan normal sehari-hari. Sedangkan rata-rata kecepatan internet di dunia, berdasarkan data akhir 2008, adalah 1.5 Mbps atau 1500 Kbps.Nah, 30 Terabit per detik itu kurang lebih setara dengan 32 miliar kilobit per detik. Dengan kecepatan seperti ini, per detiknya data yang sanggup dikirimkan mencapai 3,9 juta MB, atau hampir 1.000 keping DVD film per detiknya.Seperti dikutip detikINET dari Nikkei, Kamis (30/7/2009), ujicoba itu dilakukan pada jarak 240 kilometer, artinya bukan sekadar ujicoba jarak dekat. Rencananya KDDI akan mengkomersialkan teknologi ini pada 2012

Oleh : Zamri keciks
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
** (z-terimakasih Drs Khalil n En. Zamri)

Kalau ada umur pada tahun 2012 bolehlah dapat kelajuan internet yang tak payah tunggu berlama depan skrin DAN kalau saintisnya seorang islam tentu banyak pahlanya kerana satu dunia orang pakai teknologinya nanti.

z

RAMADHAN dan SHAWAL

Salam,
Keghairahan dan lambaian kampung telah mulai terasa khususnya bagi orang muda, pasangan baru berumahtangga dan mereka yang masih mempunyai ibuayah- DOA saya semoga semuanya berjalan dengan selamat mengikut sepertimana yang dirancang cuma perlu ditambah perlu tingkatkan kesabaran dan langkah keselamatan- tidak keterlaluan dan dengan serba sederhana.
MUNGKIN yang boleh dibuat dengan keterlaluan adalah apabila sampai dirumah tidak buat apa-apa kerja boleh ambil kesempatan tingkatkan ibadat (sembahyang sunat, mengaji AlQuran dan banyak berdoa dan berzikir) kerana bulan penuh rahmat sebentar lagi bakal meninggalkan kita, entah ada lagi ke ramadahan untuk kita ditahun hadapan?- Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dan keberkhatan shawal kita kembali kepada fitrah sebagai hamba Alla swt yang tidak punyai apa-apa kekuatan kecuali dengan izinNya.
z

Sunday, September 13, 2009

PENGHUJUNG RAMADHAN dan BALIK RAYA

Salam,
Jika tidak termasuk hari ini maka fajar shawal akan muncul kira-kira 4 atau 5 hari lagi (raya pada sabtu atau ahad). Shawal adalah kemenangan bagi mereka yang telah semaksimum ibadah pada ramadhan- ramadahn pergi ditangisi bagi orang-orang yang tinggi darjat iman mereka iaitu mereka berjaga sepanjang malam 10 hari terakhir dalam bulan ramadahan. Aku (dan mungkin yang ramai kini) iman awam hanya tahu dan sekadar bercerita disini, hendaknya ada nanti dihujung hayat aku mampu berjaga malam untuk beribadat dihujung ramadhan.
NYATAnya hujung ramadhan ini aku telah keletihan (menjadi bertambah malas beribadat)walaupun tak berbuat apa-apapun pada ramadhan tahun ini sekadar melakukan tuntutan biasa bulan puasa dengan tarawikh dan baca Quran sikit-sikit. MALANG sekali ada diantara kenalan dan sekitaran mereka yang aku kenal hanya berpuasa sahaja dan kadang-kadang sembahyang pun tinggal. DOA: Semoga siapa mereka Allah swt membuka pintu hati mereka menjadi lebih alim dan beriman mengisi ramadhan dimasa akan datang.
Ustaz dalam radio ikim ada memberi saranan alangkah baiknya kita tukar budaya orang melayu iaitu menyambut hari raya besar-besaran pada IDUL ADHA manakala IDUL FITRI disambut ala kadar kerana Melayu Islam boleh membesar kerja-kerja ibadah dalam bulan ramadhan. Idul fitri tidak mencatat darjah iman dan ibadah dimedia tetapi catatan kematian dan kecederaan akibat kemalangan dijalanraya dan akibat mercun. Semoga tahun ini jika tidak boleh SIFAR catatan kemalanganpun diharapkan akan menurun dengan banyaknya- amin

Tuesday, September 8, 2009

NAFSU

Mengingatkan diri sendiri supaya tidah ampuh atau gagal dalam ujian meningkatkan ibadat dan iman sepanjang 10 ramadhan terakhir. Bunyi lagu hari raya kian kerap dan ketara pada masa ini di radio-radio. Nafsu yang baik membuat persiapan shawal dengan ala-kadar hanya melayani anak-anak selebihnya biarlah berhari-raya mengikut syariat dan kehendak agama. Aku (...rakan dan saudara seislam) hendak mengajak diri supaya persiapan yang biasa nafsu orang melayu menglayani hari raya dengan lagha' dan pembaziran sebaik-baiknya ditinggalkan, mari sama-sama kita mengambil kesempatan dengan mempertingkatkan usaha beribadat dan merebut bonus Lailatul-qadar dari Allah swt, belum tentu ada ramadhan lagi untuk aku /kita di tahun depan- SELAMAT BERIBADAT

Sunday, September 6, 2009

RAMADHAN dan SHAWAL

Salam,
Dipertengahan ramadhan ini, sebagai manusia biasa dan melayani anak2, shawal tetap diburu juga- melayan anak-anak persiapan hari raya kerana menggalakan mereka berpuasa. Nana yang kecil 6 tahun baru tinggalkan puasa 3 hari sahaja setakat ini (AlhamduLilah) dan Abang Zarif (10 tahun )belum lagi tinggal puasanya.

Semalam Ahad tiba-tiba nak singgah pulak ke perusahaan ternakan puyuh yang tak pernahpun ambil tahu dan ini yang pertama kerana nampak dari tepi jalan macam tak ada apa-apa. Terdapat 2 orang pelajar UiTM Perlis (kursus ladang) pratikal disana melayan aku dan keluarga- rupa-rupanya satu perusahaan yang besar ladang puyuh dan shoping burung puyuhlah aku (mungkin raya ni buat rendang puyuh yg biasanya aku bukak rumah raya ke-2 petang, jemputlah kepada sesiap yang sudi datang)

Ramadhan jangan ditinggalkan, mungkin sebagai ujian Allah swt menyembunyikan malam penuh rahmat 'Lailatul qadar' pada salah satu dari 10 malam terakhir- janganlah kita terleka dengan hari raya dan teramat rugi jika speed gear tidak ditambah beribadat pada 10 malam terakhir ini, sama-sama kita mencarinya, InsyaAllah...

Thursday, September 3, 2009

CHECKLIST RAMADHAN KE-14 (JUMAAT)

Salam,
Mungkin checklist orang awam macam aku (dan sesiapa yang sama boleh menyemaknya ) yang baru nak belajar memenuhi kantung iman dan mengais-gais mencari redha Allah swt;

PERBANDINGANNYA DENGAN AWAL RAMADHAN
1-Adakah berlaku penambahbaikan mata, mulut, telinga dan anggota badan yang lain BERTUKAR arah dari yang sia-sia (la'gha) kepada mengingati Allah swt
2- Ada buat sembahyang tarawikh dan ada pertambahan khusyuk tak- markahnya
3- Ada penambahan lain2 sembahyang sunat DAN penilaian markahnya
4- Baca Quran dah muka surat berapa/ surah apa atau keberapa? (jika nak khatam pada hujung ramadhan (membaca sendiri) seharusnya sudah masuk ke mukasurat 300 atau lebih pada pertengahan ramadahan ini dengan 20 mukasurat sehari)
ATAU
Bagaimana mood membaca Quran atau bagaimanakah kelancaran adakah kian lancar atau bagaimanakah tajwidnya (Semoga Allah swt ampuni bacaan aku yang sangat lemah ini?)
5- Dah banyak bersedekah ke ATAU lebih banyak shoping berbelanja?

Semoga ALLAH swt mendorong aku dan kawan-kawan lebih berjaya memenuhi 10 ramadhan yang bakal mendatang- AMIN

Wednesday, September 2, 2009

KISAH TELADAN

(PENGALAMAN YANG BAIK UTK DIKONGSI BERSAMA)
Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yangsengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT
WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

**sumber: foward dari email kawan2

Tuesday, September 1, 2009

DEMAM MERDEKA


31Ogos (isnin) baru berlalu ertinya genaplah umur abang aku ke 52 lahir pada tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka bererti kita TIDAK menjadi hamba kepada sesiapa atau apa-apapun, manusia mahupun makhluk kecuali menjadi hamba kepadaNya pemilik dan penguasa alam ini- biarlah sesama makhluk menjadi barang tunggangan atau semata-mata sebagai alat dalam menegakkan agama Allah swt dan sunnah Rasullah semata-mata.
Allah swt memberi ujan demam pada aku 30Ogos sehari sebelum hari kemerdekaan bila tersalah berbuka puasa dengan air batu dan minum air gas. Angin menekan perut dan pinggang seterusnya badan menjadi sejuk menggigil kuat, takdir Allah swt dirumah ada alas pemanas badan dapat juga akhirnya dilegakan kesan menggigil kuat, semoga Allah swt menjadikan ujian2 sebegini lebih mendekatkan lagi aku kepadaNya- petanda manusia sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa, sampai masanya akan kembali padaNya jua.

Thursday, August 27, 2009

RAMADHAN hari ke7 (jumaat)

Salam,
Telah seminggu berpuasa jika dikira termasuk pada hari ini. Semoga Allah swt terus memberi kekuatan dan hidayahnya untuk dapat terus dan melakukan ibadat dengan lebih baik dan sempurna dari sebelumnya.
Isteri yang bekerja sebagai Pegawai Agama UiTM Melaka terus menerima sedekah cash untuk Mesjid UiTM Melaka, aku menjadi supir dan rasa gembira juga kerana diberi Allah swt kesempatan menghabiskan duit sedekah dengan ber'shoping' di Maidin Melaka membeli AlQuran dan Reha 3-4kali sepanjang 7 hari ramadhan berlalu. Tak baiknya aku kerana tidak mempunyai group tadarus secara konsisten hanya baca AlQuran sendiri dengan terngangkak-ngkak, rasa takut kerana tajwid dan mungkin membaca dengan tidak betul.(selalu berdoa minta Allah swt menerima amalan yang sedikit ini- itu sahaja kemampuan yang sedikit ini) dan berharap akan dapat khatam lagi AlQuran pada ramadhan kali ini.(rasa diri kerdil dibandingkan para sahabat Rasul, ambia' dan orang2 yang tinggi imannya masa kini membaca AlQuran dilidah dimana-mana sahaja dan mereka khatam pada setiap hari)- biarlah hati ini akan terus berniat berusaha membaiki diri dan lebih rajin membaca AlQuran dengan membaikinya dalam segala aspek- Wallahu-alam

Tuesday, August 25, 2009

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan AlMubarak
Tiba2 ramadhan ini hati terasa ingin menyambung penulisan dalam Blog yang dah hampir setahun mati. Dulu alamatnya di Blog.com tapi kina berubah di Blogspot sebab mungkin akaun di Blog.com sudah tidak dijumpai.
Semoga beramal di bulan ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 yang lalu dan semoga rahmat dan kasihsayang Allah swt semakin dekat dengan kita umat akhir zaman ini. Hati pada berkata diri sendiri dengan dosa yang banyak dengan cabaran di dunia ICT tanpa sempadan, aku (dan mengajak semua) sepatutnyalah sembahyang bukan sahaja yang wajib 5 waktu seharian tetapi setiap hari atau selalu kena sembahyang taubat kerana dosa2 diri yang lalu dan kena sembahyang hajat untuk satukan hati2 umat Islam dan Allah membebaskan umat Islam hari ini dari kehinaan bangsa yang zalim di seluruh dunia (palastein, selatan thai dsb...)
Doa: Allah swt mengampuni dosa2 kita yang lalu dan mendapat kejayaan dunia dan Lebih2 di akhirat- AMIN